BAB 5

1.1K 48 1
                                    


"Adik... abang cakap dengan adik sekejap." Syed Haidar menggamit Suhaila ke dapur sebaik sahaja selesai solat terawih.

Suhaila muncungkan bibir tapi tetap dia gagahkan kaki melangkah mengikut abangnya. Memang sah dia akan kena marah. Mujur Khalis sudah memaafkan dia.

"Abang nak marah adik ke?" Suhaila terus ajukan soalan.

Syed Haidar terdiam. Dia tak pasti sama ada dia marah atau tidak. Namun apa yang pasti dia risaukan Suhaila. Sebagai abang dia langsung tak kenal adiknya sendiri.

"Mama kata abang kemalangan tadi. Abang ok ke?"

Kelihatan senyum di hujung bibir Syed Haidar. Belum sempat dia menjawab, Suhaila sudah pesongkan tujuan pertemuan yang dia rancang. Nampak gayanya Suhaila terlebih dahulu dalam mode menyerang.

"Kita duduk dulu..." Syed Haidar menarik kerusi untuk Suhaila.

Suhaila akur dengan arahan abangnya. Dia rebahkan punggung. Mata Suhaila mengekori kelibat abangnya. Tak ada tanda-tanda Syed Haidar akan duduk. Sebaliknya, Syed Haidar mengambl dua biji muk dari rak.

"Adik nak minum apa? Abang buatkan."

"Adik nak milo panas."

Syed Haidar mengangguk. Dia segera menyediakan minuman untuk dirinya dan Suhaila. Banglo Tengku Zabidi dan apartment milik Khalis sudah menjadi rumah kedua bagi dia. Tak ada masalah untuk dia masuk ke dapur membancuh air sendiri atau pun memasak.

"Nah..." Syed Haidar meletakkan muk yang masih berasap ke atas meja. Dia tarik kerusi bersebelahan dengan kerusi Suhaila dan duduk. Dia pusingkan badan untuk menghadap adiknya.

"Sekarang abang kena jawab soalan adik... Abang marah adik ke?" Suhaila membiarkan muk tanpa mencicip minuman. Kedua belah tangan disilangkan ke dada.

Rasanya dia bakal kena marah dengan ramai orang malam ni. Mungkin sekejap lagi Badri akan sembur dia sekali lagi. Tapi mujur juga Badri sedang sibuk membuat persiapan membakar lemang. Dan sudah tentulah Khalis tersayang dia kerah untuk belajar.

"Adik nampak muka abang tengah marah atau tengah senyum?" Syed Haidar buat muka kosong. Roman mukanya langsung tidak beriak.

"Muka macam tahan sembelit je adik tengok."

Syed Haidar tersenyum. Ada sahaja keletah nakal Suhaila yang membuatkan dia geli hati. Dia cuba buat muka selamba tapi dikatanya sembelit.

"Muka hensem macam ni cakap tahan sembelit. Sampai hati adik kan."

"Alah... abang ni. Kalau nak marah tak payahlah mukadimah segala bagai. Marah ajelah. Adik sedia menerima marah abang." Suhaila seakan mendesak. Dia rasa bersalah kerana membuatkan semua orang risau. Mujur ibu, mama dan papa tak cakap apa-apa. Semuanya kunci mulut.

Syed Haidar tarik kedua belah tangan Suhaila. Sebelah tangannya menggenggam erat tangan Suhaila dan sebelah lagi mengusap kepala adiknya yang berbalut tudung. Sebuah senyuman dia ukirkan.

"Abang tak berniat nak marah adik. Tapi lepas ni tolong jangan buat macam ni. Abang tak dapat nak bayangkan apa perasaan abang kalau jadi apa-apa kat adik. Abang baru dapat adik abang yang dah hilang sejak tiga puluh tahun lalu. Abang tak nak kehilangan adik lagi. Abang baru nak manja-manja dengan adik. Baru nak curahkan kasih sayang kat adik."

Suhaila tunduk. Tersentuh hatinya mendengar kata-kata Syed Haidar. Dia meyesal kerana terlalu ikutkan kata hati. Dan lebih menyesal kerana dia asyik terlupa bahawa dia punya seorang suami yang mencintainya. Dan juga seorang abang yang sentiasa sayangkan dia. Dia sudah punya keluarga sendiri bukan keseorangan seperti setahun yang lalu.

