Part 2|1

30 1 0
                                    


March, 2009

"Gentlemen, please berhenti!"

Kelima-lima pasang mata itu terus je melorot ke arah mereka. Hanna jadi kecut perut. Pandangannya terhala ke arah Aidaa yang masih dengan riak selamba badaknya. Tenang membalas renungan lelaki-lelaki di hadapan mereka itu.

Aduh... masaklah! Hatinya tiba tiba rasa tak tenteram. Tiba-tiba dirasakan tindakan Aidaa itu terlalu agresif. Iyelah, selama ni mana ada orang pernah berani ganggu apabila kumpulan pemuda di hadapannya mereka itu berbusking. Mereka ni boleh dikategorikan dalam kategori 'hot stuff', keluarga kaya raya dan berpangkat. Memang cari nahaslah kalau ada yang berani cari pasal.

"Adik manis... boleh abang bantu ya?" salah seorang dari mereka bersuara. Disambut pula dengan ketawa mengejek ahli kumpulan yang lain. Cis!

Berdesing telinga Aidaa. Cari pasal betullah! Sudah terang-terang ditulis di papan penyataan yang Kelab Kesenian sudah menempah pentas itu untuk acara malam ini. Namun mereka buat-buat tak nampak sahaja. Itulah perangai mereka! Langsung tidak menghormati orang lain!

"Guys, you tak nampak ke yang kitorang dah tempah tempat ni awal-awal lagi? Lagipun... kitorang dah prepared dah, mana boleh korang senang-senang je busking macam ni!" nada suaranya cuba ditahan agar tidak kedengaran terlalu kasar. Walau bagaimanapun, sabarnya juga punya had jugak. Kalau terpaksa dia gunakan maki hamun baru mereka semua akan faham, dia tak kisah! Dia akan pertahankan haknya jugak!

"So what? Apa benda Kelab Kesenian bagai, huh? Hei, korang berambus jelah, buat semak je datang nak bising bising kat sini. Aduhh... takde siapa lah nak datang event membosankan korang tu. Diorang lagi interested dengan busking macam ni tahu?! Dah, pergi!"

Ya Ampun! Puakanya mulut. Aidaa ketap bibir. Menggigil tangannya. Silap hari bulan ada jugak yang makan penampar powernya karang!

Belum sempat dia membalas, Hanna bisik perlahan, "Aidaa, kita guna Dewan Berlian ajelah," Tak mahu timbul pergaduhan pula. Biarlah mereka beralah kali ini. Lagipun, ni bukannya kali pertama pertembungan penggunaan pentas berlaku. Sudah acap kali.

Aidaa menggeleng. "Tak boleh! Kita dah siap prepared semua dah, takkan nak rombak balik? Cuma ada satu jam je lagi sebelum acara tu... tak sempatlah, Hanna."

Hanna hanya mampu mengeluh. Nak melawan pun tak ada gunanya. Memang gadis ni jenis keras kepala, pendirian tetap. Itulah sikap Aidaa yang dikenalinya sejak dua tahun yang lepas. Apa yang dirasakan terbaik, itulah yang akan dipertahankannya.

Dalam diam, Hanna curi-curi pandang pada lelaki yang duduk paling hujung sekali, agak terasing dari ahli yang lain. Lelaki itu ralit memetik gitarnya, seolah-olah tidak ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku. Kakinya disilang sambil sesekali kepalanya terangguk-angguk mengikut alunan petikan gitarnya itu.

Syed Ammar Afdal.

Hanna ketap bibir. Dadanya yang sedia bergetar, bergetar semakin kuat. Ah, rindunya! Bisik hatinya perlahan. Kenangan mereka sewaktu kecil terlayar di benaknya. Walaupun sudah agak lama tapi ianya masih segar dalam ingatan Hanna.

Tiba-tiba lelaki itu mengangkat kepala dan pandangan mereka bertaut. Tidak! Hanna jadi tidak tentu arah. Malu kerana ditangkap merenung lelaki itu.

