AFDAL mengeluh lagi sebelum butang lif itu ditekan. Entah kali keberapa dia mengeluh, dia sendiri tak pasti. Hatinya masih berkira-kira hendak meneruskan atau membatalkan sahaja niatnya itu. Dia malas sebenarnya. Dia malas betul untuk buat kerja-kerja leceh sebegitu. Nampak seperti dia sahaja yang melebih-lebih sedangkan sakit yang dialaminya itu cuma sedikit sahaja.
Tapi, untuk batalkan rasanya tak sanggup pulak. Sebelum itu, dia sudah menelefon Dr. Hamid yang merupakan doktor peribadi keluarganya, memaklumkan bahawa dia ingin setkan waktu temujanji untuk berjumpa dengan lelaki separuh usia itu. Biadap pula rasanya kalau dia batalkan secara tiba-tiba macam tu je.
Dia melangkah ke dalam lif apabila pintu lif itu terbuka perlahan-lahan. Punat close ditekan sambil menunggu pintu tertutup. Sekilas dipandang jam dipergelangan tangan sebelum kembali mendongak kehadapan. Tapi apa yang menyapa pandangannya betul-betul menyentakkan.
Dia nampak sekilas seorang gadis melintasi pintu lif itu sebelum ianya tertutup sepenuhnya.
Dia nampak gadis itu berpaling memandangnya.
Dia nampak... Hanna Raihana!
Pintu lif tertutup rapat sebelum dia sempat menghalang. Dengan cemas punat open ditekan berkali-kali.
"Please! Please! Open up! Please...!" pintanya sambil terus-terusan punat itu ditekan.
"Please....." tapi malang lif terus meluncur naik ke tingkat atas. "Damn it!" jeritnya sebelum menghempaskan gengaman pada pintu lif. Afdal mengetap bibir.
Apabila lif berhenti di tingkat yang ingin dituju sebelum itu. Dia cepat-cepat menekan punat, supaya lif itu bergerak turun kembali. Dalam hatinya tidak berhenti berdoa supaya Hanna masih di situ. Dia meraup wajahnya. Melihat bayangan Hanna sahaja sudah cukup untuk buat dia tak tentu hala sebegitu. Ah, you're going insane, Adal!
Lif terbuka dan terkocoh-kocoh dia berlari keluar dari perut lif. Dia berlari sepanjang laluan itu sambil berharap Hanna masih di situ. Tercari-cari kelibat gadis itu. mindanya cuba putar kembali figura yang dilihat sebelum lif tadi tertutup sepenuhnya. Blaus biru terang dan rambut pendek paras tengkuk. Mungkin lain sedikit penampilannya daripada Hanna Raihana yang dulu tapi dia cam wajah itu.
Matanya menangkap gadis yang dicari itu sedang berjalan menuju ke sebuah bilik. Mungkin pejabat, dia tak pasti. Terus langkahnya dipanjangkan untuk mengejar.
"Hanna..."
"Hanna!" lengan gadis itu dipaut kemas.
"Auch! Heyy, what!?"
Afdal termengkelan. Dihadapannya itu bukan Hanna tetapi seorang gadis Chinese. Terus pegangan pada lengan gadis itu dilepaskan. "Im sorry,"
"May I help you, Encik?" soal gadis itu sambil memandangnya sinis. Mungkin tak senang dengan perbuatan Afdal tadi.
"no, no. erm... I think I have mistaken you with my friend. Seems like she's not here, I guess." senyuman gementar dilemparkan. Gadis Chinese itu hanya menggeleng sebelum membelakanginya dan meloloskan diri ke sebuah bilik, yang Afdal kurang pasti bilik apa.
Dia mengeluh dan pandang ke arah pintu yang sudah ditutup rapat. Rambutnya diraup ke belakang. Teruk betul dia berhalusinasi. Setelah sekian lama dia cuba melupakan, bayangan Hanna muncul kembali. Hampir lima tahun. Dia ingat dia sudah dapat menerima hakikat sebenar. Hakikat bahawa Hanna sudah lama tiada! Astagfirullah... beristigfarnya perlahan.
"Excuse me,"
Suara itu! Dadanya terasa sesak. Afdal menelan liur sebelum menarik nafas perlahan, membetulkan saluran penafasannya yang tiba-tiba terasa sempit.
