KC | 9

25K 2.3K 759
                                    

Korang vote Doktor ke Lawyer? 😋

Sis vote Doktor sebab nanti kalau kita sakit, dia akan rawat kita dengan penuh kasih sayang🙈

Lawyer pula kalau time gaduh mesti berdebat tak habis😹 Asyik dia je nak menang. Sakit hati😅

••••••••••••••••••••

Kerusi ditarik perlahan oleh seorang wanita bertudung. Dia duduk bertentangan dengan seorang lelaki yang tidak mengendahkan kehadirannya.

" Sorry I lambat, ". Hannisya mengangkat tangan memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanannya.

Usai itu, dia fokus pula pada Danish Aryan yang senyap sedari tadi.

" Finally kita dapat jumpa lepas lapan tahun you dekat Australia. You change a lot ". Kata Hannisya dan tersenyum manja.

" I ada banyak kerja nak buat ni. Kata ada benda nak cakap, cepatlah ". Danish malas nak menghadap Hannisya lama - lama sebenarnya.

" Rilekslah. Family you.. sihat? ". Tanya Hannisya. Ketika itu, minuman yang tadi dipesan tiba.

" Tak payah kesahkan diorang. They don't ever care about you ". Balas Danish tanpa bertapis.

" Mind your words sayang ". Hannisya senyum menahan marah dengan kata - kata Danish.

" Memandangkan you dah balik, apa kata kita kahwin? ".

Danish berubah riak.

" You merepek apa ni? ". Soal Danish.

" I tak merepeklah. I memang dah lama rancang, kalau you balik ke Malaysia kita kahwin secepat mungkin ". Jelas Hannisya tanpa rasa bersalah atau perasan reaksi terkejut Danish.

" Secepat mungkin? You ni gila ke apa? ".

" Apa pula? Okaylah tu. Lagi cepat lagi bagus. Atau.. you sebenarnya ada rancang nak bersama Aulia semula? ". Tanya Hannisya dan merenung pada Danish.

" Tak adalah. I baru balik Malaysia kut. Kerja pun baru seminggu. Tiba - tiba nak kena kahwin. Beragaklah sikit ". Danish bengang. Selagi dia boleh elak daripada kahwin dengan Hannisya, dia akan elak.

" Okay fine. I bagi you masa. Tapi I akan pastikan kita kahwin paling tak pun dalam dua atau tiga bulan lagi ". Tegas Hannisya dan meninggalkan Danish.

Danish Aryan meraup wajahnya. Keadaan bertambah rumit. Hannisya ni memang gila. Apa - apa pun, dia akan dapatkan Aulia semula.

***


Aulia berpeluk tubuh. Berjalan mengikut langkah Ainnur dan Emir yang ingin membeli beberapa keperluan untuk gadis kecil itu. Kalau bukan kerana ini permintaan Ainnur untuk menemaninya, memang taklah dia nak keluar lagi - lagi ada Emir.

Tambah pula dengan alasan Emir yang dia tak tahu barang perempuan jadi dia ikutkan saja.

" Kak, baju ni comel lah. Okay tak kalau Ainnur pakai? ". Soal Ainnur dan mengambil baju yang tergantung kemudian dikenakan pada tubuhnya.

" Okay tapi Ainnur ambil warna biru gelap ni. Nampak lagi sesuai ". Kata Aulia dan menyerahkan baju yang sama cuma berwarna biru gelap.

Ainnur ambil.

" Abang, kalau Ainnur nak cari lagi boleh? ". Soal Ainnur pada Emir.

" Carilah. Hari ni kan memang nak shopping barang untuk Nur pun ". Balas Emir. Ainnur berlalu dengan teruja meninggalkan Aulia dan Emir.

[C] KVSA2 : Kerana CintaWhere stories live. Discover now