Seben Ileben

6 1 0
                                    

Saerin's POV

Aku toleh ke arah kiri, dari mana datangnya suara wanita tadi. Ada pemuda yang aku rasa, melawat perempuan itu membalas, "Alah... Ada pesakit lain. Menganggu nanti."

Aku terdiam dan menunggu maklum balas wanita tadi. Haa, jangan bocor rahsia aku curi dengar, eh? "Dia tidur."

"Betul? Sekejap, nak pastikan." Terus aku acah tidur nyenyak. Rambut dikusutkan, tangan dibuka, kepala terteleng. Profesionalnya aku berlakon.

Bunyi derapan kaki menghiasi pendengaran telinga. Kemudian bunyi tadi terhasil lagi sekali selepas beberapa saat.

"Okey, Ta nyanyi, ya?" Mata aku yang aku dah bagitahu cantik tadi terbuka luas. Telinga dilebarkan untuk menghayati nyanyian.

"It's been a long day, without you my friend~ And I'll tell you all about it, when I see you again..." Meremang bulu roma dengar dia menyanyi.

Bahasa Inggeris dia lancar tanpa secalit pelat korea. Suara garau tetapi lembut dia memerdukan lagi lagu. Cairlah~ aum~

"SAERIN!"

"EH! KAU NYANYI SEDAP EH!" aku yang terkejut macam peminat yang menonton penyanyi rock memecahkan gitar di atas pentas terus melatah sampai terpuji. Si Ta yang tadi menari terus terdiam juga dengan kemunculan kawan dua ekor aku yang terang-terangan mengganggu hidup.

Third Person's POV

Ta menyarungkan kembali topeng beruangnya dengan pantas. Haolee datang ke arah katil aku dan menyelak langsir.

"Okey tak?" Haolee yang macam orang gila terus tanya. Mata dia yang terperasankan kewujudan Abang Beruang idaman hati terus kontrol ayu. Pui.

"Okey. Sampai kau datang." Saerin menjeling keras. Walaupun Saerin nak jeling pada si Haolee, dia tertengok pula dekat lelaki yang datang melawat wanita di sebelahnya.

Abang Beruang meninggalkan bunga dan mencium tangan wanita tadi. Kaki yang kelihatan gagah perkasa melangkah keluar dari bilik pesakit.

"Alah, tak dapat perhati lama-lama!" Haolee yang tadi kakinya rapat kini luas terbuka.

"Wei, tak perlu bagitahu doktor?" Yeori yang lebih matang pemikiran terus bertanya.

Baru sahaja nama disebut, doktor terus muncul dengan stetoskop tergantung di leher yang panjang semacam. "Eh, dah bangun?" Doktor melangkah dan hampiri Saerin yang celik matanya berbanding sebentar tadi.

Esok

Saerin melakukan regangan badan. Seharian atas katil hospital, badan rasa tak selesa langsung.

Hari ini, cuma Yeori yang datang ke hospital. Dia cuma nak bawa Saerin balik ke rumah memandangkan hanya dia yang ada lesen motor.

Saerin keluar dari hospital dan menuju ke arah motor kapcai Yeori. Pada masa yang sama, Abang Beruang turut berjalan ke arah pintu masuk.

Ketika Saerin tengah berjalan ke arah Yeori, dia ditahan oleh Abang Beruang.

"Sekejap... Eh, awak... Yang pengsan semalam?" Abang Beruang membulatkan mata. "Eh! Tahu ya? Uhuhu..." Muka saerin nampak merah. Bukan sebab Abang Beruang hensem... Sebab ada orang berjaya mengecam wajahnya yang pengsan semalan.

"Awak memang sepuluh bintang saya bagi untuk menyanyi." Jari yang besar dibuka sepuluh. "Maaf, kalau tersinggung. Tapi kenapa awak pengsan?" Abang Beruang yang kelihatan berminat untuk tahu lebih lanjut bertanya.

Talent - KTH Where stories live. Discover now