Tiba-tiba lelaki itu muncul kembali setelah hati AYUNI AISYA digores luka. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan DANIAL HAIKAL telah menggamit kembali kenangan lama. Mengapa begitu payah untuk dia melupakannya? Lagi haru-biru apabila dia terpaksa...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Jangan lambat sangat pergi rumah Mak Long Munah. Orang masjid mai lepas Isyak. Pergi awai sikit, tolong apa yang patut. Anak dara kena la ringan tulang, baru orang tengok berkenan." Berdesing juga telinga Ayuni yang sedang berbaring santai di sofa sambil menonton tv. Aduhh.. siren dah berbunyi. Masak kalau aku tak pergi jugak ni. Malas sebenarnya. Bila teringatkan peristiwa petang tadi, terus hilang keinginan untuk pergi. Khuatir bertembung dengan si dia lagi. Entah kenapa rasa tidak sedap hati pula. "Ingat pesan mak tu Yuni." "Ye lah mak, nanti Yuni pergi dengan Fira." "Eh, mana Fira dari tadi mak tak nampak." "Katanya nak pergi bilik air. Entah apa yang dibuatnya lama sangat." "Mak pergi dulu Yuni." "Elok jalan malam-malam ni mak. Mak ada bawa lampu suluh dak?" "Ada ni." Emak menunjukkan lampu suluh di tangan. Pandangan jatuh pada kaki emak yang sedang menyarung selipar. Entah kenapa hati terasa sayu tiba-tiba melihat raut wajah emak yang sudah dimamah usia. Pemergian ayah menyambut panggilan Ilahi betul-betul menguji mereka sekeluarga. Sejak itu emak menjadi ketua keluarga. Emak tidak pernah merungut. Pernah dia bersuara dengan emak hendak berhenti sekolah. Tetapi cadangannya itu hanya menimbulkan kemarahan emak. Seminggu emak merajuk dengannya. Pengorbanan emak sentiasa menggamit perasaan sayu di hatinya. Selepas dia berjaya mendapat segulung ijazah, dengan berbekalkan semangat dia memberanikan diri ke bandar mencari kerja. Alhamdulillah rezeki menyebelahinya bila dia mendapat kerja di sebuah syarikat swasta. Walaupun permulaan gaji tidak tinggi tapi cukuplah untuk menampung mereka sekeluarga. Kiriman wang setiap bulan ke kampung tidak pernah diabaikan. Emak pernah berura-ura ingin menjual kereta peninggalan arwah ayah. Tetapi dia melarang keras. Itu saja satu-satunya kenangan arwah ayah. Kereta itu langsung tidak membebankan mereka malah berguna untuknya berulang alik ke tempat kerja. Walaupun kekadang meragam juga. Maklumlah kereta dah berusia. Mujur kereta itu sudah langsai hutang dengan pihak bank, kalau tidak mungkin cadangan mak terpaksa juga dipertimbangkan. Namun, pada tahun lepas dia terpaksa melepaskan kereta itu memandangkan kerap sangat meragam. Emak juga mencadangkan supaya dia membeli kereta baru bagi memudahkannya ke tempat kerja. Tidak berbaloi dengan kos yang terpaksa ditanggung untuk memperbaiki kereta lama itu. "Mak pergi dulu." "Hati-hati mak." Pesan Ayuni lagi. Setelah emaknya berlalu pergi, Ayuni merapatkan pintu dan menguncinya. Kemudian duduk di sofa kembali. Tidak lama kemudian, datang Afira bersama kerut di muka sambil tangan menekan-nekan perut seperti menahan sakit reaksinya. "Kenapa ni dik?" Soal Ayuni kepada Afira yang sudah duduk di sebelahnya. "Sakit perut la kak. Dah tak larat ulang alik masuk bilik air." "Makan apa tadi?" "Rasanya makan rojak kat tepi jalan tu. Teringin sangat. Belasah sampai dua bungkus. Kalau ikut tu nak tambah lagi sebungkus," jawab Fira sambil tersengih-sengih. Membuntang mata Ayuni mendengarnya. Kemudian