BAB 3

2K 82 2
                                    

aishh malasnya nak bangun... ermm

"Ariz bangun lah. jom mandi" kejut Elman tetapi Ariz hanya buay tak tau saja.

"ermm nanti lah" balas Ariz

Elman yanv malas menunggu terus pergi sendiri ke bilik mandi yang berada dihujung tingkat bawah.

sedang dia ingin melangkah dia terlihat Nayla sedang melambai ke arahnya. Elman melangkah ke arah Nayla

"awak buat apa kat sini.. awak tau tak ni aspura. asrama lelaki. kalau mereka nampak nanti awak kena tangkap tau lepas tu kena serah kan kat warden tau." kata Elman laju. Bukan apa dia takut kalau Semua oranh tahu.. walaupun dia berminat nak berkenalan dengan Nayla tapi bukan kah ini sangat bahaya dan Nayla boleh digantung asrama

"hehe lajunya awak cakap.. jangan risau. mereka sedang tidur tau.. hahahahaha. saya datang sebab nak suruh awak kejut kan semua kawan awak tu.. takkan nak biarkan surau tu sunyi kot  hehehe.. awak saya pergi dulu tau nanti orang nampak tak manis tapi ingat hati-hati selama awak berada di aspura tau. bye" balas Nayla dan berlalu pergi sambil melambai tangan kepada Elman.

ishh pelik betul lah.. dia datang untuk tujuan tu je.. ermmm tapi takpe ah at least boleh lah dengar suara dia. nanti lah aku tanya dia semua tentang dia.. bisik hati hati Elman dan berlalu pergi..

................

"weh Ariz. kau kenal tak Nayla" tanya Elman.

"Nayla ermmm aku rasa macam kenal nama tu" balas Zahim.

"ish kau ni terkejut aku" marah Ariz.

"ermm siapa Nayla tu eh" tanya Elman lagi

"seingat aku nama dia Nayla Arisya. tu je aku tau hahahahahaa. kau tanya abang senior kita tu mesti diorang tau.. aku rasa abang Raihan dengan Abang Ilias tau kot.." ujar Zahim

"malas lah. lagi pon yang tegur aku cuma abang Raihan je.. aku takut ah nak tanya Abang Ilias nge abang Raihan." kata Elman

" kalau macam tu kita try g tanya abang akram ke abang Ilham ke. ahh aku tau kita tanya Azham. dia mesti tau kan" kata Zahim lagi. Ariz hanya mengia kan saja.

REHAT tu kami rehat bersama. Ariz dan Zahim ni kelas aku.. sekarang aku sedang makan kat kantin bersama Sarif nge Azham.

"Azham kau kenal tak Nayla Arisya" tanya Elman berani.

Azham terkejut sebelum menjawab
"mana kau tau nama ni eh"

"aku tanya je tak boleh ke" tanya Elman lagi

"tapi macam mana kau boleh tau nama Nayla Arisya sedangkan kau budak baru. ermm aku tak boleh crita ah kat kau. aku kena tanya abang aku dulu baru boleh bagitahu kau" balas azham dan menyambut makannya.

"tapi kenapa pulak. ermm semalam dia tegur aku tu lah aku tanya.. " jawab Elman.

"siapa tegur kau" tanya Ariz yang diam dari tadi

"Nayla" jawab elman sepatah.

semua yang ada di situ tergamam.

"tapi Elman. Nayla Arisya tu dah mati. macam mana dia boleh tegur kau" ujar Sarif pula.

kali ini Elman pula yang tergamam..

"elman kau tidur atas katil single dalam dorm kita ke" Tanya Azham sambil merenung tajam Elman.

Elman senyap je.. cuba untuk menghadang semua ni

.....................

"abang macam mana ni. Az rasa Elman tertidur di katil single tu" tanya Azham kepada Ilham.

Ilham,Ilias,Akram dan Raihan tergamam.

"kalau macam tu kita kena bersiap sedia sebab mungkin kejadian tu akan berulang atau lebih tepat dia dah bebas. dan ini bermakna Elman dalam bahaya. Bukan saja Elman malah kita semua" balas Raihan selaku ketua dorm

"dia ada tanya az sape Nayla Arisya tu sebab Nayla ada tegur dia" kata Azham lagi. sekali lagi mereka yabg ada di situ tergamam.

Sungguh mereka yakin yang aspura sekarang tidak selamat lagi.. Mereka hanya mampu berserah pada Allah saja

..................

SEUSAI habis sesi persekolahan Elman hanya termenung di padang sekolah. Dia tiada niat untuk masuk dorm kerana ingin mencerna apa yang didengar tadi

Betul ke nayla tu dah mati. kalau betul siapa yang tegur aku selama ni.. bisik hati elman

"hai elman" sapa Nayla

"owh awak Nayla. kawan saya cakap awak dah mati. saya tak tau apa sebabnya tapi betul ke" tanya Elman tidak teragak-agak.

"awak percaya pada kata kawan-kawan awak Elman. ermm sebenarnya semua orang tak suka saya. saya pon tak tau apa sebabnya. sebab tu lah ramai yang anggap saya tak wujud.." kata Nayla sayu.

Elman memandang Nayla penuh simpati. begitu rupanya patutlah semua orang anggap nayla macam tak wujud. tapi apa salah nayla. ahh biarlah asal aku dapat kawan nge dia.. bisik hati elman.

"Nayla saya sudi kawan dengan awak. kawan saya dan semua orang tu biar je lh diorang.. ermm okey lah Nayla dah petang ni. saya masuk dorm dulu tau. bye" ujar Elman dan melangkah pergi

Nayla hanya tersenyum sinis sebelum menghilang.

Elman berjalan denga riang. dia tidak kira pandangan kawan-kawannya. Yang pasti dia akan kawan dengan nayla.. tanpa Elman sedar bayangan Nayla dah pon menghilang........

.................................



























sory semua sis tak sempat nak kejar tiga cerita ni hahahahahaha. sis just buat yang termampu saja. hope korang suka lah baca cerita sis yang tak seberapa ni...

ASPURAWhere stories live. Discover now