Bab 56

3.4K 177 16
                                    

Pada Jam 5 pagi lagi Qiesya dah bangun tidur dan bersiap untuk keluar jalan jalan tepi pantai.

"Abang, dah pukul 5 ni... bangun solat then kita jalan jalan tepi pantai jom..." tangan iman ditarik tarik oleh qiesya. Tapi iman tiada reaksi macam sedap sangat katil tu nak tido lama2 qiesya mula mencebik.

"Abang~ Jom lah..." Tangan Iman digoyang goyangkan oleh qiesya. Iman masih lagi tak nak bangun. Muncul Idea nakal daripada qiesya. Qiesya memakai lipstick setebal 5 inci yang sumpah merah gile!

Pipi Iman dicium lama sehingga meninggalkan kesan. Dahi iman pula menjadi mangsa ciuman oleh qiesya habis merah. Riaksi iman masih lagi sama qiesya mulai geram bibir iman menjadi mangsa pula. Tiba tiba mata iman terbuka cepat je ye.

"Bangun pon! Cepat dah pukul 6 solat dulu... nanti, lepas solat abang nak tido, tido lah tapi... Sya nak jalan jalan tepi pantai boleh?" Qiesya mengerdipkan matanya berkali kali sambil tangannya erat memegang tangan iman.

"Hurmm... Okay okay tapi..." Iman sengaja menggantungkan ayat supaya Qiesya tertanya tanya.

"Kiss macam tadi lagi." Senyuman segaris di tunjukkan kepada Qiesya. Qiesya hanya menurut sebab nak pergi pantai pagi pagi macam ni of course lah best!

Kucupan khas daripada Qiesya untuk suaminya telah di berikan qiesya apa lagi laju saja kakinya keluar daripada bilik dan turun ke bawah.

×××××××××
'Dush... Dush...'

Bunyi ombak yang agak kuat menarik perhatian qiesya dari jauh. Di sekeliling tiada sesiapa of course lah sebab baru pukul 6 pagi kot... qiesya dah terpacak depan pantai.

Seliparnya di buka kakinya melangkah memijak pasir pantai yang agak lembut. Qiesya berjalan di sekeliling pantai sekejap sekejap tangkap gambar sekejap sekejap main air.

Kaki mulai letih. Mata qiesya tertumpu ke arah sebuah batu yang agak besar. Mungkin situ tempat yang sesuai untuk di duduknya.


Mata hari yang mulai terbit amat menyenangkan hati qiesya. Tenang saja hatinya. Perut qiesya diusap lembut.

"Anak mama makin besar, nanti jangan selalu bergaduh dengan abang Aiman tau kesian dekat mama dengan papa nanti. Jadi budak baik jangan naughty!" Qiesya bercakap bagai dia sudah melahirkan anak yang masih berada di dalam perutnya.

'Uhuk! Uhuk! Pfft!' Darah mulai keluar daripada mulut qiesya. Penyakit cancer qiesya semakin teruk. Sehingga qiesya sendiri terfikir mungkin sudah tidak lama dia berada di muka bumi ini.

Qiesya bangun dan mencuci darah daripada mulutnya menggunakan air laut. (Masin). Qiesya kembali duduk selepas habis mencuci. Sedang qiesya leka menikmati alam semula jadi terasa ada tangan yang melingkari pinggangnya.

Qiesya mamalingkan kepalanya. Terserlah wajah kacak milik iman di sebelah bahu kirinya. Kucupan khas di berikan untuk iman. Senyuman manis terukir dibibir Iman. Bukan selalu sweet macam ni...

"Sya jom kita pergi Pulau Redang. Naik bot nanti ada orang akan bawak kita. Abang dah tempah khas untuk kita berdua je boleh lah suwit suwit hehe." Iman membuat senyuman nakalnya tangan qiesya laju je memukul tangan iman. Gedik sangat!

"Banyak lah! Malu lah dengan driver tu!" Iman memuncungkan bibirnya. Kata honeymoon nak garang garang patutnya sweet and romantic lah sikit.

"Buat mulut macam itik pulak, Itik pon tak mau kawan dengan orang kuat merajuk nih!" Iman mula tersengih.

"Tapi awak nak kawan dengan saya kan?" Iman mengerdipkan matanya berkali kali. Fikir comel? Hilang sume sado dia.

"Kita tak mau kawan dengan awak..." Qiesya menggeleng gelengkan kepalanya.

