Third Person's POV
"Ahah... Terima kasih Saerin..." Abang Beruang tertunduk-tunduk. "Nanti ada masa saya belanja awak pulak." Abang Beruang tersenyum, tapi Saerin tak tahu, sebab topengya menghalang."Tak payah!"
"Uh... Apa-apapun, selamat maju jaya pergi audition." Saerin tersipu malu. Hoho kantoi pula dia mahu pergi audition. "Hah, kan dah kata curi dengar! Mana kamu tahu dia nak pergi ujibakat?" Sanjut tiba-tiba bercekak pinggang.
Abang Beruang terus keluar dari kedai Seben Ileben dan pura-pura tak dengar.
"Boy friend eh?" Sanjut tersenyum mengejek. "Pala hotak mung." Muka Saerin menjadi merah kemudian mereka berdua ketawa.
Selesai pembayaran dibuat, Saerin keluar dari kedai.
♠♠♠
"Taguna punya Sanjut. Dah cakap sekali tu dah lah. Hish tak payah nak ulang-ulang!" Abang Beruang memaki hamun si Sanjut. Lorong belakang kedai yang senyap diambil sebagai jalan ke rumah.
"Fuh panas, panas." Topeng yang menutupi separuh muka diturunkan separas dagu. Lebih jelas kelihatan muka yang memerah.
"In a dark way~ I... Sing along as I walk around..." Mahsyuk!!! Meremang bulu roma Abang Beruang.
Fuh, menggelabah si Abang Beruang pakai topeng dia balik. Kepala dia tertoleh-toleh mencari punca suara. Tapi... Dia tak nampak sesiapa pun! Fuh seram sejuk dia! Terus dia berlari pergi ke balik dinding bangunan lain. Halamak... Ada bunian ke?
"I want to... Get... Rid.... At this trashy phobia!! Haaaaaaaaa!!!!"
"Bapok high pitch! Power duh dia nyanyi." Abang Beruang kagum. Dia cuba mengintai untuk melihat empunya suara.
"AH BUM BADA BADA BUM BUM PAPAPAPAH YEA YEA UCHU UCHU TARATATARAAA!" Melopong terus si Abang Beruang. Bunyi efek yang dilakukan oleh mulut itu... Dia tak kisah... Tapi tarian yang mengiringi nyanyian.
Mengucap Abang Beruang dibuatnya. SERAM!
Telefon berlogo pisang diaktifkan. Aplikasi kamera dibuka dan terus merakam gerak-geri wanita yang menyanyi dengan merdu. Rambut coklat kemerah-merahannya yang panjang, beralun lembut...
♠♣♠
"I'm home!!!"
"SERBU!!!" Haolee terus menyambar beg plastik di tangan Saerin. Komik yang dibeli dicampak jauh. Dengan tidak sabarnya, dia mengoyakkan bungkusan plastik Encik Kentang.
Saerin menepuk dahi sampai bengong. Ikatan rambutnya yang terbuka sementara dalam perjalanan ke rumah tadi di ikat kembali ke paras dagu. Bukan Daegu.
Eavesdrop, Record-End
------Patut ke aku sambung? Tak ada orang baca pun....
YOU ARE READING
Talent - KTH
RomanceBook cover edited by : @fabulousfea_ In a dark way, I sing along, as I walk around.