Masuk sahaja di biliknya, Herleena terjelopok jatuh di birai pintu yang ditutup rapat. Seluruh badannya terasa menggigil lebih-lebih lagi bahagian tangan yang digunakan untuk menampar Afdal tadi. Air liur yang ditelan terasa tersekat dikerongkong.Itu Afdal. Afdal yang 7 tahun ditinggalkan baru sahaja memeluknya. Afdal yang pernah dia cintai.
Itu Afdal yang pernah ditamparnya 7 tahun lalu kini menerima tamparan buat kali kedua.
"kenapa dia di sini?" perkara terakhir yang dia ingini adalah bersua dengan Afdal. What a small world! Dengan tangan yang masih terketar-ketar, digagah juga untuk mencapai handpone dan nombor Naiem di scroll. Namun, dia tak berupaya untuk menekan symbol call. Lama ditatap nombor Naiem di skrin telefon.
Apa yang pelu dikatakan kepada Naiem?!
God! Why this ever happened!?
*****
"Ohh, I rasa you dah silap oranglah, Adal. She's the new doctor here, Doctor Herleena. Transferred from London, UK." Farah Anis pandang wajah keliru Afdal.
"Dr Herleena?"
"Yup, just call her Dr. Herl."
Afdal bungkam. Tapi gadis tadi sebijik seperti Hanna. well, mungkin dari pernampilan, dia sedikit berbeza.
Mindanya terbayang semula gadis yang dipeluknya tadi. Hanna tetapi dalam versi yang lebih provokatif. Blaus biru terang dipadankan dengan leather black pants yang agak ketat menyerlahkan bentuk tubuhnya yang langsing. Rambut lurus bewarna dark ginger paras bawah tengkuk yang dipotong sekata pula diselit ke belakang telinga. Cantik! Telah hatinya.
Tapi tidak secantik Hanna yang lebih modesty. Hanna yang sopan memakai baju kurungnya yang longgar dan tidak mengikut potongan tubuh. Hanna yang membuatkan dia tidak mampu melarikan pandangannya dari wajah itu apabila tersenyum lembut, cantik tanpa sebarang make up. Rambut lurus paras pinggangnya sentiasa beralun lembut mengikuti setiap langkahnya.
Tapi Hanna sudah menjadi kenangan lampau. Jasadnya kembali ke perut bumi dan rohnya pergi bertemu sang pencipta.
Afdal mengetap bibir. Sakit di kepalanya waktu itu tak dapat menandingi pedih pada hatinya. Pedih bagai disiat-siat.
"so what brings you here, Syed Ammar Afdal?"soal Farah Anis sambil badannya bersandar meja kecil yang menempatkan sebuah laptop, komputer dan trays in and out berisi data pesakit di bawah jagaannya. Kedua belah tangannya disilang memeluk tubuh.
Afdal senyum. "It's been awhile people called me with that name. I mean, my fullname." kenangan Hanna cuba diusir dari permainan mindanya.
Gadis berkulit kuning langsat itu senyum, menampakkan lesung pipit pada kedua belah pipinya. "I love that name, anyway,"
"Thanks" ujar Afdal sambil pandang gadis itu. Senyumannya bertambah lebar. Dia senang berbual dengan Farah Anis. Gadis itu jenis yang mudah mesra dan outspoken melalui pemerhatiannya. Farah Anis, yang juga merupakan doktor ialah anak kepada Dr. Hamid. Dia baru kenal gadis itu tiga tahun lepas tapi gaya gadis itu seolah-olah mereka sudah lama kenal.
" I nak jumpa papa you untuk medical check up. Lately selalu headache. Sometimes sampai rasa macam nak pitam."
"headache?" Soal Farah Anis. " Maybe sebab you stress? Hm.. kerja, kerja jugak tapi kesihatan pun you perlu jaga tau."
Afdal jongket bahu. "I don't know. Probably?"
"Hmm.. itu maknanya you kena cepat-cepatlah cari pasangan hidup. So, nanti 'zaujah' you bolehlah tengok-tengokkan keadaan you, uruskan apa yang patut. Tak ke senang macam tu?" Farah Anis tersenyum disebalik gurauannya. Saja nak pancing Afdal dengan topik sebegitu. Dia bukannya tak tahu macam mana Afdal mengelak bila isu ini dibangkitkan.
"Look who's speaking. You pun lebih kurang je, Farah. You should start looking for a date, babe. I mean, your 'zauj'. Or should I tell your father to find someone for you?"
"hello, ni bukan zaman tiga abdul tau nak aturkan perkahwinan. Lagipun, I dah lama dah bagi hint. Tapi masalahnya... si calon 'zauj' terbaik depan I ni tak pernah nak bagi respond."
"Huh?" muka Afdal blurr. Deep kata-kata Farah Anis tu...
Farah Anis tergelak. "Nah, I just kidding. Don't take it very serious."
Afdal cuma diam sambil tersenyum. Sebenarnya dia tak selesa Farah Anis bergurau pasal benda macam ni. Soal hati dan perasaan.
"Okey," Farah Anis menghela nafas sebelum melabuhkan punggung di kerusi. "I try call papa nak check dia ada tak dekat bilik dia."
Afdal hanya mengangguk. Fikirannya masih lagi terganggu dengan kehadiran gadis yang mirip wajah Hanna tadi. Dah puas dia cuba untuk alihkan perhatiannya tapi dia tetap tidak berkesan. Dia tahu dia perlu lakukan sesuatu. Sesuatu yang boleh menyakinkannya bahawa gadis itu bukan Hanna.