BAB 3

1.4K 56 2
                                    

"Cik Orked... Saya dah bawak pergi klinik. Saya dah ganti seluar jeans Cik Orked yang koyak tu. Siap pakej dengan tshirt baru lagi. Rasanya saya tak ada hutang apa-apa lagi." Syed Haidar menghentikan kereta di tempat dia terlanggarkan Orked tadi.

Hampir tiga jam masanya terbuang akibat melayan cik mafia ni. Konon je ganas tapi nama ala-ala perempuan melayu terakhir. Dia risaukan Suhaila yang masih belum ada khabar berita lagi. Mujur Orked tak cerewet dan hanya mahu pergi bundle. Dia ajak pergi mall tak mahu pula.

"Belum lagi! Masih ada hutang lagi!" tegas Orked.

"Apa lagi Cik Orked yang cantik jelita." Syed Haidar bagaikan sengaja menyimbah minyak tanah ke bara api. Geram dengan Orked dia tak perasan mulutnya mengucapkan sesuatu yang Cik Mafia benci. Dia suadh maklumkan kepada Orked yang dia ada urusan penting.

Orked pandang Syed Haidar tajam. Kalaulah matanya boleh keluarkan kilat macam kartun dalam tv, memang dah rentung dah lelaki yang duduk di tempat pemandu tu. Degil sangat. Dari tadi dah warning jangan panggil dia dengan nama Orked.

Syed Haidar kendurkan badan. Dia mengangkat kedua belah tangan memohon ampun maaf. Dia bukan tak dengar warning Cik Mafia, tapi dia geram sangat.

"Sebut lagi nama Orked... Bersepai gigi tu nanti." Orked ugut Syed Haidar sekali lagi. Tak faham bahasa langsung.

"Sori Orked... Tak sengaja." Syed Haidar tutup mulut dengan kedua belah tangan. Otak kata jangan sebut nama tu tapi bibir suka mengalun nama indah itu. Syed Haidar sembunyikan sengih di belakang tangan. Orked pandang dia tajam. Lebih tajam dari tadi.

"Apa lagi urusan yang belum sudah tu?" tanya Syed Haidar. Dia berharap agar urusannya dengan Cik Mafia ni cepat selesai. Mama pun sudah dua tiga kali menghubungi dia.

"Tadi sebelum kena langgar sepatutnya aku pergi interview kat restoren depan sana. Oleh kerana kau langgar aku, kau wajib carikan aku kerja. Atau kau bagi je aku kerja kat tempat kau...." Orked jawab selamba. Semua info mengenai Syed Haidar ada dalam poket dia. Mujur Khairina selalu membebel fasal Syed Haidar jadi dia tahu serba sedikit siapa lelaki yang melanggarnya tadi.

Syed Haidar nak menjerit. Baru beberapa jam dengan Orked Mafia ni dia dah rasa macam nak gila. Macam mana dia nak izinkan Orked kerja kat Heaven Kitchen. Silap haribulan dia masuk Wad Psikiatri sebab stress dengan Orked. Atau habislah dia tinggal tulang sebab asyik kena belasah dengan Orked Mafia.

"Berani kau kata tidak... Aku pecahkan kereta lawa kau ni!"

Syed Haidar tak jadi nak menjerit. Sebaliknya dia hendak ketawa. Badan halus tapi ada hati nak pecahkan kereta dia. Pecah kereta tak ada masalah, ada alasan dia nak beli baru.

"Tempat saya tak ada kerja kosong. Bos saya tak ambik pekerja baru." Syed Haidar terpaksa menipu. Dia sanggup bekerja dengan perempuan ganas macam Orked.

"Heaven Kitchen tu kau punya kan. Ada atau tak ada kerja kau mesti adakan untuk aku. Kalau tak aku panggil wartawan cakap kau cuba cabul aku." Orked pusingkan kepala pandang Syed Haidar. Bibir dikemam dan mata dibutangkan. Jari telunjuk lurus ke hidung mancung Syed Haidar. Berani lelaki itu tipu dia.

"Hey... Tu menipu namanya." Syed Haidar tak puas hati. Suka-suka saja Orked ugut dia.

"Amboi kau tipu aku boleh... Kenapa bila aku menipu tak boleh!" Orked meninggikan suara. Jangan main-main dengan Orked Adelia. Orang tipu, dia pun boleh tipu.

"Kau ingat muka kau tu boleh sorok dengan guni ke apa. Muka tak hensem kau ni dah muak aku tengok dalam tv. Takkan aku tak kenal. Kalau kau sayang muka hensem kau, bagi aku kerja." Tambah Orked. Sengaja dia ugut untuk musnahkan rupa paras Syed Haidar. Kata Khairina Syed Haidar juga seorang model sambilan. Sudah pastilah dia sayangkan rupanya.

Tukang Masak Cik Mafia (RAW VERSION)Where stories live. Discover now