▶015

160 19 9
                                    

Oh Hanlin's

Aku masih lagi marah dengan Chanyeol. Banyak persoalan yang bermain dalam minda aku.

Siapa perempuan itu?

Apa hubungan kau dengan perempuan itu?

Adakah perempuan itu pengganti aku?

Apa kau sudah melupakan aku begitu sahaja?

Aku tidak cukup berani untuk bertanya kepadanya. Cukup adegan Chanyeol memeluk perempuan itu sudah membuatkan kaki aku menjadi lemah.

Aku tidak tahu apa yang terjadi kepada aku. Jonghyun kerap menelefon aku namun aku hanya mampu melihat skrin telefon aku tanpa menjawab.

Aku tidak mahu Jonghyun mengetahui apa yang sedang terjadi kepadaku. Setelah aku menangis dengan sangat lama di suasana hujan itu, baru Chanyeol ada inisiatif untuk datang dekat kepada aku.

Flashback

Aku nampak Chanyeol sedang berdiri tidak jauh dari tempat aku duduk. Dia seperti mahu datang ke arahku. Namun tidak, mungkin kerana dia takut aku akan berfikiran kolot.

Namun setelah beberapa minit aku tidak berganjak, dia memberanikan diri datang kepadaku dan memberikan payungnya kepada aku.

Kau seorang perempuan, tidak patut keluar rumah pada waktu petang lagi-lagi apabila cuaca begini

Lembut sahaja tuturnya. Seiring dengan bunyi hujan yang membasahi bumi.

Pulanglah. Abang kau akan risau, kau duduk lama-lama di sini tidak ada gunanya. Kau akan demam

Dia bersuara lagi.

Aku mendongak ke atas, mencari anak matanya.

Chanyeol, ternyata awak masih risaukan saya

Dan yang aku tahu, kegelapan mula mendominasi penglihatanku.

°°°
Vote✔
Comment✔
Share✔

heart shaker || pcyWhere stories live. Discover now