LITTLE BIT HUNGER

5 2 0
                                    

♡3♡
*****

       MARTINA Loronvsky mengambil cuti seminggu mulai hari ini. Dia bercadang hendak menghabiskan cutinya untuk ke sebuah pusat peranginan ada terdapat tidak jauh dari sini. Di pagi ini dia sedang bersiap untuk turun ke Lembah Beringin Salju. Lagi pun sudah lama dia tidak turun ke sana selepas Vorier Boughsnorcv sepupunya berpindah kerja ke Magdalina Vourierticvh sebuah Pekan kecil yang tidak berapa sibuk mana terletak di Selatan Bandaraya Begema ini. Martina dengan Masterpeacemaker MpM 3300i  sedang di dalam perjalanan untuk menjemput Miss Vonderboucvh. Mereka berdua serta bosnya Mikhal Jarvor telah berpakat untuk pergi memancing di Lembah Beringin Salju di pagi ini. Mereka berpakat untuk bertemu di hotel tempat penginapan Miss Vonderboucvh jam 8.30a.m. Tidak lama kemudian dia pun tiba di hadapan Tree Starise Musicworld Hotel. Melihat kepada kenderaan bosnya sedang menjalar ada di basement hotel itu seolah olah sudah lama dia sampai. Martina turut memberhentikan kenderaan lalu meletakkan di belakang kenderaan bosnya itu. Lagi pun di awal pagi begini belum ramai pengunjung yang datang. Sebentar kelihatan Miss Vonderboucvh bersama bosnya sedang berjalan menghala ke mari dari ruang lobi hotel itu.

"Hallo! Kenalkan...Miss Vond!"
"Have a nice day!"

Tegur Miss Vonderboucvh kepada Martina Loronsky.

"You too! Have a nice weekend!"
"Martina! Martina Loronsky!"

Balas Martina sambil berjabat tangan dengan gadis tinggi lampai itu. Sambil itu Mikhal Jarvor hanya memerhatikan gelagat mereka berdua sambil tersenyum puas. Ada tanda beriak di wajahnya. Memang selayaknya dia merasa begitu setelah sekian lama berpenat lelah sambil serta penuh bertegang urat demi sebuah pencapaian sebegini. Secara dasarnya mereka semua telah pun dan sedang menikmati kadar kemewahan sewajar dengan apa yang mereka rancangkan. Kini tibalah waktu bagi mereka untuk meraih sedikit imbuhan di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka lalui selama ini.
        Suasana redup serta joong di Lembah Beringin Salju membuatkan badan Martina merasa sedikit lesu pula. Kelihatan penuh berderetan bot bot kecil sambil tersadai di birai birai tebing tasik ada di situ. Mikhal Jarvor sudah lama memasang umpan sambil joran dipegang di tangan. Miss Vond pun turut bersama ada di sebelahnya. Martina kelihatan tenang sahaja di kaki anjung sebuah rumah persinggahan ada disediakan di Beringin Salju Breakaway itu. Sekali sekala Miss Vond menoleh sambil memandang kepadanya bila terasa ada sesuatu seolah olah tertinggal di situ. Martina melambai lambai tangan kepada mereka berdua bilamana bosnya turut sama memandang kepadanya. Mikhal Jarvor mengangkat sedikit tangannya tanda memahami. Sudah hampir setengah jam mereka memasang umpan tetapi kelihatan masih hmpa. Mikhal Jarvor sedikit tercabar dengan suasana itu. Dia semahu boleh cuba membuktikan yang keputusan gadis itu datang berkunjung ke Begema di sini adalah bukan satu keputusan yang silap. Lagi pun 'Usahawan Muda' itu sudah mulai menaruh minat terhadap gadis tinggi lampai yang ketika ini kelihatan berhempas pulas cuba mengangkat umpanannya yang sedang mengena itu. Melihat Miss Vond seakan sedang berdieh itu Mikhal Jarvor lalu cepat cepat mendapatkannya. Di capainya joran ada di tangan gadis itu. Seketika kelihatan dia pula yang termengah mengah sambil cuba membuat angkatan. Ditolehnya seketika kepada Miss Vond yang sedang penuh sabar menanti sambil duduk di sebelah. Sudah agak lebih kurang lima belas minit Mikhal Jarvor bertarung sambil cuba menawan makhluk yang sedang berada di hujung mata pancing itu. Sudah jenuh merencit peluh di badannya gara gara bimbang kalau kalau gadis di sebelahnya menganggap apa apa terhadap dirinya. Sedaya boleh dia cuba membuktikan kemahirannya di saat ini. Sambil itu sekali sekala dia menjeling sambil memandang ke arah birai tebing di atas sana. Ternyata Martina Loronsky tetap dengan sikap kebudak budakan sehingga ke saat ini. Sekali sekala Mikhal Jarvor mengusap peluh di mukanya. Melihatnya lalu gadis itu menghulurkan sehelai tuala kecil yang kebetulan ada dibawanya bersama.

