Part 1
Xynn Ri rasa macam jantungnya nak meletup saat itu. Hampir saja pedang tadi menikam dirinya. Kalau tidak kerana dia menoleh, pasti saja pedang itu menikam dirinya! Siapa lelaki tak guna yang cuba membunuhnya ni?!
Tapi bila dilihat demon beast yang sudah mati dibelakangnya baru dia faham situasi yang dialami. Lelaki itu cuba membunuh demon beast dibelakangnya. Tapi kalau Xynn Ri tak menoleh, pedang tadi boleh membunuhnya! Bukannya demon beast tu!
"Hoi, siapa suruh kau selamatkan aku?" marah Xynn Ri.
"Kau fikir kau bagus sangat ke? Bukan nak ucap terima kasih, dah selamatkan lagi nak cari gaduh. Dasar perempuan tak sedar diri." ujar lelaki itu tanpa perasaan. Wajahnya beku, macam batu.
Eh? Mana dia tahu Xynn Ri perempuan?! Tak pernah identiti dia terdedah lagi seumur hidup! Dia pasti magik penyamaran masih lagi berfungsi. Dirinya saat itu tak ubah seperti seorang lelaki.
Wajah Xynn Ri masam mencuka. Dia merenung lelaki berambut putih dihadapannya itu. "Heh, siapa yang selalu cari gaduh sampai rambut jadi putih beruban. Ada hati nak cari pasal dengan aku! Makin beruban la rambut kau!" kutuk Xynn Ri.
"Kalau pedang tu kena aku macam mana?!" marah Xynn Ri lagi, tak mahu kalah.
"Kena kau? Ada kena ke? Tak ada kan." lelaki itu menjawab tanpa sebarang perasaan bersalah.
"Hah?! Kalau aku tak elak, memang kena la!" Xynn Ri membela dirinya.
"Oh, tapi kau elakkan?" sekali lagi lelaki itu menjawab.
Xynn Ri mengetap bibirnya. Tuhan, geramnya saat itu rasa macam gunung berapi meletup.
"Tapi macam mana kalau aku tak perasan dan tak sempat elak?!" Xynn Ri mencuba lagi. Dia perlu lelaki ni sedar akan kesilapannya. Tak semua orang seperti Xynn Ri dan mampu elak pedang tadi.
"Eh? Bukan kau pahlawan ke? Kalau pahlawan dari keluarga Huo tak mampu elak pedang macam tu, lebih baik tak payah jadi pahlawan." balas Hann Li dengan muka selamba.
Aaarghh! Xynn Ri tak mampu nak lawan kata dengan lelaki tu kali ni. Dia tewas! Betapa dirinya saat itu nak merobek jantung lelaki di depannya dengan pedang yang tersisip kemas pada pinggang.
Ada saja jawapan dari lelaki itu. Tak adil! Xynn Ri nak balas dendam!
"Hah.. aku mungkin pahlawan tapi macam mana kalau orang lain yang tak pandai berlawan?" soal Xynn Ri lagi, masih belum puas hati.
"Hm? Kenapa nak soal orang lain? Yang depan aku sekarang ni kau. Kalau orang lain, lain la caranya." jawab Hann Li.
Wajahnya sama. Tak ada reaksi. Buat Xynn Ri bertambah sakit hati dengan lelaki batu di depannya itu. Sekurang-kurangnya minta la maaf. Terus Xynn Ri keluarkan pedangnya lalu dihunus ke arah Hann Li.
Lui Yen saat itu secara spontan bergerak ke hadapan Hann Li bagi melindungi rajanya itu. Dia baru saja mahu mencapai pedang disisi sebelum perasan pedangnya telah dicuri Hann Li sebelum ni dan kini berada tertusuk ke dalam demon beast yang telah mati.
"Oh? Tak sangka kau perlukan orang untuk lindungi kau?" Xynn Ri ketawa sinis.
Hann Li kali ni menolak Lui Yen ketepi lalu bergerak ke arah pedang milik Xynn Ri.
"Tuanku!" panggil Lui Yen namun tidak dipedulikan oleh Hann Li.
Xynn Ri berkerut. Tuanku? Siapa lelaki di depannya ini? Maharaja? Tapi ayahnya pernah membawa Xynn Ri ke istana untuk bertemu maharaja negara mereka jadi Xynn Ri pasti lelaki berambut putih ini bukan maharaja negaranya.
"Angkat pedang tu." arah Xynn Ri sambil menunjuk ke arah pedang milik Lui Yen.
"Tak perlu. Tangan aku dah cukup." jawab Hann Li sambil mendepakan tangannya.
YOU ARE READING
Love like Flowers [Revised Ver]
Romance#BOOK 1 (DUNIA MANUSIA) siri tiga alam dunia Xynn Ri cuma mahu jadi kuat. Dia berlawan dan mencabar sesiapa sahaja yang kuat. Impiannya cuma satu, mahu menjadi pahlawan terkuat dalam tiga alam dunia. Tapi.. Xynn Ri adalah perempuan. Masalah betul! ...