Permulaan

42 4 0
                                    

"Ishhh, tak suka betul la.. Tak habis-habis aku yang kena. Takde orang lain ke boleh buat benda ni?" monolog aku seorang diri di bilik.

Siapa je boleh tahan hampir setiap tahun sejak aku masuk tingkatan 1 lagi semua baju sekolah adik-adik, aku yang kena uruskan. Kakak aku yang lain tu tak buat apa-apa pon takde pulak kena buat semua ni.

Bukan setakat baju sekolah je, kasut, buku, tempat tidur diorang semua aku yang kena urus. Kena kemas! Macam aku takde benda lain nak buat.

'Iishh geramnyaa!!!! Rasa macam nak jerit je kat sini' kata aku dalam hati.

Ye la mampu bebel dalam hati je kang kalau cakap kuat-kuat ada yang pergi mengadu dekat papa. Nanti tak pepasal aku yang kena marah.

"Daliaaa!!!" jerit mama memanggilku.

"Ya, maa.." sahutku kembali sambil berlari keluar dari bilik mendapatkan mama yang berada di luar rumah.

Hmm mama.
Kalau dah ada kat luar rumah mesti la disebabkan 'anak-anak' pokok bunga kesayangan dia tu.

Haa ni mesti nak suruh aku angkat pasu bunga dia la ni! Bebel aku dalam hati.

"Haa Dalia! Tercegat apa lagi kat situ? Meh sini tolong mama alihkan pasu-pasu ni ke sudut hujung sana tu." arah mama kepadaku sambil menunjukkan arah yang ingin diletakkan pasu bunganya.

"Tapi, maa..." belum sempat aku menghabiskan ayatku mama memotong dengan ayatnya pula.

"No tapi tapi. Nak bagi alasan apa lagi? Tolong mama sekejap je kan. Kerja lain tu boleh sambung lepas ni."

"Emm ye la maa. Nak bawak mana ni?" balasku kepada mama demi mematikan bebelannya itu.

Sambil menyusun pasu-pasu mama ditempat yang diinginkannya aku kembali mengelamun memikirkan tentang nasib diriku yang entah bagaimana pengakhirannya.

Inilah aku!
Bila mulut berhenti bercakap fikiran tak pernah tenang. Ada je benda yang aku nak fikir sampaikan kekadang tu ter-'overthinking'.

Haiishh nasib kau la Dalia, keluhku perlahan.

WANGINYA LAVENDERWhere stories live. Discover now