Bulan penuh bercahaya menerangi seluruh pelusuk dunia. Bintang-bintang yang mengelilingi bulan sungguh indah. Saat mahkluk semua memuji keindahan itu, jauh di sebuah kampung, di dalam pondok kayu kecil, seorang kanak-kanak kecil sedang tertawa gembira.
"Sambung lagi, sambung cerita tu lagi!" arah si kecil sambil menepuk tangannya.
"Selepas dia menewaskan tentera musuh, kesemua mahkluk tunduk dan patuh kepada Dewa Agung Fu Hann Li. Dia menjadi raja kepada tiga alam dunia. Bersama-sama dengan generalnya yang sangat dipercayai, mereka menawan dunia dan memerintah sehingga tiga alam dunia aman." sambung lelaki tua yang giginya semakin kurang tatkala umurnya bertambah.
Lelaki tua itu adalah datuk kepada anak kecil itu.
"Lepas tu, lepas tu... " asak anak kecil itu lagi supaya datuknya meneruskan cerita yang setiap malam diulang sebelum tidur.
"Lepas tu, selama pemerintahan Dewa Agung Fu Hann Li, tidak ada peperangan yang berlaku, dunia aman dan penuh keadilan di bawah pemerintahannya, tapi 10,000 tahun yang lalu, Fu Hann Li telah memberikan jawatannya kepada orang lain yang kini dikenali sebagai Raja tiga alam dunia, Tianzi. Tianzi merupakan pangkat tertinggi pemerintah. Sejak tu, tak ada yang tahu kemana hilangnya Fu Hann Li. Ada yang kata dia dah mati, ada yang kata dia masih hidup dan merantau. Namun, yang pastinya tak ada yang tahu perkara sebenar. " hampir saja si tua tidak cukup nafas dalam melafazkan cerita itu.
Dia terbatuk-batuk lalu si kecil menggosok belakang badannya kerana risau.
"Ehh.. lagenda yang hilang?Atuk rasa dia masih hidup ke?" soal si kecil.
"Entah la."
Si kecil memandang datuknya dengan mata bulat yang bersinar. Tahi lalat di bawah matanya sungguh manis pada pandangan dan lesung pipit dipipi menambah lagi keayuannya. Malang sungguh, mereka adalah daripada keluarga pahlawan dan cuma anak lelaki yang menjadi harapan keluarga dan dipandang tinggi. Anak perempuan sepertinya tidak boleh mewarisi kepahlawanan keluarga mereka. Si tua mengeluh di dalam hati.
"Xynn Ri, dah lewat malam. Tidur la." pujuk datuknya lalu menggosok ubun kepalanya dengan penuh kasih.
Xynn Ri mengangguk lalu menarik selimut dan menutup mata, berpura-pura tidur. Selepas datuknya keluar, dia kembali duduk diatas katil dan kayu bambu yang elok digulung diambil semula dari bawah katil. Lilin ditepi katil diangkat lalu diletakkan dekat pada kayu bambu diatas meja. Gulungan dibuka dan tulisan dari dakwat yang hampir lusuh itu dibaca untuk berapa juta kalinya.
"Fu Hann Li mengenggam erat pedangnya sebelum melibas ke arah musuh, dan seterusnya menikam ke arah musuh yang lain. Dengan sekali tusukan, musuhnya tumbang, darah membasahi medan perang. Bersama-sama dengan Shuu, Fu Hann Li menawan musuhnya tanpa perasaan belas kasihan. Nama pedangnya diambil dari perkataan hujan. Hujan yang turun secara tiba-tiba. Shuu, bagai hujan yang turun tanpa diduga telah membasahi musuh-musuh Fu Hann Li dengan darah merah."
Berkelip-kelip mata Xynn Ri saat membaca catatan sejarah yang ditulis oleh sejarawan beratus ribu tahun yang lalu. Walau diulang banyak kali, dia masih tidak jemu membaca kisah lagenda yang diminati olehnya. Sejak kecil, impiannya cuma satu. Dia mahu menjadi pahlawan hebat. Kuat dan gagah seperti lagenda itu.
Time Skip----
15 Tahun Kemudian
Xynn Ri bangun seperti kebiasaan lalu dia pergi membersihkan diri. Setelah itu dia mencapai baju putih dan biru kesukaannya sejak dulu dan disarungkan pada badan. Dengan penuh semangat dia berlari keluar ke halaman belakang rumahnya dan mencapai pedang kayu dari atas kerusi buluh.