Tadi bayangan Hanna dan sekarang suaranya pula.
Ya Allah... Entah apakah dugaan yang sedang menimpanya ketika itu. Mungkin kerana kerinduan yang telah sekian lama ditanggung menyebabkan dia terbayangkan Hanna.
"Sir, I have to go in there, boleh tepi sikit tak? You're blocking my way..."
Tidak! Afdal tidak sanggup untuk berpaling. Dia takut kalau dia berpaling, tiada siapa di situ. Dia takut dia akan kecewa sekali lagi. Betapa dia merindui gemersik suara itu. Wajah Hanna sekali lagi bermain di mindanya. Senyumannya... tawanya... how I miss her so much. I miss her damn much!
Afdal cekalkan hati. Dalam keterpaksaan dia berpaling. Sepenuh hatinya berharap suara Hanna bukan ilusinya semata-mata. Berharap yang Hanna ada dibelakangnya walaupun dia tahu itu semua tidak mungkin akan terjadi.
Matanya menangkap satu wajah yang amat dikenali.
Jantungnya hampir sahaja berhenti dikala itu. Kali ini, bukan saja dadanya yang terasa sesak, malah, anggota tubuhnya seolah olah enggan berfungsi. Bibirnya bergetar, ingin menuturkan sesuatu tapi suaranya tersekat di kerongkong.
Gadis itu memandangnya tanpa perasaan.
God, this is impossible...
Hanna!
.........
Pang!!
Satu tamparan tepat pada pipi Afdal. Herleena menggenggam tangan kanannya yang terasa pijar. Tidak menyangka tamparan itu agak kuat sehingga pipi lelaki itu merah serta-merta. Dia terkejut apabila lelaki itu tiba-tiba saja memeluknya. Tanpa isyarat langsung. Dan tangannya automatik melayangkan penampar. Tindak balas tanpa sedar.
Beberapa pasang mata jururawat-jururawat yang lalu lalang sudah tertumpu ke arah mereka. Berbisik sesama mereka tentang drama yang baru saja berlangsung. Herleena malu bercampur marah. Malu dengan pandangan ramai dan marah dengan perbuatan Afdal!
"Are you nuts!?" marahnya. Dia dipeluk sesuka hati oleh lelaki yang tidak dikenali secara tiba-tiba. Lelaki ini boleh didakwa atas tuduhan mencabul.
Riak wajah Herleena serius. Matanya mencerlung memandang Afdal. Afdal pula diam, tidak mampu bersuara. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Mimpikah dia? Bukan! Ini semua bukan mimpi. dapat dirasa sendiri kehangatan tubuh itu sewaktu memeluknya. Malah, kesakitan itu juga realiti, waktu tangan mulus itu mendarat tepat pada wajahnya. Ini semua kenyataan, Hanna sudah kembali. Hanna sudah kembali padanya. Tidak sia sia harapan yang ditanam selama ini berharap yang Hanna akan kembali semula kepadanya.
"Hanna" suaranya bergetar.
"I don't know what did happen to you and I don't even bother to, but Encik, memeluk di kawasan awam tanpa rela, I can report you for harrassing!"
"Hanna, ni Adal. Hanna tak ingat Adal?" suara Afdal semakin melirih. Hatinya sebak. Ada butir jernih bertakung pada kelopak matanya. Tolonglah.. katakan semua ni benar. Wajah yang dirindui, katakan ianya nyata.
"What?? Hanna? Adal? Are you err... high?" Herleena mendengus. Entah mamat mabuk mana pulak yang nak buat drama ni. Oh, please!
Herleena mengatur langkah namun dihalang oleh Afdal. Lelaki itu menghadang laluannya, masih tak berpuas hati. Herleena bengang. Permainan apakah ini!
"Encik! Please! I don't have all days to play your game! Sebelum saya mengamuk di sini, please! Get. Off. My. Way!" Herleena menggeram.
"hanna..."
"ENOUGH! IM NOT HANNA!!"
"Doctor?" suara Farah Anis mencelah, sambil mendekati keduanya. Dia dapat rasa betapa tegangnya keadaan ketika itu.
"Kenapa ni? What happened?"wajahnya beralih memandang Afdal. "Adal?"