"Oh! Thanks!"

Ucapnya seraya berkata. Seketika dia berkata lagi.

"Saya fikir...tentu Magalin!"
"'Menantang' jenis ni...memang liat!"

Miss Vond kelihatan menggaru garu kepala bila Mikhal Jarvor berkata begitu. Dia seakan cuba memahami apa maksud lelaki itu. Dalam sambil itu dia terasa berharap juga. Terdetik di hatinya seketika sambil bimbang kalau kalau lelaki di sebelahnya itu gagal. Dia cepat cepat membuang perasaannya itu jauh jauh. Dia berpaling seketika ke belakang sambil melihat Martina di anjung sana. Kelihatan seorang lelaki memakai hardcap story sedang berbual ada bersamanya. Lelaki itu diperhatikannya seketika dengan agak lama. Jelas kelihatan kemesraan antara mereka berdua. Sementara itu Mikhal Jarvor masih lagi bergelut dengan entah spesis apa yang susah sangat untuk diangkatnya itu. Miss Vond kembali memerhatikan kepada lelaki itu.

"Tak berjaya lagi..?"
"Ikan apa tu?"

Tegur gadis itu selamba tanpa terdetik memikirkan apa apa. Mikhal Jarvor pula sedari tadi sehabis boleh cuba mengelak daripada merasa jengkel di depan gadis itu. Dia cuba sedaya mungkin untuk bersikap adil kepada dirinya. Dalam pada itu dia terus bertegak sambil sambil cuba menjaga repo dirinya. Dia tidak mahu Miss Vond merasa hampa. Seakan ada tanda janji pula pada dirinya untuk gadis itu. Terlintas juga dia di hatinya risau kalau kalau terkena batang kayu atau tayar buruk. Sekali Mikhal Jarvor berbunyi dengan agak deras.

"Ow! Yes!"
"Come on..!"

Jerit Mikhal Jarvor sambil gadis di sebelahnya itu sedikit ranjat jadinya. Miss Vond terus menumpukan perhatiannya kepada Mikhal Jarvor. Seingat ingat dia orang tua tua ada berpesan jangan berbual ketika memancing. Takut Ikan habis lari. Dia terus berdiam diri. Di dalam hati mahu saja dia berkhemah di situ. Sambil sambil itu sempat pula dia berangan angan ingin mengadakan summer campfire di Lembah Beringin Salju ini tapi cuaca pula tidak begitu sesuai. Terlintas pula dia hendak berbincang dengan Mikhal Jarvor untuk overnight di sini. Kelihatan lelaki itu masih bergelut dengan mangsa pertama yang sedang cuba ditawannya.

"It's going to be so easy...now!"
"Come on...Jovanata!"

Laungan Mikhal Jarvor sekali lagi mengejutkan Miss Vond dari lamunannya. Miss Vond berpaling memerhatikan ke air kelihatan seekor Ikan sedang menggelumpur di atas permukaan tasik sambil ditarik mata pancing ada di tangan temannya. Dia bagai melonjak riang melihatnya.

"What's amazing!"
"It's so gorgeous!"

Jerit Miss Vond sambil excited saja bunyinya. Seketika seekor ikan sebesar labu betis sudah berada di dalam genggaman. Mikhal Jarvor sedikit terpegun sambil seakan tidak percaya pula yang dia sudah berjaya mengangkat seekor Magalin Scvferieyna ada seberat lebih kurang 3Kg di pagi ini.

"Just look at this!"
"You just amazing!"

Mengalahkan budak budak pula rupa gaya Mikhal Jarvor di ketika ini. Sambil itu Miss Vond pun turut sama. Ingin saja dia menjerit memanggil Martina di atas sana. Sebentar dia tertubit mulut sambil berkata.

"I'd...just can't believe it!"
"It's so a beautifull day...today!"
"I'd love it!"

Jeritnya lagi. Sudahnya mereka berdua tidak ubah seperti budak budak sambil berteriak kegembiraan. Mikhal Jarvor bukan main gembira dan merasa bangga setelah berjaya membuktikan kebolehannya di pagi ini. Rasa khuatirnya habis hilang dengan tertangkapnya seekor Ikan sebesar labu betis itu. Miss Vond terus terusan kegembiraan sambil menyanyi nyanyi anak. Mikhal Jarvor merasa cukup berpuashati dengan apa yang mereka perolehi di awal pagi ini. Martina juga turut sama merasa gembira bila melihat gadis tinggi lampai itu kelihatan begitu teruja sambil melonjak lonjak keriangan. Mereka bertiga membuat keputusan untuk bermalam saja di situ. Tiada sebarang masalah bagi mereka. Tambah lagi bila melihat Miss Vond begitu sungguh beria ia. Martina Loronsky sudah dapat mengagak sedari awal yang teman barunya itu pasti akan mengubah pendirian setibanya dia di Lembah Beringin salju ini. Ternyata telahannya itu benar benar terjadi.

       

ORANGIEYLAWhere stories live. Discover now