ONE STEP LEADER

14 2 0
                                    

♡4♡
*****

        MIKHAL Jarvor melihat potensi yang ada pada dirinya tidak harus dipersiakan sebegitu saja. Dia yang kini telah pun menganggotai Ahli Lembaga Mesyuarat Majlis Kotaraya di Bandaraya Begema ini merasa tidak senang selagi dirinya tidak berupaya melakukan satu perubahan besar di sektor 'Kemajuan' dan 'Pembangunan' serta 'Kesejahteraan' di dalam 'Bandaraya Kosmopolitan' itu. Walau pun dia kelihatan begitu sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab serta urusan di syarikat miliknya itu sekarang. Mikhal Jarvor tetap meneruskan ajenda Wawasan peribadinya di dalam setiap mesyuarat Ahli Majlis Lembaga Pengarah Begema Metropolist Development & Corporation Holdings untuk sejak beberapa tahun terdekat ini. Mikhal Jarvor juga telah turut dilantik menjadi pengerusinya sejak tiga tahun yang lalu. Dengan 'kelebihan' yang ada padanya dia telah disarankan agar lebih bersikap 'proaktif' lagi di mana kemampuan serta keupayaannya itu bakal 'memungkinkan' dirinya 'berpotensi' dipilih untuk menjadi 'Gabenor Negeri' di satu hari nanti. Mikhal Jarvor tidak pula cuba menafikan hakikat itu. Namun dalam waktu yang sama dia pula seolah olah bersikap tunggu dan lihat. Dengan usianya yang sebegitu muda masih terdapat banyak waktu lagi untuknya. Semenjak dahulu dan sehingga ke hari ini 'Wawasan Matlamat' serta hasrat peribadinya itu seakan bergerak selari dengan ajenda yang sedang dibawanya selama ini.
        Berita angin serta ura ura menyatakan tapak kerusi Presiden Majlis Kota Raya Begema bakal bersalin kulit sedang bertiup kencang di ketika ini. Rata rata di tengah hiruk pikuk kesibukan 'Warga Kota' seolah olah sedang mengadakan satu persediaan bagi menyambut hari 'Pilihanraya Presiden' pula. 'Negara' yang terkenal dengan gelaran Bumbung Langit Asia itu memang bakal memilih seorang calon 'Presiden' yang baru untuk tempoh penggal terbaru tidak berapa lama lagi. Nama Mikhal Jarvor juga jenuh diperkatakan di kalangan mereka bakal berjaya merebut kerusi panas tersebut. Memang dia sendiri tidak menafikan berita angin itu ketika di soal di dalam satu perbualan wawancara melalui alat perhubungan tanpa wayar internet oleh seorang 'jernalis' Begema News Week seminggu yang lalu. Berita angin perubahan itu tidak kurang juga sedang bertiup kencang menghala ke selatan 'Bandar Raya Metropolis' itu. Mikhael Spirit yang juga seorang Hartawan Pasaran Saham 'terkemuka' di Bandaraya ini turut tidak menafikan desas desus daripada berita itu. Dia bila ditanya oleh seorang 'jernalis' majalah tabloid terkenal VASCULT baru baru ini turut membuat andaian peribadinya. Mikhal Jarvor menurutnya mempunyai peluang cerah memenangi di dalam kempen 'Pilihanraya Gabenor' kali ini. Mikhal Jarvor juga dilihat bakal berjaya mengambil alih tapuk 'Pemerintahan Negeri'. Jika sekiranya teman karibnya itu berjaya memenangi kerusi Presiden di dalam 'Pilihanraya Umum Parti Liberal' yang akan datang. Mikhal Jarvor jelas cuba membuktikan kewibawaannya dalam persiapan melengkapkan diri bagi menghadapi kempen Pilihanraya Umum Parti itu nanti. Mikhal Jarvor kini berkemungkinan besar bakal bergelar Presiden Parti Liberal yang baru. Dia juga turut diperkatakan sebagai seorang calon paling layak bagi mewakili Parti itu untuk kempen Pilihanraya Gabenor di Negeri Vbedgerma ini nanti.
        Dari sehari ke sehari Presiden  Coopers Liberal Republican Party itu kelihatan semakin menunjukkan kemampuan di dalam misinya untuk memenangi kempen Pilihanraya Umum Parti yang akan diadakan tidak kurang empat minggu lagi daripada sekarang. Mikhal Jarvor dikatakan calon paling favourite untuk memenangi kempen Pilihanraya Umum Presiden Parti itu nanti. Mikhal Jarvor juga sedang mendahului calon calon yang lain dengan menduduki di tangga teratas di dalam satu pilihanraya undi pungutan suara yang diadakan tidak lama baru baru ini. Dia telah berjaya mengatasi calon lawan dengan beza jumlah pungutan undi sebanyak 28% berbanding dari undi yang diperolehi oleh calon calon parti lain. Dengan kadar majoriti 28% itu Mikhal Jarvor dilihat bakal tidak menghadapi sebarang masalah untuk memenangi kempen Pilihanraya Calon Presiden yang akan datang di sedikit waktu nanti.
        Daripada dikenali ramai sebagai seorang Anak Muda yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang di suatu masa dulu. Kini Mikhal Jarvor terus mendapat liputan publisiti meluas melalui pelbagai saluran media di dalam dan juga di luar Negara.

ORANGIEYLAWhere stories live. Discover now