Promote✨
Zura Atau Ain
Dear Mr Crush
ain2723Problems Of Love
Kurung_UnguDo read their story 😘
Manusia yang paling aku benci dekat dunia oren ni ialah copycater. Dapat tangkap seekor, dia copy dekat Novelplus😏 Pleaselah ehh jangan tunjuk sangat yang otak letak dekat tapak kaki. Silent readers tu aku boleh tahan lagi tapi yang spesies macam ni memang aku tak boleh go🤗 Apa, dalam exam pun kau meniru ke babe? Allah bagi otak, guna. Kau baca ni.. tolong hadam baik². Aku bukan nak berlagak bagus tapi kau yang buat taik dulu😃 Jadi salah aku ke?
Buat my readers😁 Sediakan tisu or whatever untuk lap air mata anda. Hahaha tak tahulah boleh nangis ke idok sebab sis menangis😭
••••••••••••••••••••
Raket Squash dicampak atas lantai. Zafry duduk bersandar pada dinding kepenatan begitu juga Imran yang melabuhkan punggung di sebelah Zafry. Rambut yang jatuh ke dahi dikuak balik ke belakang.
" Penatnya Im.. ". Rungut Zafry. Meskipun main hanya untuk suka - suka tapi tetap memenatkan.
" Aku ni lagi penat tau. Penat badan dengan otak sekali ". kata Imran pula. Nafasnya mengah.
" Kenapa? ". Soal Zafry.
" Kau ingat tak awek yang aku cerita tu? ".
" Mana satu eh. Suzy ke? ". Tebak Zafry selamba.
" Bukan. Suzy tu pergi berambus.. pergi mati. Aku dah lama putus dengan dia. Budak Izzati tulah ". Ujar Imran semangat.
" Ohh.. ingat ingat. Kenapa? ". soal Zafry lagi.
" Farisha bukan nak tolong. Aku minta nombor telefon Izzati pun dia nak kedekut. Suruh minta sendiri ". Imran masih tak puas hati dengan gadis itu.
" Memang patut pun Farisha kedekut. Kau pun satu, pergilah minta sendiri. Kan lebih afdal ". Balas Zafry.
" Kalau betul suka dia usahalah. Baru Izzati tu nampak kesungguhan abang Imran kita ni. Baru cair hati dia. Lagi satu kalau kau takut kena friendzone, itu semua tolak tepi yang penting belum cuba belum tahu ". Kata Zafry lagi.
" Huu.. kau bab nasihat orang pasal cinta ni memang power kan? Tapi kau sendiri single. Aku suruh cari, tak nak ". Balas Imran lalu menggeleng.
Betullah fakta mengatakan orang single dan tak ada pengalaman bercinta ni memang hebat kalau nasihat orang lain pasal cinta.
" Siapalah yang nak dekat aku ni. Aku tak handsome.. ". Ujar Zafry buat Imran mencebik.
" Cehh! Poyo. Aku malas nak keluarkan kata - kata pujian semata - mata nak yakinkan yang kau ni handsome. Kalau kau malas sangat, tu pergi try Ain ". Cadang Imran.
" Siapa, Ainul? ".
" Yelah.. Ain mana lagi? ".
" Erh tak nak aku. Dahlah garang macam mak tiri. Cukuplah masa tingkatan empat dulu duduk satu kumpulan dengan dia. Fobia weh. Kau tak ingat ke? Aku rasa macam nak stapler mulut dia ". Zafry menggeleng laju.
Macam mana dia tahu? Lupa ke.. Ain, Nuha dan Farisha terpaksa tukar tempat duduk dulu disebabkan denda Puan Ain masa prank katak?
Kerja nak marah aje. Lagi - lagi kalau kerja berkumpulan. Memang tak sahlah kalau tak membebel dan mengamuk macam mak tiri. Seksa!
YOU ARE READING
[C] KVSA2 : Kerana Cinta
عاطفية📌 ADAPTASI SERIES SOOKA MUSIM 2 | Kau VS Aku : Buku Dua | Kesinambungan kisah cinta mereka semua yang masih dibelenggu dengan masalah yang belum selesai. Aulia Zulaikha, berdepan dengan konflik dalam hidupnya. Dia tersepit antara cinta dan paksaan...