PART 11

1.8K 159 12
                                    

BEYOND RESIDENCE

"Yah! Kau ni lipatlah baju kau. Menyemak tau tak?! Aku baru kemas. Kau pergi sepahkan balik." kata adrianna dengan suara yang kuat.

"Kalau macam tu, awak kemas jelah balik." kata farha.

"Kepala kau! Kau ingat aku ni bibik kau ke?! " kata adrianna masih dengan nada marah.

"Awak yang nak sangat kemas, awak buatlah sendiri." sambung farha.

"Ni, baju kau. Bukan aku! " teriak adrianna makin menguatkan suaranya.

"Yang awak nak melenting lebih-lebih ni kenapa?! Cakap elok elok kan boleh." kata farha tidak tahan kerana sudah bingit telinga dengan suara adrianna.

"Masalahnya daripada tadi aku dah suruh kau kemas balik, kau buat pekak je. Aku melenting baru kau dengar." kata adrianna mula biasakan suaranya semula.

Rania dan aisyah bergerak ke ruang tamu dimana adrianna dan farha berada selepas mendengar suara kuat adrianna.

"Benda korang ni gaduh-gaduh. Tak matanglah." kata rania.

" Ishh menyusahkan orang je! " kata adrianna sambil menjeling farha kemudian menaiki tangga untuk ke balcony.

"Haa nisa. Tunggu apa lagi? Kau nak biar sampai bila baju kau bertimbun? Sampai farhan bawa hantaran lepastu dia tolong lipatkan?" kata aisyah dengan perlian.

Farha menjeling aisyah dan melipat bajunya di dalam bilik. Suasana rumah terus menjadi senyap. Adrianna yang berada di balcony hanya mampu menenangkan hatinya dengan melihat pemandangan di luar.

"Apa tak kena sia dengan nisa ni. Makin hari, makin menjadi-jadi." kata adrianna seorang diri.

Tiba-tiba terdengar sliding door di buka dan suara rania memecahkan kesunyian.

"Kau okay ak?" tanya rania. Adrianna memandangnya sekilas.

"Kau tanya pasal dia, memang aku meletus baliklah." jawab adrianna nak taknak layan rania.

Rania tersenyum melihatkan karenah kawan karibnya. Ingatkan dia seorang je yang suka marah-marah. Rupanya kawan dia juga sudah berjangkit. 

"Jom pergi tempat aku. Just untuk release tension." ajak rania.

"Kalau kau ada motif lain iaitu untuk fix relay aku dengan nisa, aku taknak pergi." jawab adrianna.

" Tapi, mak aku dah ajak balik. Dia kata dia akan masakkan makanan favourite kau kalau kau ikut." kata rania sambil menunjukkan empat keping tiket flight.

Adrianna memandang tiket tersebut kemudian memandang rania. Dia mengeluh.

"Bila tu?" tanya adrianna akhirnya turunkan egonya.

"Dalam masa terdekat ni." jawab rania.

"Kau tahu kan, ada beberapa kertas kerja yang kita kena siapkan?" tanya adrianna lagi. Rania mengangguk.

"Takpe. Tarikh flight ni tak akan bertindan dengan tarikh due kita." jawab riana.

"Haa pergilah pujuk diaorang pula." kata adrianna.

Rania pun turun kebawah untuk memberitahu farha dan aisyah tentang berita tersebut. Manakala, adrianna pula termenung buat seketika dan turun untuk terus ke biliknya.

Friday
4:40 am

Farha menguap.

"Kenapa kita kena bangun sebelum fajar menjelma? Sedangkan azan Subuh pun belum masuk." rungut aisyah.

The Tengku's Gang (re-edit)Where stories live. Discover now