BAB 2

1.6K 60 0
                                    

Syed Haidar mendukung Cik Mafia masuk ke dalam klinik. Dia sedar banyak mata yang melihat. Tapi kecederaan Cik Mafia membuatkan mereka tak ambil perduli. Wajarlah kalau dia mendukung orang yang cedera. Sebaik mereka berada di kaunter pendaftaran. Cik Mafia meronta.

"Apa yang kau tercegat ni. Baik kau turunkan aku. Kalau tak aku tumbuk kang!"

Syed Haidar pandang Cik Mafia. Dari tadi asyik ugut dia nak tumbuk. Badan kecik muka comel tapi ganas ya amat. Dia perasan ada tahi lalat halus di bawah kening sebelah kiri Cik Mafia. Terletak cantik hampir ditutupi bulu kening.

"Cepat turunkan aku. Aku boleh daftar sendiri!"

Sibuk menilik kening Cik Mafia sampai tak perasan nak turunkan. Syed Haidar cepat-cepat turunkan Cik Mafia. Sebelum dia kena tumbuk betul-betul baik dia turunkan Cik Mafia ni.

Syed Haidar membiarkan Cik Mafia berjalan berdengkot-dengkot ke kaunter pendaftaran. Orang sombong tak perlu di tolong. Syed Haidar duduk di kerusi menunggu. Tak lama kemudian Cik Mafia duduk di sebelahnya. Sudah selesai dengan pendaftaran agaknya. Syed Haidar keluarkan telefon bimbit. Tentu mamanya risau kenapa dia belum pulang.

"Orked Adelia sila masuk bilik satu." Kedengaran jururawat memanggil nama seseorang.

Mata Syed Haidar masih melekat pada skrin handphone. Sedang berwhatapps dengan Datin Hanis. Saat dia risaukan Suhaila dugaan lain timbul. Buat tak tahu pengumuman jururawat tadi.

"Orked Adelia sila masuk bilik satu." Jururawat mengulang pengumuman tadi. Kali ini dengan nada lebih keras.

Syed Haidar angkat kepala. Jururawat tadi memandangnya dengan tajam. Baru Syed Haidar perasan hanya dia dan cik mafia yang ada di dalam klinik. Dia toleh sebelah pandang cik mafia. Takkanlah...

"Gelaklah kalau berani. Ronggak gigi depan tu karang."

Syed Haidar tutup mulut. Janganlah cik mafia ni tumbuk dia kat sini. Hilang hensem dia nanti.

"Papah aku cepat. Nanti lambat-lambat nurse marah pulak."

"Tadi elok je boleh jalan sendiri."

"Tadi dekat je... sekarang jauh sikit. Jangan banyak cakap boleh tak. Cepat papah aku!"

"Baik Cik Orked." Syed Haidar menurut arahah Orked. Dia papah tubuh kecil molek itu menuju bilik rawatan.

"Orked..." gumam Syed Haidar.

"Panggil aku Del. Aku tak suka nama Orked." Orked mendengus. Mujur dia sedang sakit. Kalau tidak memang kena pijak kaki mamat hensem ni.

"Nama Orked cantik." Syed Haidar tak mahu mengalah. Dia suka nama Orked. Unik dan menarik. Sesuai dengan Cik Mafia yang sangat unik.

"Kalau kau mengada-ngada panggil aku orked, bukan setakat gigi rongak. Aku simbah asid kat muka kau nanti."

Syed Haidar sengih sekilas. Nama dah cukup cantik. Rupa pun boleh tahan. Tapi sayang mulut berbisa. Garang sungguh. Kalau jadi bini macam manalah nanti. Kesian bakal suami cik mafia.

"Aku pernah nampak muka kau ni. Tapi kat mana ye." Orked kerutkan dahi. Sejak tadi dia rasa muka lelaki yang melanggarnya macam biasa nampak. Tapi dia tak rasa dia kenal lelaki itu. Puas dia berfikir di mana dia pernah nampak.

"Dalam mimpi agaknya..." Syed Haidar menjawab. Mereka sudah berada di depan bilik rawatan.

"Aku mimpikan kau. Kirim salam lah... Muka bukannya hensem sangat."

"Tak kisahlah aku hensem ke tak. Bukannya kita akan jumpa lagi. Sekarang diam... kita nak jumpa doktor." Syed Haidar memulas tombol dan menolak pintu. Dia memberi laluan agar Orked masuk dahulu. Dia membantu Orked duduk di kerusi.

Tukang Masak Cik Mafia (RAW VERSION)Where stories live. Discover now