Part 2

9.4K 376 4
                                    

Noah dan Sofea singgah ke sebuah butik terkenal. Seperti biasa, kalau shopping mana pernah tidak sampai beribu! Noah hanya tersenyum.
Sedar tak sedar sudah 4 tahun dia bersama dengan wanita ini. Walaupun sudah berpuluh kali putus, namun mereka akan tetap bersama lagi. Mungkin jodoh mereka lah.

" Baby! You termenung apa tu! " lengan Noah dipaut. Pantas tangan Noah memegang pinggang ramping itu.

" Mana ada la sayang.. "

" Baby! I nak beli baju ni la, cantik tak?" Dress seksi bewarna merah ditunjukkan pada noah. Noah tersenyum lalu mengangguk.

" You pakai apa-apa pun, you tetap cantik sayang " Sofea tersenyum simpul lalu mengusap pipi noah. Pandai ambil hati Noah ni!

Setelah selesai membeli belah, Noah membawa sofea makan di sebuah restoran mahal. Sedang asyik berbual sambil berjalan, sofea terlanggar seorang wanita gemuk.

" Auww! " jerit sofea yang sudah jatuh tersungkur. Orang sekeliling sudah memerhatinya. Malu sungguh.

" Cik, maafkan saya cik, saya tak perasan! " Lina sedar akan kesilapannya, sibuk dengan choclate ditanganya sehingga tidak perasan orang dihadapan.

" Eh perempuan gemuk! Kau buta ke?! Kau tak nampak ke aku depan kau ni? Baju aku ni mahal! Kau tak mampu bayar lah! Lain kali jalan pakai mata! " berdesing telinga Lina apabila mendengar orang memakinya. Dia sempat memandang arah lelaki di sebelahnya yang sibuk menolong teman wanitanya yang jatuh terduduk. Hensem.

" Excuse me, cik pun kena jalan pakai mata! Bukannya tengok kiri kanan! Baju? Maaf la ya cik, baju cik ni saya selalu jumpa di bundle! " Lina mengutip choclatenya yang berterabur di lantai. Orang awam melihat mereka berdua bertengkar! Sungguh malu! Dah la dipanggil gemuk! Benci benci benci!  Lalu dia meninggalkan si perempuan gila tu!

" Baby! You diam je?! You tak nampak ke dia hina i cakap baju i bundle? Pastu buat i jatuh! " Mata sofea seperti ingin nangis. Namun noah tersenyum kecil. Biasalah sofea , sudah 4 tahun dia mengenali wanita ini, bukan sahaja suka enjoy namun banyak sangat drama dalam hidupnya.

" Dah la sofea, bangun.. orang tengok ni. Malu. " Noah mengusap belakang sofea yang muncungnya sudah seperti itik.

🌸🌸🌸🌸

Seperti biasa, chocolate yang dibeli akan disimpan di dalam peti ais! Ini hasil untuk seminggu! Sungguh bahagia Lina melihat hasil dia membeli beli makanan!

Dia mengambil satu chocolate lalu membawa masuk ke bilik. Kata-kata yang dilempar oleh wanita gila itu bermain di mindanya. Entah kenapa dia rasa terasa.

" Uh aku gemuk sebab aku bahagia! Mak aku masak sedap! Kau tu kurus kering sebab tak cukup makan latu! " Lina membebel seorang diri.

Dia berdiri dia atas penimbang berat. Dia melihat jarum penimbang berat itu ke angka 90. Dia mengeluh perlahan. Esok esok jelah aku kurus.

Pintu bilik diketuk pelahan. Lina yang berdiri di atas penimbang berat itu, terus bergegas ke arah pintu. Mamanya yang memakai baju cantik tersenyum.

" Free tak lina? "  soal Puan Aniza

" Free. kenapa ma? "

" Teman mama jumpa kawan mama. Please? " tangan Lina diraih lembut.

"Malas la mama.. mama pergi jelah. " wajah Lina bertukar keruh.

" Please Lina? Lina tak sayang mama ke? Yelah, lina mana sayang mama, mama sedar siapa mama... mama ni dah la sunyi, papa pulak dah tak ad... "

" yelah mama, Lina ikut! " wajahnya bertambah kerut. Sungguh hati dia tidak sanggup mendengar bila mamanya mengugutnya dengan cara sunyi akan ketiadaan papanya. Mama jelah tempat dia bergantung setelah papanya menghadap ilahi 8 tahun yang lepas.

#Kalau nak i update hari hari jangan lupa follow and vote ok! Love you guys!! ❤️❤️

Maafkan aku, sayang. Where stories live. Discover now