PART 3

3.1K 154 15
                                    

Saturday; 4.50 am

"Rian. Bangunlah." kejut kakaknya.

Adrianna perlahan-lahan buka matanya lalu duduk di atas katil. Dia menggosok-gosok matanya masih dalam keadaan mamai.

"Sekarang dah pukul berapa kak?" tanya adrianna. Mata tu sampai tengah berfikir nak teruskan tutup ke buka?

"Nak dekat pukul lima dah ni. Bangun, bangun." kata aina memujuk adrianna untuk turun dari katilnya.

"Kenapa akak kejut rian awal sangat ni. Banyak lagi masa." kata adrianna seperti mahu terlelap semula.

"Akak bukan apa rian. Tapi-" aina mula menghampiri katil milik adrianna.

"BARANG PERGI SANA DAH SIAP KEMAS BELUM?!" kata aina dengan suara yang kuat sekaligus membuatkan adrianna celik.

"Hmm yelah yelah. Rian bangun ni. Akak keluarlah. Macam mana rian nak kemas barang kalau akak ada." halau adrianna. Aina termenung sekejap memandang adrianna. Tidak yakin yang adiknya akan bangun. Adrianna membuka matanya sekali lagi dan memandang aina yang tidak berganjak dari tadi.

"Ya, ya. Rian bangun ni. Haa dah sampai sini dah. Rian tak tidur balik." kata adrianna yang mengesot ke birai katil untuk menunjukkan yang dia sudah separa sedar. Aina pun melangkah keluar bilik adrianna dan sebelum menutup pintu, dia sempat berpesan.

"Nanti dah azan, keluar. Berjemaah sama-sama." Dan menutup pintu rapat.

Adrianna pun lakukan tugas yang dia patut buat. Seusai mereka solat berjemaah, adrianna membawa sedikit barangnya ke bawah dan susun di ruang tamu. Begitu juga dengan aina.

"Kak aina kena pergi asrama kampus ke?" tanya adrianna dalam hati.

Dia memberhentikan sekejap kerja membawa turun barangnya dan menghidupkan phone-nya lalu menekan icon whatsapp.

EVOL💖

Nisa :D
Assalammualaikum! Morning.

Bat -_-
Waalaikumussalam! Morning.

Aisy (⊙ˍ⊙)
Waalaikumussalam! Morning.

Waalaikumussalam! Morning.

Nisa :D
Korang dah siap kemas beg?

Bat -_-
Dah

Aisy (⊙ˍ⊙)
Dah

Dah

Nisa :D
Korang datang pukul berapa?

Bat -_-
Aku datang pukul 8.30

Aisy (⊙ˍ⊙)
Aku datang pukul 8.30

Aku datang pukul 8.30.

Adrianna tergelak kecil melihatkan karenah kawan-kawannya.

Nisa :D
Oh..saya dah nak sampai dah ni.
Datanglah cepat nanti saya keseorangan.

Bat -_-
Oh tak boleh ah..aku kena tunggu lepas semua habis sarapan dulu.
Maybe lebih dari 8.30.

The Tengku's Gang (re-edit)Where stories live. Discover now