menggeleng perlahan. "Mak aiii... kebulur ka apa?Itu bukan makan, itu dah melantak namanya," perli Ayuni. Afira hanya tersengih memandangnya. "Kalau macam tu tak payahlah kita pergi rumah Mak Long Munah. Risau pulak akak nak tinggalkan Fira sorang kat rumah." "Eh mana boleh! Akak pergi la. Fira bukan sakit teruk sangat pun." "Malas nak pergi." "Kak Yuni jangan cari pasal. Marah mak nanti. Kak bukan tak tahu mak tu. Tak pasal-pasal Fira pula yang kena nanti.” "Okey juga tu. Akak bagi alasan nak temankan Fira kat rumah." "Fira bukan budak lagi la nak berteman. Tengok orang arr.." "Eleh, berani sangat kononnya tu." Mencebek Ayuni dengan tingkah Afira yang berlagak berani. "Dah! cepat pergi siap, dah lambat ni." Arah Afira sambil menarik tangan Ayuni. Sedikit mendesak supaya kakaknya cepat bersiap. Dengan lemah Ayuni menggagahkan diri untuk bangun. Afira hanya memandang langkah kakaknya masuk ke bilik. Tiba-tiba rasa sakit perutnya datang lagi. Alamak! sakit balik. Tidur dalam bilik air jawabnya aku malam ni. Afira bingkas bangun dan berlari anak menuju ke bilik air. Makin lama semakin memulas rasa sakitnya. Bersuluhkan cahaya dari lampu suluh, Ayuni berjalan perlahan meredahi malam sambil bernyanyi dengan nada perlahan, hanya dirinya sahaja yang mendengar. Dia mendongak ke langit, malam ini bulan penuh menyinari langit. Menghayati seketika keindahan alam ciptaan Ilahi. Kemudian kembali mengalih pandang ke hadapan seraya mengatur langkah meneruskan arah tujuan. Pada awalnya dia ingin menunggang basikal tetapi memandangkan lampu basikal itu sudah tidak berfungsi, maka berjalan kaki saja pilihan yang dia ada. Takkan nak naik kereta. Bukan jauh sangat pun. "Haii..." Hampir terlepas lampu suluh di tangan bila mendengar teguran secara tiba-tiba dari arah belakang. Pantas Ayuni menoleh ke belakang melihat gerangan orangnya. Kelihatan dua susuk tubuh lelaki sedang tersengih memandangnya mengundang perasaan takut dalam diri. Namun tidak sedikit pun ditonjolkan perasaan gementar yang bertandang dalam diri. Tanpa menghiraukan mereka, Ayuni berpaling ingin berlalu pergi. Hayunan langkahnya dipercepatkan. Degupan jantung terasa begitu kencang tika ini. Perasaan cemas mula menguasai diri bila terasa langkahnya diekori. Dengan keadaan gelap dan sunyi menambahkan rasa takut dalam dirinya. Terasa perjalanan ke rumah Mak Long Munah jauh pula. Makin laju langkahnya diatur. Namun, tiba-tiba lengannya dicengkam dan ditarik kasar oleh seseorang menyebabkan dia terdorong ke belakang. Ingin dia menjerit meminta tolong, tetapi mulutnya telah dicekup kuat. Ayuni meronta-ronta ingin melepaskan diri. Tapi apa sangat kudratnya nak dibandingkan dengan dua lelaki itu. Dia diheret masuk ke dalam semak yang berhampiran. Walaupun dia meronta dengan sekuat hati tetapi tidak juga berjaya malah terasa tangan dan kaki semakin kuat dicengkam sehingga ke tulang rasa sakitnya. Bila lelaki itu melepaskan tekupan di mulutnya, memberi kesempatan untuknya menjerit meminta tolong. Sehabis kuat dia menjerit menyebabkan salah seorang lelaki itu menampar pipinya. Ayuni mula bertindak meronta-ronta dengan kudrat yang berbaki dalam diri. "Lepaskan aku!!!" Jerit Ayuni berang. "Diam!!!" Jerkah salah seorang daripada mereka. Ayuni tersentak. "Apa korang nak hah!!!" "Mestilah kami nak cik adik manis ni. Kalau