Pandangan Afdal jatuh pada Hanna. Gadis itu hanya menunduk, wajahnya sudah merona merah. Dia tahu Hanna merenungnya sedari tadi. Namun, dia hanya berlagak selamba, seolah-olah tidak menyedari renungan gadis itu sebelum ini.

Cantik, telah Afdal. Tubuhnya tinggi lampai, berkulit kuning langsat. Rambutnya yang panjang paras pinggang dibiarkan lepas. Afdal terpukau. Kenapalah sebelum ini tidak pernah pula dia menyedari kewujudan gadis secantik ini di kampusnya. Dia menyandarkan gitarnya di sebelah sebelum bangkit dan melangkah mendekati Hanna.

Aduh... matilah! Hanna cuak. Tolonglah... jangan datang sini, please... Tidak putus-putus hatinya berdoa.

Serentak dengan itu, Hanna berpusing, ingin segera meninggalkan pentas itu. tanpa sedar dia sebenarnya berdiri di hujung pentas sedari tadi, langkahnya tersadung pasu bunga yang terletak elok di belakangnya. Tubuh Hanna melayang. Matanya dipejam, menunggu masa wajahnya mencium lantai konkrit.

Satu saat

Dua saat

Tiba-tiba satu tangan pantas menarik tangannya sebelum sebelah lagi mendarat di pinggangnya, menampung tubuhnya dari terjatuh.

"I got you," bisik Afdal sambil menarik tubuh langsing Hanna menjauhi hujung pentas itu. tinggi pentas itu lebih kurang 1 meter, boleh saja memberi kecederaan yang teruk pada gadis itu kalau dia tidak bertindak dengan cepat tadi.

Mata yang terpejam rapat itu dibuka perlahan. Wajah Afdal begitu hampir dengannya. Dia dapat melihat dengan jelas wajah bersih milik Afdal. Anak mata coklat hazel lelaki itu tepat memanah anak matanya.

"Syed Ammar..."

Afdal tercengang. Hanna pulak panik.

Sepantas kilat tubuh Afdal ditolak, sebelum kedua belah tangannya menekup mulut. Dia sendiri tidak tahu bagaimana nama itu terpacul keluar dari mulutnya. Semua terjadi terlalu pantas. Mindanya tidak boleh berfikir dengan lurus.

"Hanna, kau okey tak?!" pantas Aidaa mendapatkannya. Tubuh Hanna diperiksa beberapa kali. Takut kalau-kalau ada bahagian yang tercedera. Aidaa sendiri kaku saat melihat tubuh Hanna melayang dan hampir terjatuh dari pentas tadi. Mujur saja Afdal cepat bertindak. Ya Allah... syukurlah!

"Did you just called me..."

Belum sempat Afdal menghabiskan kata-katanya, Hanna terus menarik tangan Aidaa dan bergegas, meninggalkan semua yang masih tercengang. Berkerut dahi Afdal. Pelik! Syed Ammar.. hmmm... kali terakhir dia mendengar panggilan itu sewaktu papa menyerahkannya kepada mummy. 15 tahun yang lepas, waktu usianya baru menginjak 7 tahun. Hanya papa dan Syarifah Azulin iaitu ibu saudaranya yang memanggilnya sebegitu.

"Adal," panggil Areep, partner kumpulan buskingnya.

Areep menyerahkan sebuah telefon bimbit, model lama yang sudah ketinggalan zaman. Di tepinya tergantung button yang berbentuk arnab kecil yang dijadikan rantai kunci. Dipandangnya Areep, meminta penjelasan.

"that girl... dia cicirkan benda ni," tidak sanggup rasanya memanggil benda itu sebagai telefon bimbit. Siapalah agaknya di dunia ini yang masih memakai telefon cikai sebegitu melainkan gadis tadi. Ketinggalan zaman betul!

Makin berkerut dahi Afdal. Dipandangnya telefon itu dan gadis yang semakin menjauh itu bersilih ganti. Bermacam-macam persoalan timbul di benaknya. Dia pelik campur keliru.

"Syed Ammar? Panggilan tu...Macam mana dia tahu?"

BAD WOMANWhere stories live. Discover now