♡2♡
*****WALAU di mana mana sahaja samada di majlis majlis atau di Dewan Bandaraya sekali pun semua pihak sedang jenuh memperkatakan mengenai kejayaan anak muda itu. Kejayaan Mikhal Jarvor mengangkat kembali kegemilangan serta imej Majlis Bandaraya Begema di mata pandangan umum pada hari ini cukup memberi kesan yang begitu ketara sekali terhadap senario dan persekitaran di Majlis Bandaraya itu. Dengan terbinanya STARLIGHT TOWER sebuah pencakar langit yang telah diiktirafkan sebagai bangunan tertinggi di Bandaraya Begema ini nama Mikhal Jarvor semakin disebut sebut orang. Bangunan setinggi lapan puluh lima tingkat itu telah dan dengan rasminya diisytiharkan Datuk Bandar Begema dengan gelaran sebagai Starlight On The Eyes pada majlis perasmian pembukaannya tidak berapa lama baru baru ini. BEGEMA VISCULT MALL juga turut mendapat pengiktirafan sebagai sebuah pusat membeli belah terkemuka di pusat bandaraya itu. Prestasi operasi perniagaannya juga kini jelas turut memperlihatkan kadar peningkatan yang begitu ketara dan sungguh amat memberangsangkan sekali. Ini cukup memberi kelegaan kepada Mikhal Jarvor selaku seorang pengusaha dan serta juga pemilik syarikat. Begitu juga dengan Mikhael Spirit rakan pelaburnya yang juga selaku seorang pelabur terbesar di syarikat JARVOR Technology Industrial Co. Inc miliknya ini. Martina Loronsvky pula bagai melonjak riang tidak terhingga bilamana bosnya telah sudi melantik dirinya untuk menjadi seorang Public Service Representatives atau PSR di syarikatnya itu. Martina masih lagi bagai tidak percaya yang dia telah berjaya membantu bosnya. Dia juga turut disebut sebut sebagai orang paling layak di kalangan warga kerja di dalam syarikat yang terletak di aras lima puluh di bangunan itu. Dengan segala usaha dan penuh kesungguhannya Martina berjaya meyakinkan pihak syarikat dengan kemampuannya yang ada. Mikhael Spirit turut merasa yakin dengan kebolehan anak gadis itu. Anak muda berusia tiga puluhan itu juga kini semakin bersemangat untuk mengorak langkah dengan lebih jauh lagi bagi merialisasikan matlamat sasaran pihak syarikat dengan pelaburan dana yang lebih bersekala besar lagi di sedikit waktu lagi. Dia optimis dengan kemampuan yang ada pada diri temannya itu. Mikhal Jarvor dilihatnya seolah olah bagai seorang pencetus satu revolusi baru di tengah tengah kepesatan di Bandaraya Begema ini. Ternyata terbukti Mikhal Jarvor mampu memenuhi hasrat serta wawasan matlamat peribadinya. Dengan kelebihan yang ada terdapat pada dirinya tidak hairan jika dia mampu mengorak langkah dengan lebih maju serta jauh lagi di waktu waktu akan datang.
Dengan usianya yang begitu muda Mikhal Jarvor sudah pun bergelar orang kenamaan di pusat Bandaraya Begema ini. Kemampuannya itu telah mendapat perhatian ramai serta mendapat liputan meluas di saluran serta ruangan media tempatan dan juga luar negeri. Boleh dikatakan kisah kisah kejayaannya itu sering dimuatkan di dada akhbar tempatan pada setiap hari. Nama Mikhal Jarvor kini sering disebut sebut di kalangan warga tempatan sehingga bermain di bibir mulut anak anak muda lain serta rakyat tempatan di dalam Negara itu. Sejurus Martina meninggalkan pejabat Mikhal Jarvor dihubungi oleh seorang rakan client yang baru saja tiba di Verqyuovchs Translink International Airport. Ayzizercvh Mc Vyusolfv, merupakan seorang Private Investment Managing Director di MCLYORCART Invest Technocreat Ltd. Co. yang beribu pejabat di Begema ini. Dia di dalam rangka lawatan kerja selama dua minggu di Verqyuovchs serta ke serata beberapa cawangan syarikat yang lain sebelum ini. Mikhal Jarvor berkebetulan tidak mempunyai sebarang komitmen semasa di waktu ini. Dia kelihatan begitu sudi untuk menjemput gadis tinggi lampai yang berambut panjang itu hendak berehat sambil bersantai di Bandaraya Begema untuk beberapa hari di sini. Di samping itu dia sendiri mempunyai ajenda peribadinya khas buat gadis itu. Selepas keluar daripada pejabat dia terus memecut kenderaannya sambil menuju ke airport. Entah kenapa, perasaannya bagai melonjak lonjak riang untuk menyambut Miss Zxiao Liynx atau nama lainnya di kalangan teman teman sering dipanggil sebagai Miss Vonderboucvhs. Ayzizercvh Mc Vyusolfv ternyata seorang yang agak terkenal juga orangnya. Mikhal Jarvor tidak mengambil waktu begitu lama untuk tiba ke situ. Setelah menjemput gadis itu dia terus membawanya ke Tree Starise Music World Hotel salah sebuah hotel ternama ada di bandaraya ini. Mikhal Jarvor ternyata seorang anak bujang yang budiman. Dia hanya membantu gadis itu untuk mendapatkan bilik penginapannya sahaja. Setelah itu, dia berlalu pulang sambil berjanji akan datang menjemput temannya itu pada malam nanti. Lagi pun sengaja dia membiarkan Miss Vonderbouchs mendapat rehat yang secukupnya buat sementara waktu ini. Tambah pula dia turut tertarik kepadanya. Memang gadis periang itu sungguh menawan bila dilihat secara sepontan. Mikhal Jarvor tidak menafikan kebenaran itu. Sepanjang dia di dalam perjalanan pulang, fikirannya tidak henti henti terimbas pada bayangan wajah gadis itu tadi. Sempat pula dia mengimbau beza usia antara mereka berdua. Tidak ada jauh beza mana di antara usia mereka berdua cuma bertingkah beza usia lima tahun lebih muda daripada dirinya. Bayangan wajah gadis periang berusia dua puluh lima tahun itu terus melekat di petak fikirannya sehingga dia tiba di rumah. Sejurus masuk Mikhal Jarvor menoleh jam di dinding baru jam 6.21pm.