"Abang nak adik fikir keluarga adik dulu sebelum buat apa-apa. Adik bukan keseorangan lagi sekarang ni. Adik ada abang..."

"Adik mintak maaf... adik dah buat abang risau." Suhaila terus rebahkan kepalanya ke dada Syed Haidar. Dia menangis perlahan. Mempunyai sebuah keluarga merupakan impian semua anak yatim seperti dia. Sekarang Allah sudah kurniakan dia keluarga. Dan seharusnya dia hargai semua ini.

"Hamboi Bibik Milenium... tersentuh hati ke?" Khalis tiba-tiba muncul.

Suhaila angkat kepala. Baru dia nak bermanja-manja dengan abangnya, Khalis muncul pula. Dia sudah berkira-kira mahu makan Maggie Goreng Istimewa Cef Haidar. Nampaknya terpaksa dia batalkan. Khalis tak izinkan dia makan maggie.

"Senang lenang nampak. Lemang dah masak ke? Meh sini sayang nak cuba lemang yang dibakar oleh buaya tersohor Tengku Khalis Aiman." Tahu dah memang Khalis lari dari membakar lemang. Nampaknya kesungguhan Khalis memang hanya mainan. Bukan salah Khalis kalau lelaki itu tak mampu betahan lama membakar lemang. Anak manja lah katakan.

"Buaya tersohor dah jadi pencinta yang setia tau. Jangan di ungkit sejarah lalu." Khalis tarik kerusi dan duduk. Tangannya mencapai muk di hadapan Suhaila. Tiba-tiba dia terliur melihat milo panas yang terhidang. Khalis meneguk minuman Suhaila tanpa meminta izin.

"Orang tak minum lagi..." Suhaila hanya mampu melihat cawannya yang sudah kosong.

"Bie jahat... gigit jari dia." Pantas Suhaila tarik jari tangan Khalis dan masukkan ke dalam mulutnya. Dia gigit jari Khalis sekuat hatinya.

"Adui... bibik. Kejamnya." Khalis mengaduh sakit. Nak tolak Suhaila tak sampai hati pulak. Biasanya Suhaila gigit main-main. Tapi kali ini gigit serius.

"Adik... sudahlah. Tak baik baik gigik suami. Abang buatkan milo yang baru."

Mendengar kata-kata Syed Haidar, Suhaila berhenti menggigit jari Khalis. Dan sepantas kilat Khalis tarik jari tangannya. Dia membelek jarinya yang sakit. Kelihatan bekas gigi Suhaila.

"Bibik dah jadi drakula." Khalis tersengih. Sengaja mengusik isterinya.

"Bieee... melampaulah. Nasib baik abang nak buatkan milo yang baru... kalau tak memang sayang gigit jari bie sampai puas." Suhaila tarik muka dan berpaling ke arah lain.

"Adik... tak baik masam muka dengan suami. Jangan marah-marah lagi." Syed Haidar segera bangun. Selagi dia tak buat Milo memang perang besarlah kedua-dua makhluk ni. Mujur hanya perang acah-acah.

"Abang Syed... adik Khalis nak air milo jugak."

"Eeh... tak malunya dia. Syed Haidar abang kitalah. Pergilan buat air sendiri."

"Adik... sudah. Abang buat dua ni." Syed Haidar meggeleng kepala melihat gelagat Suhaila dan Khalis. Saling usik mengusik tak kira masa. Bercinta dengan gaya mereka sendiri. Bergurau pun dengan cara tersendiri. Sesiapa yang melihat akan menyangka mereka bergaduh. Bergaduh acah-acah. Tak seperti Cik Mafia yang ganas tu.

"Cik Mafia... disaster." Tiba-tiba terluah nama itu semasa Syed Haidar mengacau minuman. Entah kenapa nama itu muncul.

"Siapa cik mafia?"Suhaila dan Khalis bertanya serentak.    

Tukang Masak Cik Mafia (RAW VERSION)Where stories live. Discover now