Chapter 2

23 0 0
                                        

"Sha, buka pintu ni mom nak cakap" Masuk ni nak dekat 10 kali dah Datin Geena memanggil dan mengetuk pintu bilik puterinya itu. Tapi, satu sahutan pun tak dengar seolah olah bilik itu tiada orang.

"Sha, mom tahu you dengar so open this door. Benda kecik macam ni tak payah la sampai nak merajuk" pujuk Datin Geena lagi.

Manakala, dalam hati Keysha tak henti henti mengomel membalas apa yang mom cakap. 'WTH?? Benda kecik dia cakap huh memang semua benda yang dia buat semua benda kecik. Tak pernah sekali pun nak tanya kenapa aku buat keputusan macam ni, kenapa aku tak ikut keputusan dia orang. Selfish!'

Dia menyumbat earpod ketelinga dan menguatkan volume. Malas nak dengar buat tambah sakit hati je.

Dekat ruang tamu

"You pergi la pujuk Keysha tu. Ken cakap dari tadi dia tak keluar bilik risau pulak I" Datin Geena menyuruh Dato' Darren pulak cuba untuk bercakap dengan Keysha. Jujur dalam hati nya dia rasa bersalah tapi itu semua atas arahan suami nya juga.

"Darren, I cakap dengan you ni kan. Tak risau ke tengok anak kita merajuk macam tu and jangan buat-buat tak tahu pulak yang semua ni jadi sebab you. You memang tak risau langsung kan pasal Keysha" Datin Geena mula naik berang bila suaminya buat endah tak endah dengan situasi sekarang. Orang tengah risau pasal anak dia boleh chill main piano tiles, ada jugak yang kena halau tidur dekat luar malam ni.

"Dear, I dengar okay. Biarlah sha relax dulu lepastu I pujuk lah dia. Ni dia tengah panas lagi dengan kita awak dah nak membebel siapa yang nak dengar. Kalau I kat tempat dia pun I tak layan you, itu kalau I kat tempat sha lah tapi kalau you bebel kat I sampai bila bila pun I sanggup dengar sayang" usik Dato' Darren. Dia tahu isterinya itu risau akan Keysha tapi sekarang bukan masa yang sesuai nak pujuk si manja sorang tu. Keysha tu orang yang cepat merajuk dan cepat cool off sendiri and when the time comes pandai pandai lah kasi credit card. Dia kenal sangat dengan Keysha.

"You ni kan I tengah serious you main main pulak. Sudahlah malas nak layan you." Terus Datin Geena beredar daripada ruang tamu kerana malas melayan suaminya yang suka ambil ringan tentang sesuatu benda. Lebih baik pergi cari bibik ajak masak daripada mengadap si suami.

Di dalam bilik Keysha

Keysha sedang berbalas whatsapp dengan Zalikha, Bella dan Yerin.

Kha

Key are you okay?

Keysha

Idk

Bella

We are here for you

Come on girl you can spill everything out

Yerin

Yass key kita orang sudi dengar luahan kau

Keysha

Like always she took my passport this time and I f**king angry with them

I feel like I want to run away from here

Far away from them

I never asked for a totally freedom life I just want to go holiday with you guys and macam lah dia orang tak kenal kau orang

Im so pissed off

Kha

Hey don't try okay. Kita orang tak ada kat sana so jangan buat hal macam macam

Yerin

In a positive perspective they really love you la key

Bella

Haa betul-betul. Aku sokong apa yang kha and yerin cakap

Keysha

Ntah la guys.. I want to get a rest. Enjoy your holiday. Have fun

Keysha meletakkan handphone dan baring menghadap siling biliknya. Dia penat bergaduh. Bergaduh dengan mom and dad pasal her life. Banyak kali dia terfikir apa motif mom and dad selalu bangkang keputusan dia. Nak cakap tak sayang hmm macam terlebih sayang.

Keysha bergerak malas turun dari katil dan menuju ke bathroom untuk membersihkan diri serta menunaikan solat maghrib. Usai sahaja solat kedengaran bunyi yang membuatkan dia sangat tak selesa.

Kriuk...Kriukk...Kriukk..

Dia mengusap perut yang berbunyi macam lagu Ko Ko Bop. Aduh laparnya. Seingatnya kali terakhir dia menjamah makanan pagi tadi sebelum dia bergerak ke airport dan sekarang jam dah menginjak pukul 8 malam. Patut lah lapar semacam je.

"Nak pergi dapur? Memang tak lah aku tengah merajuk lagi dengan mom. Kalau turun jugak mom mesti pujuk dengan masak makanan favourite aku. Habis lah merajuk nanti no no cannot. This is serious matter so tak boleh mengalah sha. Fighting!" Keysha buat pilihan untuk tak menghiraukan perutnya yang dah berpuluh kali berbunyi.

Tangannya membuka IphoneX dan membaca whatsapp yang berpuluh daripada along dan angah. Okay semuanya lebih kurang sama je ayat 'sha, dah la tu merajuk ', 'adik angah kan strong woman Keysha mana boleh nangis nangis'. Mana ada sha nangis eh angah! Eh, tapi tu sikit je dekat airport tadi so tak dikira. Dasar copy paste along dengan angah dia ni.

Ting! Bunyi whatsapp masuk.

Abang am

'Rina, abang am dekat garage. Siap teman abang makan sekarang'

Whathehell...

Abang am memang pelik sebab dia sorang je panggil aku rina instead of sha. Tapi aku tak kisah pun sebab sha or rina or key still the same person. But then, bila abang am ajak teman dia makan aku dah fikir seribu satu alasan nak tolak tapi obviously aku tak berani. Aku rasa dia demam sebab tak pernah dalam 21 tahun aku hidup dia ajak keluar makan.

Fyi, abang am ni sepupu aku yang mom and dad jaga dari kecik and dia sebaya dengan along. Tapi dia ni tak fun macam along. Kekwat sentiasa dan payah nak gelak. Rasanya HAHAHA tu tak ada dalam memory dictionary dia kut. But still, he also my brother.

Aku rasa aku dah ambil 5 minit termenung dan berfikir so sebelum abang am whatsapp suruh aku cepat lebih baik siap sekarang.

"Sorry lambat. Abang dah lama turun ke?" Soal Keysha sambil membetulkan duduk untuk memakai seat belt.

"Takpun." Kai membals sepatah dan terus memandu dengan senyap.

Kan aku dah cakap dia ni tak ada sense of humour dan kekwat. Aku rasa awkward gila sebab dalam kereta macam krik krik nak pasang radio pun rasa macam nerves dekat tangan dah tak berfungsi. Keysha mendehem sebelum cuba untuk bermesra.

"Kita nak makan kat mana abang am?"

"Mulut kut" Erk. Okay, Keysha tak tahu nak gelak atau tak.

"Tak tahu pulak abang am makan ikut hidung before this." Yes, ni baru Keysha.

"K-fry dekat IOI."

Keadaan lepas tu rasanya semua orang boleh agak apa yang jadi sepanjang perjalanan ke IOI Shopping Mall, kan?

I'm Not YoursWhere stories live. Discover now