Bab 60

5.8K 246 94
                                    

Iman bersetuju untuk melahirkan anak yang bakal lahir tidak lama lagi. Ye, anak itu dilahirkan tidak cukup 2 minggu kemungkinan badan anaknya akan lemah tetapi lagi bahaya jika paru paru anaknya sudah lemah.

Qiesya di pandang sayu. Tangan Qiesya di genggam kuat. Adakah hari ini hari terakhir buat mereka berdua bersama? Cinta Iman kepada Qiesya tak pernah pudar. Dahi Qiesya dicium dengan ikhlas dan tulus.

Qiesya tersenyum melihat suaminya. Mata qiesya sudah mula berkaca. Tangan Iman digenggam lalu di cium lama.

"Inshaallah Sya akan selamat abang. Kalau Sya tak selamat pun takpe asalkan anak kita selamat." Senyuman dan air mata keibuannya jatuh. Adakah dia mampu untuk menyusukan dan mendodoikan anaknya? Adakah dia mampu mendengar sayup² suara iman mengazankan anak kecil itu? Atau tidak?

Air mata lelaki milik Iman jatuh juga akhirnya. Dia kalah jika melibatkan keluarganya. Hati Iman bagai di robek dan dikoyakkan. Iman masih tak mampu nak tinggalkan Qiesya. Gadis yang telah membina istana cinta di hatinya. Gadis yang telah menawan hidupnya. Gadis yang telah mencipta memori indah bersamanya.

Lagi 10 minit Qiesya akan di bawa masuk ke dalam bilik bedah. Jantung Iman sudah tidak tenang makin cepat masa berlalu. Sedar tak sedar doctor sudah masuk ingin mengiringi qiesya masuk kedalam bilik bedah.

Kucupan terakhir dari iman sebelum qiesya di bawa masuk ke dalam bilik bedah. Selepas pintu ditutup rapat Iman diam. Dia hanya mampu berdoa.

6 jam sudah berlalu Qiesya masih lagi tak keluar daripada bilik bedah. Jam sudah menunjukkan pukul 2:30 petang. Iman masih lagi belum menunaikan solat Zohor kakinya agak berat ingin meninggalkan kawasan bilik bedah. Tapi nak buat macam mana, lakukan yang wajib dahulu.

Surau

Iman melangkah masuk ke dalam kelihatan Syazwan, Shah dan Izuan berada di situ. Melihat muka Iman pucat lesi mereka mula menenangkan iman.

"Sabar bro, aku yakin Qiesya kuat. Dia sayang kau, dia takkan tinggalkan kau macam tu je." Syazwan menepuk bahu Iman. Iman hanya mengangguk. Iman tak mampu bercakap kakinya melangkah ke tandas untuk berwudhuk. Selepas berwudhuk Iman keluar dari tandas. Sejadah di ambil lalu dibentangkan.

"Bro kitorang tunggu depan bilik bedah tau." Iman hanya mengangguk. Iman menunaikan solat zohor. Selepas solat zohor, solat hajat juga Iman lakukan. Hatinya agak tenang duduk di dalam surau.

Sudah seharian Iman tak tidur kerana terlalu risau. Iman berehat sekejap di dalam surau. Iman mengambil al-quran lalu membaca. Kali terakhir dia membaca al-quran sejak qiesya masuk ke hospital. Kebiasaan selepas solat isyak mereka akan membaca al-quran bersama. Adakah sayup² kedengaran suara qiesya membaca ayat al-quran akan didengarinya lagi? Agak lama Iman berada di dalam surau. Tiba tiba Shah datang tak tentu arah nafasnya.

"Iman! Qiesya..." Belum habis ayat Shah Iman terus berlari ke bilik bedah. Hatinya sudah mula tak tenang. Bagai nak pecah jantungnya. Apa yang jadi? Iman berdiri di hadapan bilik bedah. Kelihatan doctor sudah keluar daripada bilik bedah tersebut.

"Doctor macam mana dengan isteri saya!" Jantung Iman sudah tak normal. Izuan, shah dan syazwan mula menenangkan Iman.

"Sabar encik, alhamdulillah anak tu selamat di lahirkan dan anak tu anak lelaki tahniah ye." Iman tersenyum kegembiraan. Mungkin harapannya nk anak perempuan pula tapi rezeki tak ada dapat anak lelaki lagi.

