"Siapa budak tu?"
Syed Haidar tidak menjawab. Sebaliknya dia terus labuhkan punggung.
"Siapa?" tanya Cef Sufi sekali lagi. Soal pengambilan pekerja memang urusan dia, sebab itulah dia pelik kenapa tiba-tiba ada pekerja baru di saat akhir ramadan.
"Saya kemalangan dengan dia semalam... saya langgar dia." Akhirnya Syed Haidar membuka mulut.
"Hah..." Cef Sufi kurang faham.
"Saya langgar dia sampai cedera kat lutut... katanya nak viralkan kes tu kalau tak bagi dia kerja." Dengan berat hati Syed Haidar bercerita. Badan disandarkan ke belakang sambil tangan di letakkan di dahi.
"Pelik... biasanya orang ugut sebab nak duit. Ni cuma nak kerja aje. Ada niat lain ke?" Chef Sufi menoleh ke belakang sekilas. Melihat Orked yang sedang duduk berlunjur di sofa sambil membelek tablet.
"Itu pun saya pelik jugak tu... dia ugut nak patahkan hidung saya kalau tak bagi dia kerja. Melampau sangat. Jadi terpaksalah saya bagi dia kerja." Syed Haidar enggan bercerita lebih-lebih. Nanti terbongkar rahsianya diugut perempuan. Hilang macho dia nanti.
"Hamboi... ganasnya. Tak padan dengan kecik."
"Itulah tu... nanti mintak Aaron tolong ajar dia apa yang patut. Buat masa ni dia akan ganti Nurul yang bercuti. Lepas raya nanti kita ada dua steward. Soal gaji saya akan potong dari gaji saya. Saya harap dia tak kerja lama kat sini." Syed Haidar memerhatikan Orked. Apalah dugaan yang bakal hadir. Kenapa tiba-tiba dia ditemukan dengan budak tak cukup umur ni?
"Muka dia comel..."
"Memang dia comel... baru habis SPM." Syed Haidar tersedar. Kenapa tiba-tiba dia puji cik mafia yang ganas tu.
"Dia tu hampir separuh umur saya. Adik saya pun lebih tua dari dia." Syed Haidar cuba menutup keterlanjuran katanya.
Cef Sufi sembunyikan senyum. Jarang lelaki cari pucuk tua. Nak yang lagi muda adalah. Kalau Orked baru habis SPM maknanya sama baya dengan anak ketiganya. Remaja baru nak membesar memang banyak tingkah. Harap-harap Heaven Kitchen tak huru hara kerana Orked Adelia.
"Biarkan ajelah dia... tarikh yang Tan Sri Kamarul tu mintak kosong ke?"
"Alhamdulillah... tercapai jugak hasrat Tan Sri Kamarul nak buat jamuan hari raya kat sini. Cadangan menu saya akan emailkan secepat mungkin. Bulan Syawal ni kita busy tiap-tiap hujung minggu."
Syed Haidar mengangguk mendengar penerangan Cef Sufi. Selepas majlis perkahwinan Suhaila banyak permintaan untuk mengadakan majlis seumpama itu. Mungkin ini semua rezeki kerana berjumpa semula dengan adiknya.
"Cef Sufi aturkan apa yang patut. Nanti saya akan hubungi Faizal dan bincangkan berapa duit raya kita nak bagi kepada pekerja. Bulan depan saya ada jemputan mengadili rancangan masakan dekat Dubai. Tarikh tu nanti Faizal akan confirmkan. Dan... tolong jaga budak kecik ni baik-baik. Saya tak nak restoran saya huru hara."
"Orked..." Syed Haidar berdiri berpeluk tubuh sambil memanggil. Langsung tiada tindak balas. Malah Orked kelihatan tidur nyenyak.
"Orked..." panggil Syed Haidar lagi. Memang mustahillah dia nak kejut Orked macam tengah hari tadi. Tak fasal-fasal bocor pula usus dia sebab kena tumbuk.
"Orked Adelia..."
"Hmm..." terbit suara dari bibir Orked. Bukannya Orked terjaga tapi sebaliknya gadis itu berkalih tempat.
YOU ARE READING
Tukang Masak Cik Mafia (RAW VERSION)
RomanceHidup Syed Haidar huru hara selepas kemunculan seorang gadis misteri bernama Orked.