Cb 4

1.8K 46 0
                                    


Malam itu Dahlia dan Fatihah tidur lambat sebab si Fatihah ni ajak dia tengok drama korea pulak..

Dahlia menjulingkan mata bila Fatihah buka folder dalam laptop dia yang penuh dengan drama korea tu.Si Fatihah ni memang minah kpop.So mohon jangan kecam,nanti free-free dia maki.

"Kau nak ajak aku tengok cerita apa ni?Kalau tak best aku nak tidur je." Dahlia memang tak boleh tahan kalau tengok cerita yang tak kena dengan jiwa dia.Semua tu boleh buat dia mengantuk.

"Alah..Tengok jelah.Yang ini confrim kau suka." Fatihah click pada folder yang bertulis Lagend Of The Blue Sea.

"Confrim best ni?" Tanya Dahlia was-was.

Fatihah mengagguk laju."Dijamin hundred percent best."

Sejam kemudian..

Dahlia toleh sebelah.Fatihah sudah hanyut didalam mimpi-mimpi indahnya,sedangkan dia masih bersengkang mata mengadap drama korea ni.

Tadi beria kata tak nak tengok,sudahnya dia yang boleh nak stop.Baru pertama kali tengok drama korea yang satu ini,hati dia sudah terpaut.Jalan ceritanya menarik dan tak membosankan,walaupun pada hakikatnya tak masuk dek akal.

Wujud ke mermaid macam watak dalam drama ni?Kalau wujud tolonglah bagi tahu pada dia.Dia nak jumpa dan suruh si mermaid tu padamkan ingatan mak tiri dengan adik tiri dia yang dirumah tu.Biar mereka tak ingat apa-apa dan biar mereka tak buli dia lagi.Teringin juga nak ada kawan macam si Shim chong mermaid ni.

Dahlia renung jam yang tertera pada skrin laptop.Sudah pukul tiga setengah pagi.Huh..Lama juga dia berjaga.

Dia tutup laptop dan letak semula di meja study Fatihah.Kalau ditahan juga mata ni,mau esok dia bangun dalam keadaan ting tong.Lebih baik tidur.Nanti subuh terbabas.

~~~~~

Bau haruman makanan dari dapur buat Fahrell di jadi hendak naik ke tingkat atas.Dia bawa langkahnya ke dapur.Siapa pula yang memasak pagi-pagi ni?Setahunya dalam rumah ini dia sorang sahaja yang rajin masuk dapur.Nak harapkan Fatihah,memang kebulurlah mereka dua beradik.

Dia jenguk dari sebalik dinding dengan berhati-hati.Susuk tubuh yang sedang sibuk menggoreng sesuatu di atas dapur dia renung.Tengok dari belakang pun dah tahu itu bukan Fatihah.

Adik dia tu mana ada nak pakai sopan-sopan begitu dalam rumah.Tengok perempuan yang pakai tudung ni dia dah boleh agak.Itu Dahlia.

Ehem!

Fahrell berdehem.Saja nak tarik perhatian Dahlia.Hampir sahaja dia menghamburkan tawa bila tengok Dahlia toleh.

Gadis itu pakai sunglass sambil memasak.Wow!

Fahrell tahan senyum."kau masak apa tu?"Dia buat-buat ramah.

Dahlia menunduk.Takut kalau Fahrell nampak bibir dia yang pecah tu.

"Err..Nasi goreng je.Maaflah saya masuk ke dapur ni tanpa kebenaran." Ujar Dahlia takut-takut.

Tadi dia dah kejut Fatihah,tapi budak yang seorang tu punyalah liat nak bangun.Dahlia kejut,dia menguit pun tidak.

"Emm..Tak apalah.Sekurang-kurangnya ada jugalah benda yang nak di makan pagi ni.Nak harapkan si Tihah tu,memang kebulurlah jawabnya." Tutur Fahrell.Anak matanya masih merenung Dahlia.Nak sangat dia tengok macam mana rupa si Dahlia ni.

Menurut cerita si Fatihah,Dahlia ni cantiknya mengalahkan artis korea.Tapi tak tahulah macam mana dia nak bandingkan dengan si artis korea tu,kalau muka pun tak nampak.

Fatihah memang.Standard cantik dia semuanya diukur dan dibandingkan dengan artis korea,macamlah artis Malaysia ni tak ada seorang pun yang cantik.

Dahlia dah jadi serba tak kena bila Fahrell masih disitu.Dia nak memasak pun jadi tak senang.Takut aku curi bawang,halia dekat dalam rumah ni gamaknya.

Dari gaya Fahrell berpakaian,dia dapat menganggak lelaki itu baru balik dari berjogging.Basah dengan peluh macam tu takkan lah baru nak pergi berjoggingkan tentulah baru balik.

"Err..Dah lapar ke?" Tiba-tiba mulut dia laju sahaja bertanya.Dahlia tekup mulutnya.

Dia renung Fahrell.Lelaki itu senyum.Manis.Macam gula-gula.Memang patutlah si Fatihah suka sangat memuji abang dia ni melangit.Memang kategori kacak pun.

"Sekejap lagilah,kita makan sama-sama." Jawab Fahrell.

Dahlia rasa nak melompat sampai ke bumbung.OMG!Dia cakap 'kita'.Tapi cepat-cepat di usir perasaannya yang rasa nak melompat tu.Dia tahu maksud Fahrell tu,dia dan Fatihah sekali.Kau cepat sangat perasanlah Lia oi.Sedar sikit dalam rumah ni bukan ada korang berdua je.

"Nanti aku kejutkan si Tihah tu.Dia tu kalau nak dibangunkan tak boleh guna cara yang sopan.Kena kasar sikit.Baru celik anak mata dia tu." Tutur Fahrell sebelum berlalu pergi.

Dahlia mengangguk sahaja.Memang eloklah kalau si Fahrell ni yang kejutkan Fatihah.Dia dah tak kuasa.Rasa macam nak tercabut anak tekak di buatnya.













~~Please vote,comment dan teruskan mengikuti perkembangan kisah Fahrell dan Dahlia ye ~~

😘😘😘

Cinderrella BoyfriendWhere stories live. Discover now