"Hiyaa! Hiyaa!!"
Xynn Ri menghayun pedang kayunya seperti setiap hari yang lain. Rutin hariannya selepas bangun tidur adalah berlatih. Demi impiannya, dia sanggup korbankan perkara lain.
"Xynn Ri, kamu dah sarapan ke belum?" suara lembut ibunya menegur.
Xynn Ri hanya tersengih sambil masih menghayun pedang kayu. Dia kemudiannya berlari anak ke arah ibunya lalu mencapai roti mantou di dalam pinggan yang dipegang si ibu.
"Haish.. apa nak jadi dengan kamu ni." ibunya menggeleng kepala.
Xynn Ri kembali semula berlatih bermain pedang sambil mulutnya sibuk mengunyah roti mantou. Ayahnya pula hanya duduk di tepi sambil sekali sekala akan membetulkan posisi gerakan milik abangnya yang turut sama sedang berlatih. Kalau rajin, dia akan membantu Xynn Ri dengan menjadi pasangan lawannya. Mereka akan berlawan menggunakan pedang kayu untuk berlatih.
Keluarga mereka semuanya terkenal sebagai pahlawan. Adik beradik Xynn Ri yang lain pun semuanya pahlawan juga. Dia punya lima orang abang dan Xynn Ri adalah anak bongsu. Yue Lan, adalah abang kelima dan merupakan paling rapat sekali dengan Xynn Ri.
Umur Yue Lan dan Xynn Ri tak jauh beza. Cuma setahun, berbanding dengan abang-abangnya yang lain. Disebabkan itu juga mereka sering kali melakukan perkara gila bersama.
Siapa yang tidak kenal dua beradik yang sentiasa bawa masalah kepada orang lain?
"Adik keenam, jom keluar!" suara nyaring Yue Lan bergema.
Xynn Ri berhenti menghayun pedangnya dan saat itu barulah dia perasan akan langit yang cerah. Sudah tengah hari dan ayahnya juga tidak lagi kelihatan. Cuma dia dan Yue Lan di halaman belakang rumah.
"Abang kelima.. nak pergi mana?" soal Xynn Ri.
"Katanya ada pesta dekat bandar hari ni. Pesta Bulan mengambang."
"Pesta Bulan mengambang?! Nak, nak pergi!"
Xynn Ri lantas mencampakkan pedang kayunya lalu berlari mendapatkan Yue Lan.
"Jom, jom. Tapi sebelum tu kau kena sorokkan tu dulu..." beritahu Yue Lan sambil menunjukkan ke arah dada Xynn Ri.
"Haish.. tahulah!" si gadis menutup bahagian dadanya dengan tangan.
Xynn Ri kemudiannya menggunakan mantera magik yang dipelajari dari datuknya untuk menyamar. Sesaat selepas itu dia kelihatan seperti seorang lelaki. Rambut panjang hitamnya diikat kemas dengan tali merah. Baju pahlawan yang dipakai menampakkan lagi ketampanan rupa Xynn Ri.
"Haiyya.. kenapalah adik keenam nampak sangat tampan?! Menipu betul!" Yue Lan mencebik.
Siapa saja yang tidak kenal dengan anak 'lelaki' bongsu keluarga Huo yang sangat tampan dan digilai ramai perempuan? Malangnya betul. Anak bongsu itu bukanlah seperti yang difikir ramai. Dia adalah anak perempuan yang selama dia hidup, perlu menipu tentang jantinanya.
"Hmm.. abang kelima.. nampaknya adik abang ni perlu hidup membujang selamanya." Xynn Ri mengeluh.
Yue Lan hanya mampu memandang Xynn Ri dengan pandangan penuh simpati. Apalah nasib.
YOU ARE READING
Love like Flowers [Revised Ver]
Romansa#BOOK 1 (DUNIA MANUSIA) siri tiga alam dunia Xynn Ri cuma mahu jadi kuat. Dia berlawan dan mencabar sesiapa sahaja yang kuat. Impiannya cuma satu, mahu menjadi pahlawan terkuat dalam tiga alam dunia. Tapi.. Xynn Ri adalah perempuan. Masalah betul! ...