Kelihatan sebuah rumah agam yang usang dan buruk di sebuah jalan yang tidak diketahui ramai. Bunyi percikan air kerana dipijak bergema di dalam rumah tersebut. Dia membuka pintu sebuah bilik. Kelihatan sebuah susuk tubuh badan yang lemah sedang enak tidur. Dia menghampiri tubuh tersebut lalu melutut.
"I'm sorry". Dia mengangkat pisau setinggi-tingginya.
*****************************
Loceng sekolah berbunyi menandakan sesi pembelajaran akan bermula. Semua pelajar sedang menunggu guru masuk."Weh,korang tahu tak tentang seorang lelaki yang akan masuk kelas sebelah nanti? Dengar kata dia kaya! Kyaaa!"Beberapa orang pelajar perempuan sedang menjerit dengan riang, atau bahasa yang lebih senang faham, dengan penuh gedik.
Shin Sunhi hanya menjeling ke arah mereka. Mata duitan. Itulah perkataan yang sesuai untuk pelajar-pelajar Jhounmyeong Elite School. Dia mengeluh. Menyesal pula dia bersungguh-sungguh memujuk ayahnya untuk membenarkan dia sekolah di sini.
*************************
Sunhi membawa kertas-kertas jawapan kelasnya ke bilik guru. Ketika dia jngin menuruni tangga, dia terpijak tali kasutnya. "Wargh!!!"Sunhi jatuh terduduk.Dia menggosok pinggangnya yang mula berasa sakit.Semua kertas bertebangan di sekelilingnya.
"Aduh...Sakitnya pinggang dan punggung aku...aduh kertas-kertas pun habis melayang.Samdol betul kasut ni!"
Sedang Sunhi membebel seorang diri, seseorang menyuakan kertas-kertas tersebut kepadanya."Ah,terima kasih err..."
Sunhi memandang tanda nama di kotnya. 'WU YI FAN' . Oh.Dialah budak baru tu."Boleh bangun?" Dia bertanya.Sunhi cuba bangun tetapi punggungnya amat sakit.
Mungkin disebabkan hentakan yang kuat. YiFan hanya memandangnya dengan padangan yang tajam. Dia beredar dari situ bersama-sama dengan kertas-kertas jawapan itu..Sunhi hanya boleh ternganga.Kejamnya lelaki tu! Sanggup tinggalkan perempuan yang tengah sakit seorang diri?! Amat tak gentleman!
Sunhi menggagahkan dirinya untuk bangun. Akhirnya,dia dapat berdiri namun kesakitan masih memberi impak kepada dirinya menyebabkan dia hampir tersungkur sekali lagi.Dia terasa kakinya tidak menjejak lantai. Dia memandang sebelahnya. Rupa-rupanya,dia diangkat oleh YiFan.
"Hei,turunkan saya!" Sunhi menumbuk belakang badan YiFan. Wajahnya kelihatan kemerah-merahan. YiFan hanya mendiamkan diri dan membawa Sunhi ke bilik sakit. Sunhi menutup wajahnya sepanjang perjalanan mereka. Kedengaran bisikan dari beberapa pelajar yang melihat mereka berdua.
Seketika kemudian,mereka tiba di bilik sakit. YiFan meletakkan Sunhi di atas katil lalu beredar.Sunhi terpinga-pinga. Kemudian,doktor datang dan menanyakan keadaan Sunhi.
Di luar bilik itu, YiFan meraup mukanya. Dia mengukir senyuman yang tidak dapat ditafsirkan. Dia berjalan pergi dari situ dengan senyuman yang amat misteri.

YOU ARE READING
Gone
Mystery / ThrillerDendam. Perasaan itulah yang menakluki hati tersebut. Dia tak akan pernah lupakan peristiwa pahit yang berlaku pada keluarganya. Hanya disebabkan cemburu, kehidupannya musnah. Selepas 13 tahun berlalu, dia dapat menjejak semula keluarga itu,keluarga...