cik adik bagi kerjasama pada kami, lagi cepat urusan kita selesai..." jawab salah seorang dari lelaki itu. Pipi Ayuni disentuh. Namun pantas dia menepis kasar seraya mengesot ke belakang menjauhkan diri dari lelaki itu yang semakin mendekat dengannya. Walaupun dalam gelap, Ayuni perasan pandangan liar lelaki itu pada tubuhnya. "Binatang!! Aku sanggup mati dari gadaikan maruah aku pada korang. Manusia tak guna. Setannnn!!!" Pekik Ayuni sekuat hati. Kata Ayuni hanya disambut tawa kuat oleh mereka berdua. Sedikit pun tidak terkesan, malah semakin galak melayan hawa nafsu yang semakin memuncak. Ayuni meronta-ronta cuba melepaskan diri. Tiba-tiba lelaki yang memegang tangan Ayuni di belakang telah melucutkan tudungnya. Rambutnya yang panjang terburai lepas. Lelaki yang berada di hadapan Ayuni makin melebar sengihnya. Nafsu jantan membuak-buak melihat keadaan Ayuni tika itu. Kecut Ayuni bila melihat lelaki itu mula menyentuh pipinya dan diusap lembut. Ayuni menggeleng laju mengelak dari pipinya diusap lelaki itu lagi. "Tolonglah lepaskan aku. Aku merayu pada korang. Jangan buat aku macam ni." Rayu Ayuni merintih hiba. Airmata mula mengalir di pipi. Keberaniannya bagai direntap bila melihat kedua lelaki itu semakin berani bertindak terhadapnya. Ya Allah tolonglah hambaMu yang lemah ini. Janganlah apa-apa berlaku pada diriku, Ya Allah. Hanya padaMu ku berserah. Ku memohon perlindungan dariMu Ya Allah. Mak... tolong Yuni. Rintih hati Ayuni sayu. "Takkan kami nak lepaskan macam tu saja sebelum merasa," balas lelaki yang sedang memegang tangannya pula. "Tolonglah lepaskan aku. Apa salah aku pada korang?Aku merayu... tolonglah jangan apa-apakan aku..." rayu Ayuni bersama esakan tangis yang semakin kuat menyesak dada. Perasaan takut menyelubungi jiwa sehingga menggigil seluruh tubuhnya. "Hoi!! Lepaskan dia!!" Terkejut kedua lelaki itu apabila disergah dari arah belakang. Serentak mereka menoleh ke belakang. Ayuni yang turut menoleh cuba memfokuskan matanya mengecam gerangan lelaki itu. Berkali-kali dia mengelipkan matanya yang berlinang dengan air mata. Sekali lagi pandangannya difokuskan pada raut wajah lelaki itu. Dalam samar kegelapan malam yang hanya disinari cahaya bulan, akhirnya dia dapat mengenal pasti lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka saat ini. Perlahan raut wajah Ayuni berubah riak. Saat itu tak terkira rasa kesyukurannya kepada Tuhan. "Danial!! Tolong Yuni!!" Jerit Ayuni. Terkejut Danial. Walaupun wajah perempuan itu tidak jelas dipandangannya tetapi dia kenal dengan suara itu. Ayuni! Tiba-tiba perasaan geram dan marah memuncak di dalam diri melihat Ayuni diperlakukan begitu. "Hey, hang jangan masuk campur urusan kami. Baik hang blah dari sini." Keras kata amaran dari lelaki yang berada di hadapan Ayuni. "Aku cakap lepaskan dia.!!!" Pekik Danial. Tangannya sudah menggepal penumbuk menahan marah. "Hang ni sapa nak membela dia. Baik hang pergi dari sini. Kalau tidak teruk hang kami kerjakan." "Korang ingat aku takut. Kalau berani, cubalah. Jangan berani pada kaum yang lemah saja." Cabar Danial tidak sedikit pun gentar dengan ugutan lelaki itu. "Kurang ajar!" Salah seorang daripada lelaki itu menerpa ke arah Danial. Cubaan lelaki itu untuk melepaskan satu tumbukan ke muka Danial telah tersasar menyebabkan dia terdorong ke depan. Ini memberi kesempatan