Keputusan SPM yang baru aku terima hanya cukup-cukup makan.
Nasib takde fail, gumamku sendirian.
Walaupun tiada matapelajaran yang gagal aku tetap takut untuk memberitahu papa dan mama tentang keputusan peperiksaanku itu.
Terbit rasa menyesal dalam diri bila melihat kembali slip keputusan SPM itu.
"Haiihh, tu la dulu maa ngan paa suruh belajar kau sebok on fb la, ig la pastu scroll twitter la. Macam la semua benda tu boleh tolong kau jawab exam!" aku membebel sendiri sambil kaki terue melangkah keluar dari kawasan sekolah.
Aku melihat jam dipegelanggan tangan.
'Baru pukul sepuluh pagi' omelku sendiri.'Awal lagi kalau nak balik sekarang. Paa mesti kat ofis lagi. Kakyong ngan kaklang pon mesti dah pergi kerja. Bang ngah? Hmm entah ade ke tak kat rumah. Maa pulak mesti tak balik lagi dari pasar tak pon mesti singgah rumah Mak Melah dulu, gosip la tu. Dila dengan Dafi mesti la belum balik lagi. Hmm nak buat apa ni.' bebel aku panjang lebar dalam hati. Ye la dalam hati je la mampu.
Kakiku terus melangkah kearah deretan kedai makanan berdekatan sekolah.
"Daliaaa.."
Aku mencari sipemanggil namaku.
"Dalia sinii.."
Mataku masih meliar mencari disekelilingku. Tercari-cari gerangan siapakah yang memanggil aku sebentar tadi.
"Weyh Dalia... Sini la."
Dannnn...
BINGO!"Yoo Jaja. Kau rupanya. Aku ingat siapa la tadi." sapaku dari jauh sambil kaki terus melangkah ke arah Jaja yang sedang menikmati cendol bersama Afiq dan Tempe.
Mereka bertiga merupakan rakan sekelasku dari tingkatan satu lagi. Dan diorang je la antara manusia yang boleh masuk dengan perangai gila merapu merepek tahap gaban aku ni.
Aku mengambil kerusi lalu duduk disebelah Afiq.
"Bang! Cendol durian satu." pesan Afiq yang sememangnya tahu tentang kegemaranku yang satu itu.
Bila dah complete berempat perbualan dimulakan. Daripada keputusan SPM yang tak berapa nak cemerlang ke kehidupan masa depan. Masing-masing sedang fikir apa yang hendak dibuat sementara menunggu keputusan masuk belajar.Aku? Jujur berkata aku memang tidak pandai berdikari. Dari kecil sampai sekarang. Papa dan mama yang urus segala keputusan aku. Kemana aku hendak pergi. Apa yang patut aku ambil. Aku sudah selesa begini. Terlalu selesa. Hingga satu tahap aku takut jika aku kehilangan mereka. Kehilangan papa dan mama. Kehilangan tempat bergantung. Nanti siapa yang akan membuat keputusan untuk aku meneruskan kehidupan?
Aku?
Ya aku.
Tak pernah tahu bagaimana caranya nak berdikari.
Sesiapa?
Tolong.
Tolong bantu aku.
Bantu ajar aku cara berdikari supaya aku tak terlalu bergantung harap pada manusia lain bila papa dan mama tiada.
YOU ARE READING
WANGINYA LAVENDER
RandomLavender. Wangi. Tapi aku tak pernah dapat melihat dengan mata aku sendiri. Tak pernah tahu bagaimana bau sebenar lavender itu. Aku. Hanya mahu. Hidup seperti lavender. Harum. Semua orang suka.