Dahlia tak henti-henti merenung sekeliling restoran yang Fatihah bawa dia makan ni.Sibuk sangat merenung sampai makanan dalam pinggan pun tak terusik.Dah macam orang jakun saja lagaknya.Bukan apa dia bukan pernah makan dekat restoran mewah yang macam ini.Nak makan dekat kedai mamak pun dia takut.Mahal!
Si Fatihah ni memang sengaja bawa dia datang makan dekat tempat begini gamaknya.Saja nak tunjuk yang dia kayalah tu.Dahlia buat telahan sendiri.Kadang-kadang hati dia ni memang jahat sikit,suka berprasangka yang tak elok pada orang disekelilingnya.Bukan apa,dah terbiasa begitu.
Mungkin dah jadi kebiasaannya sebab selalu sangat tengok drama mak tiri dengan adik tiri dia dekat rumah.Diorang tu memang selalu berlakon baik pada dia kalau hendakkan sesuatu atau pun,kalau ada ayah dia dirumah.
"Cik kak oi,menung apa lagi?makanlah cepat." Tegur Fatihah.Pinggan dia sudah licin,tapi makanan si Dahlia ni dari tadi macam tak luak je.
Dahlia cepat-cepat sumbat makanan ke dalam mulutnya.Risau kena tinggal dengan Fatihah.
"Tak sedap ke makanan tu?Aku tengok kau macam tak ada selera je." Sekali lagi Fatihah menegurnya.
Dahlia letak sudu dan garfu ditepi pinggan.Sebenarnya salah satu sebab dia tidak makan inilah.Makanan barat macam ini tak kena dengan seleranya.Tapi malulah nak cakap pada Fatihah,takut sahabatnya itu terasa hati pula.
"Aku sebenarnya,tak retilah nak makan makanan-makanan yang macam ni." Akhirnya dia jujur juga.
Perut memang lapar,tapi tekak tak boleh nak terima.Alang-alang dah Fatihah tanya,baik dia terus saja.
Fatihah sengeh."Apa yang susahnya,buka mulut sumbat je."Sengaja dia menyakat Dahlia.
Dahlia tarik muka.Terpaksa jugalah dia habiskan makanan ni bila Fatihah dah kata begitu.Orang dah belanja,kau banyak songeh pula.
"Tak payah nak paksa dirilah kalau kau dah tak boleh nak makan." Pinggan Dahlia,dia tarik ke tepi.
"Dah tu kalau tak makan,kebulurlah aku." Keluh Dahlia.Dia dahlah tak boleh berlapar.Bukan sebab ada penyakit gastric tapi sebab nanti dia jadi tak ada mood.
"Jomlah.Aku bawak kau makan dekat tempat lain." Fatihah sudah sedia bangun berdiri.
Dahlia pula masih duduk tercengang.Makanan ni dahlah mahal,membazir je kalau dibiarkan tak makan.
Tulah,mulut kau gatal sangat.Sepatutnya kau bersyukur dapat merasa makan dekat tempat mahal macam gini.Dahlia memarahi dirinya sendiri.
"Lia,cepatlah bangun.Kau ni banyak beranganlah."
~~~~~
Sewaktu mereka tiba dirumah Fatihah,abang gadis itu sudah sedia menanti kepulangan mereka diruang tamu.
Dahlia cepat-cepat pakai sunglass menutup mata yang lebam.Bibir yang pecah pula dia tutup dengan tangan.Malulah kalau abang Fatihah nampak muka dia yang macam tu.
Dia berdiri bersembunyi di belakang Fatihah.Rasa takut pula tengok muka abang Fatihah yang serius tu.
Dahlia perasan kening abang Fatihah berkerut tengok dia.Mesti lelaki itu pelik tengok dia pakai sunglass dalam rumah,malam-malam buta begini.
"Kau pergi mana dik?Along call banyak kali tak berangkat." Tanya Fahrell sebaik sahaja Fatihah datang ke ruang tamu.Mata dia dari tadi tak lepas merenung kawan Fatihah yang pelik tu.
"Sorrylah along,adik silent fon tadi." Fatihah tayang muka tidak bersalah sambil melabuhkan duduk di depan Fahrell.Manakala Dahlia mengambil tempat disebelahnya.
"Kau ni buat orang risau je." Getus Fahrell.Air muka dia masih sama macam tadi.Serius.
"Tak payah nak risau sangatlah.Adik ni bukan budak kecik lagi." Getus Fatihah.
Dahlia disebelah sudah menjeling.Abang dia tanya elok-elok,dia jawab macam gitu pula.Dahlah abang dia muka garang macam nak makan orang.
Fahrell menjulingkan mata.Dah biasa dengan mulut adik dia yang kuat menjawab tu.
"Ni siapa?" Dekat lima belas minit mereka duduk diruang tamu itu,barulah dia tanya siapa si Dahlia ni.
Lengan Dahlia,Fatihah paut sambil tersenyum lebar."Inilah bestfriend adik.Nama dia Dahlia."Fatihah memperkenalkan Dahlia kepada abangnya.
"Cantikkan kawan adik ni?"
Dahlia rasa nak hantuk kepala dekat dinding bila dengar Fatihah tanya begitu pada abangnya.Cantik celah mana kalau muka aku pun dia tak nampak.
Fahrell senyum senget.Tak tahulah dia nak jawab cantik ke tidak.Muka budak perempuan ni pun dia tak dapat nak tengok dengan jelas.
"Cantiklah jugak." Jawabnya menipu.Sekadar nak jaga hati tetamu.
Dahlia dah rasa macam nak lari balik rumah.Nampak sangat abang si Fatihah ni menipu.Cara bercakap pun dah boleh agak.Tak ikhlas.
~~Please vote,comment dan teruskan mengikuti perkembangan kisah Fahrell dan Dahlia ye ~~
😘😘😘
YOU ARE READING
Cinderrella Boyfriend
General Fiction"Tak kuasa aku nak berbangga sedangkan pada hakikatnya memang Sah-sah aku dengan abang kau tak ada apa-apa.Setakat bohong je,apalah yang nak dibanggakan sangat.." "Abang kau tu pun satu.Tak payahlah nak bagi harapan palsu pada si nenek sihir tu.Suda...