part 16

6.2K 142 7
                                    


" Cik Lina, ini adalah design terakhir yang terkini di butik ini. Kain tidak terlalu panas, dan tidak terlalu berat. Sesuai jika dipakai ketika majlis persandingan! " Beberapa helai gaun pengantin ditunjukkan pada Lina. Namun semuanya ditolak.

" Lina nak yang mana satu? " tanya Puan Aniza.

" Mana-mana ajelah. Lina ikut mama." balas Lina dengan selamba.

" Hish mana boleh begitu Lina! Gaun ni, Lina yang akan pakai. Bukan mama! " Bidas Puan Aniza! Sudah 3 jam berada di butik namun semua gaun yang ditunjukkan oleh pereka terkenal, semuanya ditolak.

Sejujurnya, Lina sebagai seorang ahli pereka fesyen dia terkilan akan design-design yang ditunjukan itu. Tidak sesuai dengan majlis persandingan! Ini majlis orang melayu, mustahil tetamu-tetamu yang hadir itu akan membuat mulut jika dia memakai gaun terbelah sehingga nampak jelas buah dadanya!

" Mama... ini kan majlis adat melayu.. mama tak rasa gila ke kalau Lina pilih gaun terbeleh tengah, nampak bahu lepastu nampak bentuk badan? " Lina menayangkan riak wajah tidak puas hati.

" Sebelum ini, ok aje Lina memakai baju belah tengah? Nampak pusat.. nampak bahu? Mama tak complain apa-apa pun! " Puan Aniza cuba mengawal marahnya. Sungguh banyak cakap!

" Itu lain mama.. gaun ini akan dipakai masa bersanding nanti! Bersanding nanti ikut adat melayu bukan? Mama dan aunty Zati nak sangat majlis ikut adat melayu! " Jelas wajahnya itu menunjukkan dia tidak puas hati dengan apa yang dikatakan oleh Puan Aniza.

" Sekarang ini, Lina nak yang mana satu? " Puan Aniza sudah pasrah dengan sikap anaknya itu.

" Lina nak baju yang itu. " Tunjuk Lina ke arah sepasang gaun pengantin.

" Seriously? " Tanya Puan Aniza.

" Ye mama. " Lina hanya mengeluh perlahan. Adakah dia sudah bersedih untuk memakai gaun pengantin bersama seorang lelaki yang tidak pernah mencintainnya?

.....................................

Noah melihat permandangan jalan raya di luar tingkap pejabatnya. Ini lah suasana Kuala Lumpur. Awal pagi, sudah jelas kelihatan kereta-kereta di atas jalan raya. Sudah dua hari tidurnya tidak lena. memikirkan bahawa dia akan menjadi seorang suami lebih kurang 3 minggu lagi kepada seorang wanita yang tidak pernah dia cintai. Jujurnya, hati dia mencintai Sofea. Namun, dia percaya.. niatnya untuk memperisterikan Sofea hanyalah mimpi. Lina Aminah, gadis yang tidak kurangnya cantik. Kulit putih bersih, pipinya merah, keningnya teratur dan bibirnya mungil. Jika dibezakan, Lina lebih cantik berbanding dari pada Sofea. Namun segalanya tenggelam kerana badannya gemok! macam badak sembu!

Hari ini, dia mengumpul segala kekuatan untuk memberitahu kekasihnya bahawa dia akan berkahwin. Dan hari ini juga adalah, dia akan memutuskan hubungan dia bersama sofea.

KNOCK! KNOCK! KNOCK!

" Come in! " laung Noah.

" Baby! " Jerit Sofea sambil berlari anak-anak ke arah Noah.

" I miss you baby! " Leher Noah dipeluk erat. Noah cuba untuk meleraikan pelukan tersebut namun gagal.

" Sofea.. please.. sit down first. " Pinta Noah.

" Ala... kenapa ni? " Balas Sofia sambil memuncungkan bibirnya.

" Duduk boleh? " Noah bercakap dengan lembut. Sesungguhnya hati Noah sungguh berdebar. Dia tahu bahawa Sofea akan mengamuk. Dia kenal akan sikap kekasihnya itu.

" Kenapa you nak i datang office you ni? rindu i ke? ke you nak...." Sofea meleretkan suaranya sambil memintal rambut yang ditocangkan.

" Jangan merepek Sofea. " Balas Noah.

" I nak bagitahu you sesuatu. " Noah memandang wajah kekasihnya itu.

" What is it? Something interesting? " Tanya Sofea.

" I nak kahwin. " Suara Noah bergetar apabila mengungkapkan perkataan kahwin.

" Oh my god baby! kahwin dengan i? You melamar i ke? Your mom setuju kita berk... " Belum sempat Sofea menghabiskan ayatnya, Noah menyampuk.

" Not with you. " Noah perasan raut wajah Sofea berubah.

" No.... No noah... you nak kahwin dengan siapa? I ni apa? Siapa perempuan tu! " Sofea meninggikan suaranya! Barang disekelilingnya terus dicapai dan dicampak.

" You boleh tenang tak Sofea! " kemarahan Noah meninggi apabila Sofea tiba-tiba membaling Fail dan kertas-kerta projeknya di atas meja.

" You asked me to chill? Hey Noah! Sepatutnya you kena kahwin dengan i! bukan perempuan lain! " Jeritan Sofea membuatkan pembantu peribadi Noah masuk ke bilik.

" Kenapa ni Encik Noah? " Tanya pemuda itu.

" Kau boleh diam tak! " Jerit sofea kepada pemuda itu.

" You balik lah Sofea. Kita dah putus. Anggap sahaja kita tak ada jodoh. You boleh jumpa ramai lelaki di luar sana! " Balas noah.

Sofea kelihatan separuh gila. Pembantu peribadi Noah juga kelihatan gerun melihat perempuan itu.

" You cakap apa? " Sofea pergi ke arah Noah lalu menumbuk dada Noah sambil teresak-esak.

" You jahat Noah! Tak ada siapa boleh rampas you dari i! " Office itu bergema dengan tangisan dan jeritan Sofea.

" Bawak dia keluar. " Noah mengarahkan pebantu peribadinya membawa Sofea keluar.

" I Janji dengan you, You tak akan bahagia Noah! " Jerit Sofea sambil diheret.

IF YOU NAK I UPDATE MOREEE, DONT FORGET TO VOTE AND FOLLOW ME OK~~~~

Maafkan aku, sayang. Where stories live. Discover now