part 15

3.9K 108 4
                                    


" Eh awak ni kenapa! " Lina cuba untuk melepaskan genggaman Noah.

" Best bercanda dengan jantan lain? Siapa nama dia? Rayyan? " Tanya noah sambil tertawa sinis. 

" Lepaslah! sakit! " Lina begelut dan cuba untuk lari daripada Rayyan namun usahanya gagal.

" Kau dengar sini Lina, kau bakal berkahwin dengan lelaki yang bukan taraf orang biasa! Sepatutnya kau tahu batas kau! Bukan bercinta dengan lelaki lain! Belum berkahwin lagi sudah tunjuk perangai  menyundal! " Bidas Noah dengan ayat pedas. riak wajah Lina sudah berubah. Kali ini tahap kesabaran dia sudah tiada! 

"Wow, jadi awak setuju nak berkahwin dengan saya? awak pernah cakap dengan saya, awak dah berpunya bukan? kenapa tidak berkahwin dengan dia saja? kenapa sudi berkahwin dengan badak bergerak? " Lina menunjukkan riak wajah sinis. 

" Mama aku paksa aku suruh berkahwin dengan kau! Aku pun tak sudi dan... mama tak terima Sofea untuk isteri aku sebab... "

" Sebab apa Noah? Sebab perangai Sofea sama seperti awak? " Lina tergelak sini. Noah terdiam kelu kerana inilah kali pertama wanita dihadapannya cuba bercanggah dengannya.

" Enough Noah. I nak tolong mama cuci pinggan. Oh by the way, I tak ingin nak tahu lagi tentang you dan siapa tu... safia? sofea? whatever! i have a lot of thing to do! " Lina meninggalkan Noah di tepi halaman. Malas aku nak layan! 

Lina...... berani dia buat aku macam ini? 

...........................

" Ja, kau rasakan... kalau aku berkahwin dengan Noah, bahagiakah aku? " Lina merenung ke arah luar tingkap. Sungguh hatinya berat dengan keputusan ini. 3 hari sudah dia melakukan solat istikarah... dan 3 hari ini juga dia melihat Noah dalam mimpinya... namun, layanan Noah jelas menunjukkan dia dan Noah sukar untuk bersama.

" Kau dah buat apa aku suruh buat? " Jaja merenung wajah muram sahabatnya itu.

" Dah.. dia muncul dalam mimpu aku. " 

" Tapi... dia layan aku... seperti aku tiada perasaan ja... " Lina mengeluh perlahan.

" Tapi dia muncul dalam mimpi kau bukan? Lina... aku rasa lebih baik kau ikut apa mama kau cakap. Naluri ibu selalu benar. Lagipun, manusia berubah lina.. " Perasaan yang tidak dapat diungkapkan. sedih, ya memang sedih. Namun apakah daya.. dia hanya seorang sahabat. Jika dia mempunya kuasa, sudah lama dia membantu Lina supaya Lari daripada sini! 

" Manusia berubah? kau pasti? Tapi aku tak rasa dia berubah Jaa.. " Lina memandang ke arah sahabatnya itu.

" Lina, kau kena percaya.. mungkin lambat untuk dia berubah, tapi percayalah dia akan berubah? " Tangan Lina digenggam erat. 

" Aku hodoh Jaa.. aku tidak secantik Sofea... " akhirnya Lina menghemburkan tangisan

" look at me Lina.. " Lina memandang wajah sahabatnya itu. Sungguh dia takut..

" Sekarang ni, kau perlu ikut apa yang dirancang oleh mama. Bila kau dah kahwin dengan dia.. kau pikat dia.. kau jaga makan minum dia... kau bagi keselesaan dia.. laksanakan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri.. sekeras manapun hati seseorang lelaki, jika isteri dia layan dia dengan baik, kasih dan cinta akan timbul juga ... " 

" Jangan menangis Lina.. aku ada di belakang kau.. kau carilah aku bila kau sedih.. kau seorang yang kuat.. " Tubuh montel Lina dipeluk. 

" Tapi dia ejek aku! " Balas Lina dengan teresak-esak.

"  Lepas kahwin kau pakai seksi-seksi.. buktikan dia.. kau bukan badak yang dia sangkakan! kau limited edition! " Gelak Jaja sambil menenangkan Lina.

" kau ni! Suka buat kelakar kan! " Lina yang tadinya sedih kini sudah gelak! 

" See? kau dah tak sedih! " Gelak tawa antara mereka berdua jelas didengari daripada ruang tamu. Namun gelak tawa mereka berhenti apabila Puan Aniza muncul.

" Suka ya kamu berdua ni. " Kepala Puan Aniza digeleng. Dari kecil asyik berkepit sahaja! Ketika Lina di America dan Jaja di United Kingdom, Puan Aniza yakin bahawa mereka berdua sering berhubung. Setiap hari mesti bergosip! 

" Ala aunty... tak lama lagi Lina nak berkahwin.. tak dapat lah nak rapat-rapat lagi... lepas ini Lina milik Noah! " 

" Auch! sakit lah! " Jaja mengusap pehanya yang dicubit oleh Lina.

" Tak lama lagi? Apanya tak lama lagi? Minggu hadapan Lina akan bernikah. " selamba saja Puan Aniza berkata. "

" WHAT! " Serentak Jaja dan Lina berkata. Masing-masing terkedu... terkilan. Lina merasakan air liur yang ditelan sungguh pahit. 


~~~~~~DONT FORGET TO FOLLOW ME!



Maafkan aku, sayang. Where stories live. Discover now