Latihan

6 2 0
                                    

Hari ini, Saerin mengambil cuti sebulan, iaitu sebulan sebelum ujibakat BigHit.

Dengan gembira tahap Peino dapat 100 sukaan di Instagram, dia mengingati kembali perbualan di pejabatnya.

F l e s h b e k

"Eheheheh... Bos... Um. Kalau saya nak minta cuti sebulan... Eheheh boleh tak?" Saerin mulakan perbualan dengan sengihan flawless.

"Boleh."

"Bapak, cepat gila dia buat keputusan. Tak ada langsung tunggu sesaat." Gumam Saerin dalam hati.

"Kamu nak pergi ujibakat itu, bukan?" Bos atau Encik Jam Bo menyoal dengan kening terjongket macam kening itu ada penyakit.

Saerin tersengih sambil menanyang gigi yang terselit cili akibat makan sambal buatan Haolee si rakyat Malaysia pagi tadi. Amboi, pagi-pagi makan sambal. Hebat.

"GOOD LUCK! DAH POPULAR JANGAN LUPA SAYA YA! NAK TANDA TANGAN!!!" Encik Jambo mengeluarkan buku nota BTS edisi terhad berserta pen sekali.

"Sejadah. ARMY rupanya." Saerin mengangguk sendirian. Pen dicapai dan dia menurunkan tanda tangan yang tidaklah cantik mana macam opahnya turunkan berat badan dahulu.

"Okeylah Saerin, hwaiting! Gunakan peluang ini sebaiknya. Saya bagi kamu cuti sebulan ini pun sebab kamu selalu kerja lebih masa dan minat kumpulan k-pop yang sama. Saya ada keyakinan yang kamu boleh masuk!"

Kata-kata Encik Jam Bo sedikit sebanyak membuatkan dia yakin dan mendapat semangat segar dari ladang.

T a m a t f l e s h b e k

"Okey, masa kau jumpa bos kau, aku dah borong satu kedai permainan video. Kayalah tauke dia harini.. Wahaha!" Ternyata, kata kata Haolee benar.

Sebaik Saerin melangkah masuk, kakinya tenggelam dalam lautan CD.

"Okey, mula-mula, kau nyanyi dulu pakai game ni. Lawan kau, aku dengan
Yeori." Haolee menyerahkan mikrofon bling-bling macam rambut Rosmah kepada Saerin.

Saerin menyambut mikrofon itu dengan  muka kehairanan seolah-olah memikirkan jawapan kenapa cucur udang ada udang tetapi cucur badak tiada badak. "Macam mana benda ini membantu?" (Sori gais bahase baku.. mari kite prektis bahase bangla i mean melayu kite semua)

"Pupuk keberaninan kau berdahapan dengan orang ramai. Mulakan dengan aku dan Haolee dulu." Yeori menghampiri kami berdua. Baju hitamnya yang sedikit berkedut di tarik sedikit. Topi beanie berwarna hitam dibetulkan dan seluar yang berwarna hitam juga dinaikkan kerana seperti mahu terlondeh. Nanti dapat pertunjukan percuma, trauma teman serumah dia.

"Dah macam black metal si Yeori ini ha." Saerin sekadar berkata di dalam hati.

"Okey, jom mula."

Sesi menyalak berirama bermula.

Alunan lagu It's Me kedengaran dan tiga beruk maksud Peino sahabat mula menyanyi.

S e l e p a s t a m a t l a g u

"Weh, Saerin tempat pertama!" Yeori menepuk tangan dua kali. Aceh, dua kali sahaja? Sombong betul.

"Mana tak nya? Kau menyanyi bagaikan black metal punya konsert." Haolee tersenyum sinis.

"Kata orang yang dapat tempat ke-3 dan menyanyi bagaikan musang. WAT DAIH DA POX SEYH!"
Haolee terdiam seketika. "Ini game.. Uh.. Rosak ini ha.." Haolee menyepak televisyen yang tiada dosa sebab dia bukan manusia.

Saerin yang tadinya terkembang-kembang hidung macam lubang hidung terjolok kayu balak kini menguncup kembali seperti disepit mesin pelurus rambut.

"Rosak? Maknanya aku bukan tempat pertamalah... Sebab permainan ini dah rosak." Semangat Saerin memudar bagaikan terlepas marathon While You Were Sleeping. 

"Eh eh haa yang itu tak rosak! Dahlah, jom cuba permainan lain." CD dikeluarkan daripada tempat cucuk CD yang Peino dah lupa namanya. Haolee menghulurkan CD lain kepada Yeori.

"Bertenaga gila kau berdua. Aku dah dahaga tahap tekak berpasir dekat sini." Saerin tak menipu, bukan dramalah nak main dusta-dusta. Dia jujur. Dia agak kagum dengan kawan-kawannya.

"Ha, jomlah minum. Aku buat air teh tarik." Yeori melanhkah masuknke dapur.

"Alang-alang dah masuk dapur, tolong masak karipap!" Haolee si pencintan-cintun makanan Melayu memekik dari ruang tamu.

S e m i n g g u k e m u d i a n

"Weh aku dah tak larat..." Yeori tertiarap di atas lantai. Haolee menangguk lemah sambil kakinya terkangkang luas. Saerin pula tertonggek di atas lantai.

"Semua permainan menyanyi Saerin nombor satu. Sah dah, suara dia paling baik." Yeori mengubah posisi tertiarap ke posisi duduk bersila.

"Masa untuk busking." Haolee tersenyum  memandang Saerin.

Sekelip mata Saerin berpeluh dingin. Muka yang sememangnya putih-putih pucat semakin pucat. Badannya terasa sejuk, tapi dia berpeluh.

E s o k n y a

Yeori menyarungkang strap gitarnya dileher. Tangannya bersedia memetik tali yang mengalunkan not berbeza.

Saerin meneguk air liurnya. Seram sejuk rasanya. Haolee datang membawa kerusi kecil. "Duduklah dulu. Berlatih menyanyi." Saerin menurut dan mula menyanyi.

Makin lama makin asyik, sampai tak perasan Haolee telah meletakkan mikrofon di hadapannya.

Yeori tertawa dalam diam sambil tangannya lincah memetik tali gitarnya.

Lagu Gitar Man nyanyian Mama Kau dinyanyikan Saerin. Orang ramai yang lalu lalang mula berkumpul dan memerhatikan Saerin. Makin lama, makin ramai. Seperti ada konsert pula.

Para penonton mula berbisik mengenai suara Saerin yang merdu bagai ditepek krim Pak Cun. Bisikan mereka menjadi kuat dan akhirnya menyedarkan Saerin. Terus suaranya tersekat.

Penonton melemparkan pandangan pelik. Saerin pula sekadar menggeletar di situ. Tiba-tiba, badannya terasa panas. "Ah sudah." Dia mendengus. "Dah menyanyi, habiskanlah. Huh, dasar perempuan perasan ada bakat."

Inilah dia.

Inilah benda yang ditakutkan Saerin.

Mikrofon ditangan terlepas dan Saerin.

Rebah.

Latihan-End







Talent - KTH Where stories live. Discover now