Aku?
Banyak kisah hidup aku yang aku nak cerita kat orang. Banyak benda yang aku nak luah dekat orang sekeliling.
Tapi... Tak pernah terluah. Tak mampu nak luah. Mulut ni ibarat sudah digam dengan gam paling kuat kat dunia ni bila nak bercerita tentang 'aku'.
Pelik? Yup, aku pun pelik dengan diri aku 😔. Bercerita tentang orang sana sini sungguh senang macam air terjun yang mengalir senang tanpa ada gangguan.
Tapi bila tentang aku? Tak tahu kenapa jadi bisu tiba-tiba. Susah nak bukak mulut tentang diri ini. Banyak rahsia yang tersembunyi dalam diri. Yang baik. Yang buruk. Yang cantik. Yang hodoh. Yang keji pun ada.
Mungkin dengan cara ni. Menaip? Tanpa mengenalkan diri sendiri? Mungkin kan 😊
Cara ni je dapat bantu aku nak bercerita. Siapa tahu kan. Cara ni je mampu buat semua yang terbuku dihati dapat dikeluarkan tanpa ada rasa segan nak bercerita dekat orang lain.Hope korang yang baca ni dapat jadikan cerita aku ni sebagai pengajaran kehidupan seharian korang.
YOU ARE READING
WANGINYA LAVENDER
RandomLavender. Wangi. Tapi aku tak pernah dapat melihat dengan mata aku sendiri. Tak pernah tahu bagaimana bau sebenar lavender itu. Aku. Hanya mahu. Hidup seperti lavender. Harum. Semua orang suka.