Udara petang ini sungguh menyamankan.Kedengaran juga bunyi burung-burung yang berkicauan. Lama aku tak jalan-jalan kat taman macamni. Last aku jalan macamni pun time aku masih dengan Daniel. Apa khabar kau sekarang? Aku harap Ain dapat bahagiakan kau.
Sewaktu aku sibuk melihat keindahan alam, aku terdengar satu bunyi. Dan itu adalah bunyi tongkat. Pelik. Tiba-tiba ada orang bertongkat pulak kat sini.
Aku pun pusing untuk melihat orang yang bertongkat itu.
Ohh dia pakai white cane pulak. Hmm mamat tu buta. Patut ke aku tolong dia? Ahh tolong jelah.
Semakin aku mendekatinya, aku rasa macam kenal mamat ni.
NO! TU DANISH KE?!!
Danish tiba-tiba buta? Why? Aku mimpi ke apa ni? Noo!
Aku melangkah ke arahnya perlahan-lahan.
"Assalamualaikum, Danish" tegurku.
"Waalaikumsalam. Siapa tu?"
"Aku Airina."
"Airina Jasmine? Kau buat apa kat sini?"balasnya
"Aku jalan-jalan tadi then boleh terserempak pulak dengan kau kat sini tiba-tiba."
"Oh."
"Danish" ujarku kembali untuk memulakan perbualan
"Apa?"
"Macamana kau boleh tiba-tiba macamni? Maksud aku....tiba-tiba boleh jadi buta?"
"Akuu..aku sebenarnya.."
"Sebenarnya apa?"
"Takdelah"
"Danish, jujur dengan aku."
"Aku sebenarnya dermakan mata aku untuk kau."
"What?!"
"Lepas kau gaduh dengan aku haritu pasal Ain, kau accident. Masa kau dah masuk hospital, ibu kau call aku. Masa aku datang sana, doktor yang rawat kau cakap kau buta sebab ada serpihan-serpihan cermin tu masuk dalam mata kau. Aku yang dengar masa tu jadi sedih Airina. Aku sayang kau, cinta kau, tapi sebab aku kau accident. Aku kecewa dengan diri aku. Aku kecewa! Macamana aku boleh termakan dengan air mata palsu kawan baik kau tu? Aku memang lelaki tak gunakan Airina?"
Airmataku perlahan-lahan mengalir. Ibu tipu aku. Dia kata Danish sibuklah. Tapi tak! Takpelah aku tau ibu tipu macamtu bersebab.
"Tak Danish. Semua salah aku. Aku yang salah sebab aku tuduh kau tanpa usul periksa. Aku minta maaf Danish. Semua salah aku."
"Tak Airina. Aku tak salahkan kau. Sebab kau cemburu. Kau cemburu bila nampak aku dengan kawan baik kau macamtu. Kau cemburu sebab kau cintakan aku. Aku faham Airina. Dan aku dapat rasa yang kau bahagia sebab kau tidak akan terperangkap dalam gelapnya dunia."
"Tapi Danish, sekarang kau yang terperangkap."
"Tak apa. Nanti aku pasti akan mendapatkan penderma untukku. Dan sekarang, aku haral kau akan mendapatkan orang yang lebih baik dari aku."
“Tapi aku nak ulang dan memperbaiki semuanya kembali. Jika kita melanjutkan hubungan kita kembali, kita akan saling melengkapi, Danish. Insyaallah.”
“Tak. Aku tak nak.” Jawab Danish dengan tegas.
“Adakah aku seburuk itu di mata kau Danish? Aku ni jahat sangat ke!?”. Airmataku semakin menitis.
“Airina Jasmine."
"Aku tak nak jadi kekasih kau tapi aku nak jadi pendamping hidup kau."
"Dari semua yang pernah datang, aku belajar cara menggenggam sesuatu. Dan dari semua yang memilih pergi, aku ingin belajar untuk mencintai lagi. Hari ini aku ingin bersama dengan kau. Bolehkah aku mencintai dan menjaga kau , untuk seumur hidupku? Kau sanggup hidup dengan aku biarpun keadaan aku macamni? Buta? Aku benar-benar ingin memiliki dan memperisterikan kau Airina Jasmine.”
“Aku bukanlah lebih baik dari semua wanita yang pernah mencuba masuk dalam kehidupan kau. Banyak benda salah dan buruk yang telah aku lakukan. Tapi entahlah, tiap kali aku ada dengan kau, aku selalu merasa ingin menjadi seseorang yang lebih baik, lebih baik dan lebih baik lagi. Dan walaupun kau buta, aku tetap cintakan kau."
"Terimakasih dan aku mau menjadi isteri kau."
🐾🐾🐾
The end!! Yeah🎉🎉🎉🎉🎉
Okkkkkk vote. Memandangkan short story ini dah habis maka dipersilakan baca lagi satu short story dari author juga iaitu Wake Up.
Soo see you there😂😂
N sorry author tak pandai buat ending yg sweet hmm😂😂
From your lovely author 💜💚💙
YOU ARE READING
AIRINA
Short Story"Aku kat mana?!!" Senyap dan sunyi. Itulah yang aku rasakan sekarang. Aku hanya mendengar bunyi detikan jam. Kemudian bunyi detikan itu semakin menghilang. Seperti di tengah malam yang gelap tanpa sesiapa untuk menemaniku. Kaki ini mengigil, dingin...