untuk Danial menendang belakang lelaki itu. Tertiarap lelaki itu mencium bumi. Dengan perasaan geram, pantas lelaki itu bangkit dan meluru ke arah Danial lagi. Namun tindakan pantas Danial menendang ke arah perut lelaki itu telah menyebabkan lelaki itu terduduk sambil mengerang kesakitan. Danial yang mempunyai ilmu persilatan yang dipelajari semasa tinggal bersama Pak Long dulu dipraktikannya sebaik mungkin. Melihat rakannya telah tumpas dengan mudah di tangan Danial, teragak-agak dia bangun hendak menyerang Danial. Ayuni tidak sanggup lagi melihat pergaduhan di depan matanya. Dia mengesot ke belakang. Badannya menggigil ketakutan bersama esak tangis yang semakin lama semakin kuat. Air mata bagaikan hujan mengalir di pipi. Kedua lututnya dirapatkan ke dada dan dipeluk kejap sambil menunduk menyembunyikan muka. Apa yang berlaku di sekelilingnya tidak diambil peduli lagi. Dia mahu menangis semahunya. Manakala dua lelaki itu masih tidak putus asa menyerang Danial. Tetapi dengan mudah dapat dipatahkan oleh Danial. Setelah beberapa kali mendapat serangan balas akhirnya dua lelaki itu berundur membawa kesan penangan Danial Haikal. Sebaik kedua lelaki itu melarikan diri, tangisan Ayuni terus menarik perhatian Danial. Melihat Ayuni begitu, hatinya terasa tertusuk. Ketika dia hendak bergerak menghampiri, matanya terpandang tudung Ayuni tidak jauh dari tempat dia berdiri. Cepat-cepat dia mengambil tudung itu dan melangkah ke arah Ayuni. Ayuni terus larut dalam rasa ketakutan. Tiba-tiba terasa sentuhan di kepalanya. Terkejut dengan sentuhan itu menyebabkan dia pantas mengesot ke belakang. Perasaan takut yang semakin reda kembali memuncak di dalam diri. "Tolong jangan apa-apakan aku..." rayu Ayuni tanpa memandang susuk tubuh yang juga bergerak menghampirinya. "Jangan!! Jangan sentuh aku!!" Jerit Ayuni sambil tangan digawang-gawang menepis tangan yang cuba menyentuhnya. "Ayuni!!! Pandang sini, awak dah selamat sekarang." "Tidak!!Tipu!!Tipu!!Pergi!! Jangan dekat dengan aku." Makin laju dia mengesot ke belakang hingga terhenti pada batang pokok kayu yang besar. Ayuni ingin bangun tetapi ditahan menyebabkan dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Tapi dengan pantas dia merangkak cuba untuk lari dari situ. Cengkaman pada pinggangnya menyebabkan dia terduduk kembali. "Ayuni!!Dengar sini.!!Pandang saya!!" "Tidak! Tidak! Awak tipu!! "Ayuni!! Saya Danial!! Awak dengar tak!!!!" Pekik Danial. Kedua bahu Ayuni digenggam lantas digoncang beberapa kali untuk menyedarkan gadis itu. Terdiam Ayuni. Terkaku dia di situ. Tanpa riak dia memandang susuk tubuh yang berada di depannya di balik helaian rambut yang hampir menutupi muka. Dia terus kaku apabila rambutnya dirapikan ke belakang telinga. Dia hanya diam memerhati lelaki itu meletakkan tudung di atas kepalanya. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaannya saat ini. Tidak dapat dibayangkan jika lelaki ini tidak datang selamatkannya. Melihat raut wajah Danial, air mata kembali berlinang di kelopak mata. Spontan dia memeluk Danial erat. Tergamam Danial dengan tindakan Ayuni yang tak diduga. Hebat degupan jantungnya berdetak. Melihat Ayuni teresak-esak menangis di dadanya menjentik satu perasaan di lubuk hatinya yang dalam. Perlahan tangannya dibawa ke belakang kepala Ayuni dan diusap perlahan menenangkan gadis itu.