Tepat jam lapan malam kelihatan Mikhal Jarvor memasuki first entrance hotel tempat penginapan Miss. Vonderbouchs. Tiba di depan bilik bernombor 202 dia berhenti di situ. Butang bazel ditekannya sebanyak dua kali. Sebentar muncul gadis itu. Mereka kelihatan tidak banyak berbual di antara satu sama lain dan terus menuju ke basement ground floor untuk mendapatkan kenderaan. Tidak lama kemudian kelihatan Masterpeacemaker ( MPM ) 2.0i warna golden silver bergerak keluar sambil menyusul ke Isaac Main Route. Di dalam kenderaan Miss. Vonderbouchs yang duduk di boute belakang, masih tidak membuka sebarang topik perbualan lagi. Dia hanya duduk sambil memerhatikan ke sekeliling Pusat Bandaraya itu dengan suasana malam yang cukup mengujakan hatinya. Mikhal Jarvor menyedari suasana ini kelihatan sedikit hambar dan cukup tidak bijaksana pada hematnya. Dia sebentar berbunyi sebagai memulakan perbualan mereka berdua dengan berkata."Nampaknya...malam ini, kita akan ke sebuah tempat yang sungguh istimewa!"
"Apa pulak fikiran awak?"Mikhal Jarvor membuka suara sebagai memulakan perbualan yang seakan hambar dan tidak bermaya sejak seketika tadi.
"Ow! Sounds amazing!"
"Maknanya...saya diraikan awaklah...ya!"
"I'm so...pleased!"Balas Miss. Vonderbouchs sambil sedikit menyangkat lelaki di hadapannya itu. Mikhal Jarvor tergelak bila mendengarnya. Sejurus dia lalu berbunyi dengan berkata kembali kepada gadis tinggi lampai itu.
"Oo...for sure!"
"Habis siapa lagi?"Telah Mikhal Jarvor sambil sedikit menduga pula bunyi gayanya. Perbualan mereka kelihatan semakin rancak. Ada riak menerjah ke dua dua raut wajah mereka berdua yang jelas terdapat kelihatan. Mikhal Jarvor semahu boleh ingin menatap wajah gadis itu di saat ini. Walau pun mereka cukup mengenali di antara satu sama lain sejak dahulu tetapi lain pula yang terjadi pada malam ini. Mikhal Jarvor sengaja tidak menampakkan apa apa riaksinya sejak sebelum ini lagi. Dia tidak mahu terdapat sebarang tanggapan tidak elok terhadap keperibadiannya. Demi menjaga reputasi serta imej syarikat miliknya yang sedang diusahakannya itu dia perlu bersikap rasional di mata umum buat seketika waktu sekarang ini. Mikhal Jarvor membetulkan duduknya buat seketika sambil memberi tumpuan ke atas jalanraya. Tidak lama selepas itu mereka berdua pun tiba di tempat dimaksudkan. Ternyata telahannya itu tadi telah benar benar begitu mengujakan hatinya. Dalam diam diam Miss. Vonderbouchs sedikit memuji citarasa teman karibnya itu. Terbukti benar segalanya begitu memenuhi citarasa hati kewanitaannya. Dia tersenyum memerhatikan temannya itu sambil beriring berjalan menuju masuk ke Yjuan Cheer Western Cook House & Resort Park.
YOU ARE READING
ORANGIEYLA
Spiritual@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com @idsideal.com @metoo.com @same2u.com SAME2U.COM Mokhtar6981 mokhtarabdullah@69gmail.com #Orangeiyla. The most beautifull. "Is she beauty?" "I'd no idea..!" "Did you ever watching her?" "...