Jun, 2009"Allah!" Hanna kaget. Buku terlepas dari pegangannya. Dia berundur setapak kebelakang, menjarakkan dirinya dengan Syamim yang berdiri terlalu rapat. Namun, Syamim pula melangkah mendekat. Setapak dia berundur, setapak juga Syamim melangkah. Sehinggalah tubuhnya melanggar rak buku di belakang. Tahulah dia yang dia tidak boleh berganjak lagi. Terperangkap antara rak buku dan tubuh sasa Syamim.
"Sy..Syamim!"tergagap-gagap Hanna bersuara. Gugup melihat tingkah laku Syamim yang keterlaluan. Syamim memandangnya dari atas sampai bawah. Entah apa yang difikirkan lelaki itu, Hanna tidak sanggup meneka. Dia tidak selesa diperhatikan sebegitu. Bukanlah dia tidak berpakaian pun! Malah berbaju kurung lagi.
"Cantik you hari ni Hanna.. . Eh, I mean, memang you cantik pun, but today... you nampak berseri-seri! Hmm... kenapa ya?" ujar Syamim. Tangannya cuba mengusap rambut lurus Hanna namun ditepis oleh gadis itu.
"Syamim, tolong jangan buat macam ni! Jaga sikit tingkah laku awak tu!" tegas Hanna dalam nada perlahan. Lagipun, dia tak mahu kena marah kerana membuat bising di perpustakaan universitinya itu. Lagi malu kalau dia dihalau keluar.
"Stop playing hard to getlah, Hanna. I tahulah you sebenarnya sukakan I, kan? Tapi you saja je jual mahal. Nak nampak high class sikit, kononnya... betul tak?"
Biadap betul Syamim. Hanna memang bencikan lelaki itu. Entah apalah yang Syamim tak puas hati dengannya, dia pun tak tahu. Lelaki ni tak habis habis nak ganggu hidup dia. Jenis yang tak faham bahasa. Jenis yang nak makan penambar free dulu kot baru tahu reti. Matanya dijulingkan tanda menyampah.
"Just admit it... I ni bukan tak ada rupa. Kaya pun kaya. I boleh kasi you semua yang you mintak." tangan Syamim makin meliar. Sekali lagi menguis-nguis hujung rambut Hanna yang lurus separas pinggang.
"and remember Hanna Raihana... Semua yang Engku Syamin nak, semua dia akan dapat eventhough payah! I tak suka kalah!"
"Syamim..." suara Hanna sudah bergetar, ketakutan. Dipandangnya ruangan library yang sunyi itu, berdoa agar akan ada insan yang melalui bahagian itu. Berdua duaan dengan Syamim kala itu membuatkan seluruh anggota badannya seperti berhenti berfungsi. Dia cuak. Hatinya ingin menegah namun dia tiada upaya untuk berbuat sedemikian.
Hanna pejam mata. Air matanya yang bergenang hampir menitis. Ya Allah... bantulah hambaMu ini.
Syamim senyum sinis. Wajah Hanna yang ketakutan buat dia rasa gah. Seperti mampu menguasai gadis itu.
"Hanna, please.... I nak sangat dengar you cakap you sukakan I. please, sayang..."
Kemudian, tangannya dibawa pula ke pipi mulus gadis itu. Belum sempat jemarinya mendarat di situ, tangannya direntap kasar.
Syamim berpaling. Syed Ammar Afdal sedang tajam memandangnya!
"err..Adal" suara Syamim gugup.
"leave her alone."
"Kau dah kenapa!?"
"Just leave her alone!" makin kuat cengkaman Afdal.
"Come on, dude! Yang kau nak marah sangat ni kenapa? Perempuan ni bukan ada kena mengena dengan kau pun kan?!"
"kena tunggu dia relate dengan aku dulu baru kau tak boleh kacau? Jangan ingat semua perempuan kau boleh layan macam perempuan murahan. Aku rasa kau sendiri boleh nilai dia ni jenis yang macam mana."
Syamim ketawa sinis, "hey, Adal! Takyah nak cakap bagus lah bila kau sendiri pun dua kali lima je dengan aku!"
"Sejahat aku sekalipun, aku tak paksa perempuan untuk terima aku. Shame on you lah, menagih pada yang tak sudi! And, atleast aku tak bodoh sangat pergi tunjukkan perangai tak senonoh dekat public." Afdal hala pandangan ke atas, memandang CCTV yang betul betul berada di atas kepala mereka.