▶039 [SPECIAL CHAPTER]

188 17 0
                                    

Special chapter(s) saya cuba buat panjang-panjang.

°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°

Park Hanlin's

"Chanyeol, bangunlah. Kata nak pergi Pulau Jeju."

Aku menarik-narik lengan Chanyeol supaya bangun daripada tidurnya.

Dia sekarang telah menjadi seorang tentera yang berkhidmat untuk negara. 

Semenjak aku berkahwin dengan Chanyeol, dia sudah tidak membawa aku jalan-jalan.

Dia suka mengumpul lemak di rumah berbanding keluar. 

Walaupun dia sibuk dengan pekerjaannya, banyak kursus ketenteraan yang perlu dihadiri, namun dia tetap tidak membenarkan aku keluar berjalan-jalan.

Dan sekarang, suami tercinta aku masih lagi di atas katil, dibuai mimpi.

"Chanyeol, kalau awak tak bangun saya panggil abang saya untuk bunuh awak."

Masih tiada reaksi dari Chanyeol.

"Awak tak bangun lagi, saya tinggalkan aw—"

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Chanyeol sudah terlebih awal menarik tangan aku menyebabkan aku terjatuh ke atas katil.

Dia menarik aku ke arahnya dan memeluk aku.

"Saya malas nak keluar. Kita bermanja cukup dah ya."

Aku hanya berdiam sambil memeluk Chanyeol.

Aku sudah tahu perkara ini akan berlaku.

Kalau perkara ini berlanjutan, baik aku balik ke rumah abang aku.

Sekurang-kurangnya abang aku akan bawa aku berjalan-jalan.

Chanyeol hanya ada satu bulan untuk dia berehat sebelum dia pulang semula ke Busan untuk kem ketenteraan.

Lama juga kami dalam keadaan begini sebelum tiba-tiba tekak aku berasa sedikit loya.

"Chanyeol."

"Hmmm?"

"Saya mengidam nak makan durian."

"Alaaa, janganlah begini. Mana ada orang jual durian waktu begini."

"Awak beli ais krim durian pun saya tak kesah."

Chanyeol bangun dari pembaringan.

Dari riak wajahnya aku sudah tahu dia akan rasa bersalah kerana tidak boleh membeli durian untuk aku.

Iyalah, siapa suruh dia mengandungkan aku?

"Kalau saya masak nasi goreng, awak okay kan?"

Aku hanya tersenyum.

Tak larat nak merajuk lebih-lebih.

Nanti aku juga yang sedih.

"Apa-apa jelah."

💍💍💍

"Awak tahu tak ini apa?"

Aku memandang Chanyeol yang sedang melihat infrastruktur bangunan ini.

Aku hanya mengangguk, mengiyakan soalan Chanyeol.

"Tahu kenapa bangunan ini dibina?"

Aku mengangguk.

"Baguslah awak tahu."

“Kenapa awak tanya?”

Chanyeol hanya senyum lalu mengalihkan pandangannya semula ke seni bina yang megah ini.

Aku juga kembali melihat ke hadapan. Lama juga aku memujuk dan merajuk, akhirnya dia bawa juga aku berjalan-jalan.

Tiba-tiba aku merasakan sesuatu di perutku. Chanyeol sedang mengusap perut aku.

Kandungan aku sudah tujuh bulan tetapi Chanyeol bawa aku berjalan-jalan.

Aku sudahlah penat mengendong anak, kaki juga tidak larat nak menampung berat aku dan anak aku.

Katanya, nanti apabila anak ini sudah lahir, dia takut tidak ada masa untuk diluangkan bersama aku seorang.

Ceh.

"Awak sejuk tak?"

Aku jadi bingung dengan soalan Chanyeol yang secara tiba-tiba.

"Puan Park, saya tanya awak sejuk tak?"

"Taklah. Eh apa ni—"

Belum sempat aku menghabiskan ayat aku, Chanyeol terlebih dahulu melilit aku dengan skaf berwarna merah.

"Apa ini Chanyeol?"

"Saja. Kan Bagus kalau sekarang ini musim salji. Boleh saya lilit awak dan kita menari ala ala orang Inggeris."

Eh eh Chanyeol ni. Tak wajib kalau tak buat aku malu.

°°°
Vote ✔
Comment ✔
Share ✔

heart shaker || pcyWhere stories live. Discover now