35- Pujaan Hati

14 2 0
                                    

Tahun baru akan tiba
Menutup tirai tahun sebelumnya
Tahun yang penuh suka duka
Tersimpan rapi menjadi sebuah memori.

Sudah tiga tahun aku begini
Masih melukis nama yang sama dihati
Memegang erat pada kata hati
Bahawa aku masih menyayangi.

Hari-hari aku lalui
Namun aku tidak menyedari
Bahawa aku penggangu hari
Hari dia bersama si bidadari.

Tenanglah wahai pujaan hati
Akan aku cuba menjauhi
Walau hati masih peduli
Terpaksa aku melangkah pergi.

2018

Pujaan HatiWhere stories live. Discover now