▶013

156 19 7
                                    

Oh Hanlin's

Aku nekad. Aku sudah tidak tahan apabila Chanyeol makin mengabaikan aku. Dia sudah benar-benar melupakan aku.

Aku kini sekarang sedang berdiri di hadapan rumah Chanyeol. Aku tahu alamat rumahnya setelah aku memujuk abang aku dengan bayaran belikan vivy makanan anjing.

Butang loceng rumah Chanyeol aku tekan beberapa kali namun tiada sahutan. Sama ada dia ada di rumah, ataupun tidak, aku bertekad untuk bertanya kepadanya kenapa dia asyik mengabaikan aku.

Aku bukan mahu melakukan perkara yang tidak diingini, tetapi perasaan aku yang bercampur baur, aku terpaksa masuk ke dalam rumahnya setelah tiada harapan bahawa akan ada yang tolong membuka pintunya.

Aku memegang tombol pintu rumah Chanyeol dengan kuat. Tanpa rasa bersalah aku masuk ke dalam rumah Chanyeol. Aku baru ingin menapak masuk lebih dalam sebelum langkahku terhenti apabila aku melihat seorang perempuan, sedang memeluk Chanyeol.

Ohh, sekarang aku faham. Tahulah aku kenapa dia mengabaikan aku. Dia, sudah punya pengganti. Aku keluar dari rumah itu lalu berlari ke mana sahaja kakiku pergi.

Aku berlari sehingga kakiku terasa sakit. Aku jatuh terduduk lalu memeluk kakiku. Dan aku tidak menyangka bahawa aku akan menangis buat lelaki seperti itu.

Patutlah Chanyeol sudah mengabaikan aku.

°°°
Vote ✔
Comment ✔
Share ✔

heart shaker || pcyWhere stories live. Discover now