PART④↨

32 1 0
                                    

  P/S:
①SILA BACA KEMBALI CERITA INI DARI AWAL KERANA SUDAH DIEDIT DAN DITAMBAH JALAN CERITA NYA.

②HCYK adalah tidak wujud sama sekali.

③Hidayah Center belum ada bagi negeri kelantan tapi terdapat di beberapa negeri lain seperti Selangor,Penang dan Kuala Lumpur.

④Lagu Somewhere only we know adalah real.

⑤Akaun Ig @juonquotes adalah real.

⑥Segala information tentang Hidayah Centre diambil daripada Hidayah Centre negeri 2 lain.

⑦Hidayah Centre ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan pusat bukan kerajaan negeri

⑧Di dalam cerita ini Hidayah Centre dimiliki kerajaan negeri sepenuhnya.

⑨Kisah ini adalah rekaan semata-mata tidak terkait dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

⑩Isi dalam buku panduan hidayah centre di dalam cerita ini telah diubah dan bukan yang asli

①①Isi dalam buku panduan HCYK  adalah 100% benar dan real melainkan
✔✨✨✨✔

Aarif,Adam dan Syafiq menyusul ke bilik mereka sebaik sahaja diberi kunci satu untuk setiap seorang begitu juga Anis,Aemilea dan Maisarah.

      Sebaik sahaja pintu bilik terbuka kelihatan tiga katil bujang beserta 3 almari dan meja belajar, terdapat satu bilik air di hujung bilik yang terletak agak tersorok.Di atas meja belajar terdapat beberapa barangan,seperti kelengkapan mandi dan buku panduan dan pengenalan HCYK.
     

     Masing-masing sibuk mengemaskan bagasi masing-masing.Maisarah atau lebih mesra dengan panggilan Sarah sedang menyusun barangan di meja belajar manakala Anis sibuk menyangkut semua pakaiannya ke Hanger.

    Aemilea duduk di birai katil dan mencapai buku panduan dan pengenalan HCYK yang terletak kemas di atas meja.

Isinya adalah seperti berikut:

1.1 RASIONAL PENUBUHAN HIDAYAH CENTRE: PUSAT SOKONGAN SAUDARA BARU

1. Dasar Agama
Sememangnya kita tidak perlu melakukan sesuatu jika tidak ada dasarnya di dalam Islam. Berkasih sayang dan  tolong menolong adalah natijah daripada beriman kepada Allah SWT.

“……..Dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada kamu….” (Al Qasas :77)

Dan yang paling berhak menerima pertolongan dan pembelaan ialah golongan yang memerlukan dan teraniaya.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa memohon perlindungan kerana Allah maka hendaklah kamu lindunginya, barangsiapa memohon bantuan kerana Allah maka hendaklah kamu membantunya,…..”

Sabda Baginda SAW:

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.”

2. Dasar Ihsan Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Dan Memelihara Imej Masyarakat.
Hubungan ukhuwwah sesama saudara dalam masyarakat Islam digambarkan seperti sebatang tubuh. Jika ada sebahagian tubuh yang sakit, maka bahagian yang lain juga akan terasa  derita sengsaranya. Maka menjadi tanggungjawab seseorang individu Muslim untuk membantu saudara seagamanya yang mengalami Semarang kesusahan apatah lagi jika kesusahan itu akibat dari iltizam mereka untuk beramal dengan amal Islam. Banyak kes murtad di negara ini berlaku kepada saudara baru antara lain puncanya adalah kerana kurang bimbingan spritual, mental dan fizikal  kepada mereka. Maka menjadi tanggungjawab kita bersama berusaha mengubah situasi  ini. Adalah tidak rasional jika hanya bercakap, menegur dan menuding jari tanpa sendiri terjun ke dalam kancah permasalahan, mendalaminya, memberi bantuan, perlindungan, mencari punca masalah dan merangka bimbingan yang sebaik-baiknya.

3. Dasar Dakwah Dan Islah
Menjadi hasrat JKD juga agar masyarakat menyedari bahawa tanggungjawab dakwah (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran) adalah tanggungjawab kita bersama. Jika umatnya cemerlang, negara akan gemilang dan begitulah sebaliknya. Usaha pengislahan (pembaikan) memerlukan komitmen masyarakat, bukan tertumpu kepada individu, keluarga dan organisasi terbabit sahaja. Hidayah Centre membuka jalan dan peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyalurkan sumber tenaga mereka kepada kerja-kerja kebajikan yang mereka minati.Ia juga bertujuan menyedarkan masyarakat bahawa saudara baru adalah saudara kita.


Tangan Aemilea terus membelek ke bahagian Solusi.

BAB 1: FIQAH IMAN & AGAMA
Persoalan 1: Upacara Tafakur di hadapan patung
Kisah patung  pada zaman para nabi.

Al-Qur’an menceritakan kisah Nabi Nuh a.s. dan patung  yang wujud pada zamannya. Terdapat 5 jenis nama patung yang disebut dalam Al-Qur’an. Firman Allah dalam surah Nuh : 23 yang bermaksud,

“Dan mereka berkata agar kamu janganlah meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan janganlah kamu meninggalkan Wadd, Suwa’, Yaghus, Yau’uq dan Nasra.”

Patung-patung ini asalnya dibina sebagai tanda ingatan dan kenangan orang soleh yang dibina selepas kematian mereka. Namun akhirnya kenangan-kenangan tersebut bertukar menjadi ibadah pula. Al-Qur’an juga menceritakan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. menentang kaumnya yang mengagungkan berhala-berhala. Sehingga ke zaman Nabi Muhammad SAW, patung-patung ini masih wujud. Oleh itu, Islam tidak mengiktiraf patung yang dianggap sebagai berhala. Ia tergambar dalam hadis yang menggunakan istilah “shuroh” yang merujuk kepad patung.

Hadis riwayat al-Bukhari juga menyatakan bahawa malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada patung di dalamnya. (Riwayat al-Bukhari daripada Abdullah ibn Abbas dalam Sahih al-Bukhari, hadis bil 3351)

Oleh sebab itu, upacara tafakur di hadapan patung tidak wajar dilakukan. Contohnya kalau ada keluarga saudara baru bukan muslim meminta saudara baru bertafakur seketika di hadapan patung mereka. Amalan ini tidak wajar dilakukan oleh muslim walaupun atas dasar menghormati agama lain.

Sebaliknya penghormatan kepada agama lain ialah dengan menerangkan bahawa muslim tidak boleh melakukannya.

That Chinese (Hiatus)Where stories live. Discover now