"Isteri saya macam mana doctor?" senyuman doctor tersebut terus mati. Mukanya agak muram membuatkan jantung iman bagai nak terhenti. Apa yang jadi dekat Qiesya?

"Cancer Puan Qiesya telah merebak hampir ke seluruh badan. Jantung Puan Qiesya makin lemah. Badannya kekurangan darah selepas melahirkan anak tersebut. Badannya terlalu lemah buat masa sekarang. Puan Qiesya masih tak sedar daripada tadi. Denyutan nadinya agak lemah kita hanya mampu berdoa saja. Saya dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Puan Qiesya sampai sini saja saya mampu yang lain kita perlu berserah kepada allah. Saya pergi dulu ye encik assalamualaikum." mereka berdua berjabat tangan. Iman sudah terkedu. Kaki iman melangkah masuk ke dalan wad Qiesya.
Anak yang baru dilahirkan tadi dipandang lalu iman mengucup pipi anaknya.

"Assalamualaikum Tengku Syafiq b Tengku Zack Iman, comelnya awak ni... Ikut muka papa ke mama agaknya?" Pipi anaknya diusap sedikit halus saja. Senyuman mula terbit air matanya jatuh mengalir. Terharu Iman kerana Qiesya terlalu kuat untuk melahirkan anak ini walaupun iman hampir putus asa untuk mengorbankan salah satu nyawa.

"Abang..." Iman terus berdalih memandang ke arah Qiesya. Iman tersenyum lebar dahi Qiesya dikucup dengan penuh kasih. Isterinya masih berada di sisi. Hatinya terlalu gembira.

"Abang azankan Syafiq, Sya nak dengar sangat." Iman hanya mengangguk syafiq di dukung telinga di dekatkan dengan bibir Iman.

Qiesya memejamkan matanya apabila mendengar sayup² suara Iman mengazankan anak tersebut. Inilah impiannya dia ingin mendengar iman mengazankan Syafiq. Qiesya tidak di benarkan untuk menyusukan syafiq kerana badannya terlalu lemah.

Qiesya terlalu letih. Dia tidak mampu untuk membuka mata. Matanya terasa berat. Adakah ini kali terakhir Qiesya menghembuskan nafasnya? Air mata qiesya mengalir. Mungkin dia tak mampu menyusukan anak ini tapi dia mampu mendengar iman mengazankan syafiq.

Seusai iman mengazankan Syafiq doctor membawa syafiq pergi. Iman mengucup dahi Qiesya.

"Terima kasih Sya sebab mampu lahirkan dua cahaya mata untuk abang. Qiesya dan anak kita selamat sekarang." Qiesya diam selepas beberapa minit qiesya mula bersuara.

"Abang, Sya sakit sangat. Sya dah tak mampu bertahan lagi... Sya harap abang dapat jaga mereka dengan baik." senyuman Iman mati.

"Sya dah tak kuat, Sya kekurangan darah dan cancer dah merebak ke seluruh badan. Sya tak mampu nak bertahan lagi." Air mata Iman jatuh tangan Qiesya digenggam lalu dikucup.

"Allah bagi sya peluang melihat anak kita pun dah cukup. Itu saja yang Sya nak dan sekarang Sya dah dapat apa yang Sya nak." Iman diam tiada sebutir kata. Iman mulai redho bahawa qiesya akan pergi tak lama lagi.

"Sya tak nak tengok abang sedih. Senyum lah setiap hari untuk anak² kita. Abang keluarlah Sya nak bersendirian." Iman hanya mengangguk. Berat hatinya ingin keluar daripada bilik tersebut. Pintu ditutup rapat selepas iman keluar. Mata qiesya berpaling keluar tingkap. Cahaya matahari sudah mula tenggelam.

'Dah petang.' Qiesya mengukir senyuman. Matanya rasa tersangat berat. Jantungnya terasa sakit. Inilah pengakhirannya. Matahari tenggelam mengikut matanya. Tak lama kemudian matanya mulai gelap. Selamat tinggal

'assalamualaikum cinta'







"Pergilah air mata, bawalah kebahagiaan kepada keluargaku assalamualaikum'






























pengawas poyo vs pengawas Tiptop Where stories live. Discover now