Chapter 2 🌲

35 5 1
                                    

   HARI yang ditunggu- tunggu,  akhirnya tiba jua.

     Pada pukul 9 pagi,  Arif,  Umar dan Dani sudah berkumpul di laman Banglo Dani.

     "Jomlah kita gerak sekarang,  pakcik driver dah sampai,"  kata Dani lalu dia bersalaman dengan kedua orang tuanya.

     "Bye ma.. bye pa,  Dani pergi dulu ek?  Assalamualaikum..,"  Dani tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu sambil mengheret Arif n Umar.

   Kemudian,  kereta itu berlepas pergi.

Arif: eh author,  naper hambar sangat part nie?

Umar:  Tah,

Dani:  Oit,  dah la tuh.. nangis pulak author ni karang,

Author: *berpeluh tiga baldi

    
     Dua jam kemudian..

Dani dan Arif sedang tidur,  Umar pula hanya diam sambil memandang panaroma alam,  seketika.  Dia tersengih.

     Umar menyeluk beg sandangnya lalu mengeluarkan sebatang pen marker.

     ( Idea asal sebenarnya nak buat Umar curi-curi makan bekal Arif )

      Tangan Umar mula melakar pada 'sesuatu'

     Setelah selesai,  dia tergelak kecil lalu menyimpan semula pen marker itu lalu terlelap.

     Di R&R...

     "Oi.. bangun lah!"  Umar menggerak Dani dan Arif.  Mereka terpisat-pisat.

     "Haa?  kita dah sampai Kedah ke?"  tanya Arif yang masih dalam keadaan mamai.

     "Kita kat R&R lah.."  kata Umar sambil menahan tawa lalu dia keluar dan berlari ke arah surau untuk solat Zuhur.

    "Tunggu lah!"  jerit Dani lalu dia mengejar Umar,  Arif hanya melangkah longlai mengikut jejak mereka.

     Kebanyakan orang memandang Arif dan Dani dengan pandangan yang pelik.   Dani hanya buat tak tahu.  Cuma Arif yang perasan lebih.

     'Eh?  kenapa semua orang pandang aku?    Hmm.. mungkin aku handsome kot..' bisik hati kecil Arif lalu dia tersenyum lantas dia cepat-cepat membetulkan rambutnya.  Sempat lagi dia mengenyit mata pada seorang gadis yang cantik menawan.  Gadis itu hanya tersenyum.

     Dani dan Arif melangkah masuk ke dalam surau,  kelihatan Umar sedang tidur terbongkang di satu sudut kecil dengan sejadah yang menutup muka.

     "Eh budak nie tak solat ke?"  tanya Arif

     "Tah.."  jawab Dani,  pendek.

     Arif melihat pantulan wajahnya di cermin,  dua saat dia tersenyum,  Arif mula mengecam sesuatu.

     "WHATT???"

     "Oh no!  My handsome face!!!"  jeritan Arif bergema di setiap pelusuk surau itu.  Dani terpinga,

   Di sebalik kain sejadah,  Umar tersengih..

     "Kenapa?"  Dani kecoh bertanya.

     "Kenapa ni Ar-  erkk,  pfft.. HAHAHAHA...!"  Dani ketawa macam orang gila.

     Pelbagai contengan terlakar di muka Arif.

     Hidungnya dilukis tiga segi,  pipinya diconteng misai kucing,  bawah matanya dilukis air yang menitik.  Kononnya nak buat macam tengah menangis.   Bawah dagunya dilukis bulat besar seperti tahi lalat.   Pada dahinya ada bentuk love n bintang,  lepas tu ada tulis:

"SAYALAH ORANG GILA!"

     Asap jelas kelihatan keluar dari telinga dan hidungnya (hanya imaginasi Dani)

     "Hoi!  Tengok lah muka sendiri tu!"  Marah Arif kepada Dani yang masih ketawa,  jarinya dituding-tuding ke arah muka Dani.

     Dani segera melihat cermin.

     Mata Dani membulat.  Gelakkan orang,  dia pun sama jugak..

     Matanya dilukis bingkai cermin mata,  bawah hidungnya dilakar misai yang lentik ke atas.   Bawah dagu pula ada janggut lebat,  pipinya diconteng bentuk bunga dan ais krim.  Tulisan yang sama seperti Arif juga ada di dahinya.

     "Ss.. siapa buatt?"  nada suara Dani kedengaran seperti diteran teran.  Matanya terpaku pada Umar yang sedang menggigit bibir,  haa.. tahu takut!  

     "UMAARRR!!!"

SESAT
Chapter 2
Selesai pada
29/12/2017

SESATWhere stories live. Discover now