Cb 1

3.6K 71 0
                                    


Wajah yang tunduk menekur tanah di depan matanya Fatihah renung.Entah kali ke berapa dia tengok muka Dahlia yang lebam-lebam begini tak tahulah.Rasanya sepanjang perkenalan mereka sudah banyak kali.Sampai tak terkira dengan jari.

Dia tarik perlahan dagu Dahlia supaya menghadap kearahnya.Dia nak letakkan ubat dipipi Dahlia yang lebam tu.

Dahlia akur,dia suakan sahaja mukanya pada Fatihah.Dulu masa mula-mula kenal memang dia rasa malu dengan Fatihah.Tapi lama-kelamaan rasa malu tu dah hilang.

Fatihah dah biasa tengok muka dia yang tak serupa muka tu.Lunyai kena belasah dengan ibu tiri.

Huh..

Keluhan berat keluar dari mulut Fatihah.Air mukanya jelas sedang menahan amarah.

Mahu dia tak marah bila tengok muka sahabat kesayangan dia jadi begini!Kalaulah dia jumpa dengan ibu tiri si Dahlia,hendak saja dia seret muka perempuan puaka tu atas jalan tar.Biar dia rasa macam mana sakit yang Dahlia rasakan selama hari ni.

Dahlia menyeringai bila kawasan yang lebam dipipinya,Fatihah tekan kuat.

"Oit sakitlah."

"Eh sorry..sorry.." Fatihah letak ubat yang dia pegang atas kerusi.Tak sedar pula dia terlepaskan geram pada si Dahlia ni.

"Apa ni Fat,aku dahlah sakit,kau tambahkan lagi sakit aku ni." Ujar Dahlia sambil menjeling tajam pada Fatihah disebelah.

Fatihah tayang sengeh."Sorry lah wei..Tak sengaja."

"Banyaklah kau punya tak sengaja." Dahlia bangun,beg sandang sudah sedia tergalas dibahu.

"Kau nak pergi mana ni?" Fatihah ikut sama berdiri.

Kelam kabut dia masukkan semua ubat-ubat yang dibelinya ke dalam plastik semula.

"Nak pergi mana lagi..?Balik rumahlah."

Fatihah tersentak.Dan-dan dia rasa macam nak libas orang.Dahlia yang sudah bergerak keluar dari kelas dia kejar.

"Oi,kau jangan nak mengada-ngada ye.Muka kau tu tak elok sembuh lagi,jangan nak cari pasal balik rumah.Nanti bertambah lagi lebamnya." Dia tarik tangan Dahlia supaya berhenti.

Geram aku dengan budak ni,muka lebam-lebam gini ada hati nak balik rumah mak tiri dia yang macam nenek sihir tu.

Dahlia ikat mask putih menutupi mulutnya yang pecah.Mata yang lebam pula dia lindung dengan sunglass malu,nanti orang lain nampak.

"Dah tu,kalau tak balik rumah,kau nak suruh aku merempat bawah jambatan?" Dia leraikan pegangang Fatihah pada lengannya kemudian meneruskan langkah yang terhenti tadi.

"Aku ni mana tempat lain nak dituju selain daripada rumah puaka tu.Kalau aku ada banyak duit dah lama dah aku lari tidur hotel." Dia menyambung lagi.

Memang begitulah hakikatnya,nak makan pun tak ada duit.Jangan mimpilah nak tidur hotel.Hotel bajet satu malam pun dia tetap tak mampu.

Apa lagi yang boleh dibuat.Balik semulalah ke rumah yang macam neraka dunia tu.

"Ok.Macam ni lah.Apa kata kau ikut aku balik." Fatihah bagi cadangan.Sebenarnya memang dah banyak kali dia ajak si Dahlia ni ikut dia balik ke rumah.Tapi Dahlia ni selalu menolak.Katanya malu dan tak nak menyusahkan keluarga Fatihah.

"Jomlah..Mama dengan papa aku tak ada dekat rumah.Diorang balik kampung." Dia cuba memujuk.Mana tahu Dahlia setuju.

"Dah tu kau tinggal dengan siapa?"

"Dengan abang aku je..Tapi biasalah,orang lelaki mana lekat dekat rumah.Keluar melepaklah dia dengan member." Pandai sahaja mulut Fatihah mencipta alasan.Padahal abang dia yang seorang bukannya kaki lepak.

Tak apalah,tibai sajalah yang penting Dahlia termakan dengan tipu helah dia.

"So malam ni kau sorang jelah dekat rumah?"

Fatihah menguntum senyum.Ada tanda-tanda jerat dia nak mengena ni.

"Haah aku sorang.Jomlah ikut aku balik..Kau temankan aku." Dia pujuk lagi sambil buat muka kasihan.

Dahlia garu kepala yang berlitup dengan tudung.Dalam kepala duk fikir sama ada nak ikut Fatihah balik ataupun tidak.

"Ish..Tak payah fikir lama-lamalah,jom je ikut aku balik." Terus sahaja dia tarik tangan Dahlia.Kalau ditunggu jawapan dari mulut si Dahlia ni,memang sampai esoklah dia tak balik ke rumah.






















~~Please vote,comment dan teruskan mengikuti perkembangan kisah Fahrell dan Dahlia ye ~~

😘😘😘

Cinderrella BoyfriendWhere stories live. Discover now