Jangan bersedih bekas kekasih. Sebentar lagi, petir akan menyambar janji-janji manis yang pernah kau orbitkan di mulut manismu yang bersemut itu.
Jangan bersedih bekas kekasih. Sebentar lagi, semut-semut akan menjamah seluruh memori dan ingatan kau tentang kita; yang pernah suatu masa dulu memenuhi segenap ruang otakmu yang kecil itu.
Jangan bersedih bekas kekasih. Sebentar lagi, kau akan kehilangan otak kecilmu itu dan ketika itu kau tidak akan bersedih lagi kerana kau sudah kehilangan upaya untuk berfikir.
Jangan bersedih bekas kekasih; yang tak pernah wujud.