Bab 8

7.4K 211 4
                                    

" Noah.. " Datin Zati mengetuk bilik anak bujangnya itu.

" Hm? " balas sepatah noah.

" Esok petang keluar dengan lina tau? " Datin Zati tersenyum gembira apabila rancangannya untuk menjodohkan dengan anak Puan Aniza hampir berjaya.

" Kenapa pulak noah nak keluar dengan perempuan tu? " balas Noah dengan nada tak puas hati.

" Perempuan? Perempuan tu la yang akan jadi isteri Noah. Ibu kepada cucu mummy nanti.. " Noah terbatuk kecil. Cucu? Aku nak ada anak dengan badak tu? Eiii!

" Oh please la mama.. Noah tak suk.. "

" No excuse noah afriel! " Tegas suara Datin Zati lalu meninggalkan anaknya.

Noah menghempas bilik tidurnya sehingga Datin Zati terkejut.

🌸🌸🌸🌸

Lina mengenakan seluar jeans hitam dan kemeja putih. Dia nekad untuk memikat lelaki yang berjaya mendapatkan hatinya itu. Dia tak kira, walaupun dia akan dikutuk, dihina oleh mamat singa tu mahupun girlfriendnya, dia tak akan putus asa! Dia memakai sedikit make up. Bibirnya dicalit sedikit gincu! Rambutnya dilepaskan. Ok done!

" Alaaa.. lawanya anak mama ni " Puji puan aniza.

" Yeke mama? Biasa-biasa je " Gelak kecil

" Dah siap ke ni? Nanti Noah tunggu lama pulak.. "

" Dah siap dah ni. Bye mama " Pipi puan aniza dicium. Puan Aniza hanya tergelak kecil. Comel betul anak dia!

Pon! Pon! Pon!

Puan aniza mengintai dari tirai cermin rumahnya. Range rover bewarna hitam matte diparking dihadapan rumah. Tersenyum puan aniza melihat anaknya yang bulat itu berlari anak masuk ke kereta.

Semoga, Noah dapat menerima anaknya itu dengan baik.

🌸🌸🌸🌸

Sepanjang perjalanan ke shopping mall mereka berdua hanya diam. Hanya suara radio berbunyi. Akhirnya noah mengalah, dia menjeling badak sembu disebelahnya yang asyik makan gula gula chocolate

" Patut la gemuk, suka makan chocolate rupanya.. " Noah menjeling ke arah Lina yang sedang memandang ke arah luar tingkap.

" Awak nak sikit? " Tanya Lina sambil menghulur gula-gulanya.

" Kau nampak badan aku macam badak ke? Aku jaga badan la! Buka macam kau, main makan je sedar tak sedar badan macam tong gas! " Lina yang sedang menguyah chocolate terhenti. Apa dia cakap? Badan macam tong gas?!

" Excuse me! Kalau saya badan macam tong gas pun, ada kacau hidup awak? " Noah yang tersedar apabila Lina meninggikan suaranya itu membuatkan marah itu hadir.

" Kacau? Yes kau kacau hidup aku! Kau sedar la sikit, kau nak kahwin dengan aku.. aku ni selalu ada majlis vvip, tak kan la aku nak heret kau sekali? Tak nak la nanti orang ingat aku bela badak sembu! "

Wajah Lina terus berubah. Hanya tuhan sahaja tahu bagaimana sakit yang di alami sekarang ini. Dia mengeluh pelahan. Sungguh perit bila lelaki yang berjaya membuat hatinya tergugat sudah memberi amaran pada dirinya. Sebelum kahwin pun dah macam ni, apalagi bila dh kahwin? Hmm..

Maafkan aku, sayang. Where stories live. Discover now