34- Pujaan Hati

14 2 0
                                        

Hati galak bertanya
Masihkah ada dia disana?
Dapatkah lagi aku melihat senyumnya?

Duhai hati
Tenanglah bersama sabar
Jika nanti semuanya terhenti
Bersedia untuk apa saja situasi.

Walau dia pemberi luka sejati
Takkan mudah aku membenci
Kerana luka hati ini
Hanya dia mampu ubati.

Pada hari esok
Saat aku terjaga membuka mata
Berharap semoga dia masih setia disana
Kerana aku amat merindui dirinya.

Pujaan HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang