Orang ramai yang sedang memerhati Saerin jadi terkejut lebih teruk daripada beruk. Beruk pun belum pernah terkejut sampai begitu.
Penonton mula mendekati Saerin yang rebah di jalan tar seolah-olah itu tilam empuk berkualiti tinggi. Seorang mak cik perasan muda menampar-nampar muka gorgeous Saerin. Haolee dan Yeori bukan main kelam kabut menghalang mak cik tua itu dari terus menampar wajah Saerin.
Bukan salah dia mahu membantu, tapi... Dia guna cincin batu permata sebesar perut Kim Jong Eun untuk menampar wajah Saerin!
Dalam kekalutan yang melanda, lelaki yang bertopengkan topeng beruang mencebik di sebalik topengnya. Jangan risau, bertopengkan topeng beruang, bukan bertopengkan syaitan. :D
"Alah, pengsan pula." Katanya dengan nada kecewa yang terserlah.Telefon pintar yang lokasinya di dalam kocek jaket, disauk keluar. Nombor telefon ambulans didail pada kadar kelajuan yang pantas.
Hmm... Antara semua penonton, Abang Beruang ini sahaja yang pandai dan dengan bijak pandainya menelefon ambulans. Yang lain pula kerja merakam dan mengambil gambar untuk dimuat naik ke media sosial. Mahu bikin popularlah... Ingat popular boleh bawa masuk kubur? Engkau masuk Insta, Nabi masuk Al-Quran yang dah bertahun umurnya.
Shentap pelish. :D
Haolee mencapai botol air mineral yang mereka beli dari kedai Seben Ileben sebelum datan ke sini. Penutupnya lantas dibuka dan airnya dituang ke telapak tangan kanannya.
"Hey mambang air, mambang BTS... Aku seru semangat Encik Jam Bo! Aku seru semangat ARMY! Fuh fuh fuh!" Kurafat guys. :D
Air itu dipercikkan ke muka Saerin. Nasib baiklah bukan air ludah.
Abang Beruang tadi tersentak seketika apabila terdengar 'BTS' dan 'ARMY'. Dia tertawa kecil sebelum meninggalkan kawasan pembaringan Saerin
Perempuan berambut hijau, berbaju koyak dan seluar sebelah panjang sebelah pendek, memerhati gerak-geri Abang Beruang tadi. "Gila agaknya gelak seorang diri..."
Tangan wanita tadi mencapai patung Hello Kitty nya yang berada di atad jalan. "Jom Kitty, kita balik!" Kata perempuan itu kepada... Um.. Patung itu.
Okey siapa yang gila sekarang.
Ambulans yang baru tiba, terima kasih kepada Abang Beruang, berhenti berdekatan kawasan busking mereka. Setelah Saerin diangkut ke dalam ambulans, seorang pekerja hospital meminta salah seorang daripada mereka turut serta menaiki ambulans. Haolee sukerela mengikut Saerin menaiki ambulans. Kalau diikutkan, Yeori yang menemani Saerin kerana lebih berpengalaman. Tetapi Haolee mengada mahu cuba naik ambulans.
Jakun seketika.
"MAK!!!" Haolee tergolek jatuh dari kerusinya. Hah, baru kau tahu bagai nak rak duduk dalam ambulans laju!
Doktor yang berada di dalam ambulans itu panik dengan si Haolee yang tidak berhenti berguling seperti ulat gonggok di ancam di sana dan sini. Sekali gus, menyukarkan proses rawatannya terhadap Saerin. Doktor itu melepaskan nafas lega apabila mesin bantuan pernafasan telah berjaya dipasang.
S a m p a i h o s p i t a l
Doktor dan beberapa jururawat membawa Saerin ke dalam bilik rawatan. Okey, ini bukan sinetronlah Haolee nak mengangis mengekori Saerin sampai ditahan para jururawat. Pengsan sahaja, bukan dilanggar lori kambing.
Haolee melabuhkan punggungnya ke atas kerusi di yang disediakan di kawasan menunggu. Yeori yang baru sahaja tiba dengan motor kapcainya mengambil tempat di sebelah Haolee.
YOU ARE READING
Talent - KTH
RomanceBook cover edited by : @fabulousfea_ In a dark way, I sing along, as I walk around.