"Kenapa? Saya kan sado, hensem, Mr poyo awak?" Iman menunjukkan otot lengannya ke arah qiesya.

"Saya tak mau kawan dengan awak sebab saya nak jadi orang yang dekat dengan hati awak selamanya!" Qiesya tergelak kecil dengan pelakuannya seperti budak2.

"Awak memang milik saya dari dulu lagi, harini dan selamanya!" Iman berdiri di atas batu besar tersebut lalu menjerit kuat.

"PUTERI QIESYA QAISARA IS MINE! FOREVER! I LOVE HER! SHE'S MY GIRL!" Nasib baik tak ada orang dekat pantai sekarang kalau tak maunya merona merah pipi qiesya.

"Hish abang! Malu lah!" Qiesya menutup mukanya dengan kedua dua belah tangan. Malu wooo.... Tangan milik qiesya di ambil lalu di pegang.

Posisi qiesya sedang berdiri menghadap iman. Dahi qiesya di kucup lalu tubuh qiesya di dakap kuat. Sayangnya dia dengan hamba allah yang berada di hadapannya ini.

"Sayang, walau apa pun yang terjadi sayang kena kuat tau! Abang nak sya bertahan. Abang tau isteri abang ni kuat! Jangan lupa yang abang sentiasa sayang sya." Qiesya mengangguk. Air matanya hampir saja gugur. Rindu pula dekat anaknya yang berada di selangor bersama ibu mertuanya.

"Dah jom! Kita pergi naik bot pergi Pulau Redang!" Qiesya hanya menurut kaki mereka berdua terus melangkah masuk ke dalam hotel selepas beberapa minit berjalan. Jauh jugak si qiesya ni jalan larat pulak dengan berbadan dua.

××××
Tangan iman menarik tangan qiesya untuk naik ke dalam bot. Selepas beberapa minit bot mula bergerak. Qiesya dan iman berada di dalam bot sedang menikmati makanan tengah hari mereka.

Selepas habis makan qiesya keluar daripada perut bot tersebut keindahan di tengah laut amat cantik. Ikan ikan yang berada di dalam laut di pandang oleh qiesya. Sekejap sekejap tersenyum melihat gelagat mereka. Dah macam main kejar kejar pon ada.

Qiesya berada di hujung bot tangannya di lepaskan bagai dia sedang terbang di atas langit. Matanya di katup rapat. Pinggang qiesya dipegang oleh iman dari belakang. Ala ala titanic gitew... Entah dari mananya iman datang tiba tiba je pegang pinggang qiesya.

Iman merangkul pinggang qiesya dari belakang. Tangan qiesya memegang tangan iman yang berada di atas perutnya.
Senyuman kebahagiaan terukir di bibir mereka.

Perjalan di teruskan lagi dalam masa beberapa jam mereka sampai di Pulau Redang pada jam 7:44 malam.

Mereka berdua check in di mana mana hotel yang berdekatan. Memang di cadang selama 2 hari 1 malam ingin berada di pulau redang. Perjalanan mengambil masa selama 5 ke 6 jam jadi memang sampai mapam lah. Kalau nak pulang ke Resort memang tengah2 malam buta lah dah tu sampai resort mesti dah pagi. Jadi mereka mengambil keputusan untuk berada di Pulau Redang malam ini.


Ke indahan di sini lagi membuatkan qiesya tersenyum lebar. Yea... Qiesya pecinta alam. Dulu zaman sekolah menengah waktu kokurikulum kelab Pecinta alam adalah pilihannya.

Qiesya dan iman pergi menyewa di sebuah hotel. Masuk saja qiesya di hotel dia terus membaringkan tubuhnya di atas katil. Penat wooo... sape je yang tak penat.

Qiesya bangun daripada pembaringannya lalu pergi ke balkoni hotel. Pemandangan di sekitar laut di pandang. Bulan kelihatan cantik di atas. Bintang pun ada banyak... berbanding di selangor nak tengok satu hapak pon tarak.

Qiesya duduk di balkoni sambil mendengar bunyi ombak laut. Matanya di pejamkan. Sedar tak sedar Iman di sebelah nya sedang duduk minum coffee.

"Jangan tido kt sini, nanti sakit badan luar ni sejuk..." terbuka mata qiesya. Bila pulak iman ada kat sini?

"Yelah2." Qiesya terus masuk dan tidur.






















pengawas poyo vs pengawas Tiptop Where stories live. Discover now