▶040 [SPECIAL CHAPTER]

182 20 28
                                    

Mungkin ini update yang terakhir untuk buku ni.
°
°
°
°
°
°
°
°

Park Hanlin's

“Maaaaaaaaaaa.”

Aku yang sedang mengemas dapur menoleh ke anak perempuan kami, aku dan Chanyeol.

“Ye sayang.”

Aku basuh tangan lalu segera ke anak sulung aku.

Dia sedang merenggek mahu aku mendukungnya.

Aku bongkokkan badan dan angkat tubuh kecil ini.

Sudah dua tahun Park Chanlin menghiasi hidup aku dan Chanyeol.

Chanyeol baru-baru ini telah dinaikkan pangkat untuk menjadi komando tentera, jadi dia perlu bekerja lebih sedikit.

Dalam masa dua tahun anak kami membesar, Chanyeol hanya balik di rumah dalam dua atau tiga kali sahaja.

Jadi, anak ini kerap merenggek dan menangis mahu ayahnya pulang.

Aku sudah beritahu Chanyeol, namun dia juga sangat sibuk, jarang mengangkat panggilan aku.

Kadang-kadang, jam 12 malam baru dia akan menelefon aku untuk bertanya khabar.

Kalau bukan sebab aku kena menjaga Chanlin ini sehingga malam, mungkin aku juga tidak akan mengangkat panggilannya.

Kini sudah tiga bulan Chanyeol pergi.

Selalunya dia akan balik selepas tiga bulan.

Namun, aku masih tidak mempunyai khabar apa-apa tentang Chanyeol.

“Paaaaaaaaaaa.”

Sayu sahaja suara kecilnya memanggil-manggil ayahnya.

Aku cuba untuk memujuk anak kecil ini daripada terus merajuk.

Aku segera mengambil telefon aku dan mendail nombor Chanyeol.

“Sayang.”

Perlahan sahaja perkataan yang keluar dari mulut Chanyeol.

“Bila awak nak balik? Anak awak tengah meragam. Saya penat lah pujuk dia. Dia tetap tak makan pujukkan saya.”

Diam.

Tiada sahutan dari sana.

“Chanyeol?”

Tetap diam.

“Chanyeol, awak baik-baik sahaja kan di sana?”

“Sayang, aku kena pergi. Bye, jaga diri.”

“Hey, Chany—”

Dia matikan panggilan.

Sibuk sangat ke jadi komando tentera?

Ataupun dia sibuk mengurat perempuan di sana?

💍💍💍

“Hey. Kenapa senyap ni, hmm? Selalunya awak akan bising kalau saya balik.”

Memang aku senyap sahaja lah.

Dia buat aku risau, tiba-tiba tutup panggilan.

Tidak lama kemudian, aku terdengar seperti pintu rumah aku dibuka.

Aku fikir orang jahat, jadi aku mengambil penyapu dan bersembunyi di sebalik langsir.

Buka sahaja pintu, aku terus memukul entiti itu dan ternyata ianya ialah Chanyeol.

“Hehe, isteri saya merajuk.”

“Diam Chanyeol diam. Kalau awak tak nak bunga ros palsu awak tu masuk dalam mulut awak baik awak diam.”

Si puteri pula sedang seronok bermain dengan ayahnya.

Dengan aku dia jarang ketawa, dengan ayahnya dia gembira bukan main.

“Hey sayang. Saya cakap dengan awak kan?”

Aku bangun dari sofa dan terus berlari ke bilik menjauhinya.

Aku buat-buat sibuk, sengaja mengemas meja solek padahal tidak ada apa di atas meja.

Tidak lama kemudian, bunyi pintu dibuka dan tersembul keluar wajah Chanyeol.

Chanlin sudah tidak dengannya sebaliknya digantikan dengan sejambak bunga ros yang dibawanya pulang.

“Saya bagi bunga ros kenapa awak tak ambil? Penat tahu saya cari bunga ros.”

“Kalau penat, pergi mandi dan tidur. Jangan cakap dengan saya.”

Aku berdegil.

Mungkin, mungkin juga bila aku sudah lama tidak dilayan oleh suami, mulalah perangai kebudak-budakan aku.

Chanyeol menarik kerusi aku untuk menghadapnya lalu dia melutut di hadapan aku.

“Ya, saya tahu awak marah sebab saya tiba-tiba matikan panggilan. Masa itu saya tengah sibuk cari bunga ros, jadi bila tuan empunya kedai sudah dapat mencarikannya, saya tak mahu awak tahu saya tengah cari bunga ros.”

Aku muncungkan bibir, aku tetap dengan pendirian aku yang ingin merajuk di hadapan Chanyeol.

Chanyeol hanya tersenyum.

“Saya ingat tugas saya untuk memujuk anak sudah selesai, rupanya ibunya pula yang perlu dipujuk.”

Kata Chanyeol seraya mencium bibir aku.

Hmmm, rindu.

°°°
Vote ✔
Comment ✔
Share ✔
Elinhan_2426

heart shaker || pcyWhere stories live. Discover now