HARI ni aku datang awal sikit ke sekolah.. Ariz bertugas kat dorm ari ni so boleh dikatakan akulah manusia terawal hari ni.
TOK TOK TOK
ishh siapa pulak yang ketuk pintu ni. aku berpaling ke belakang. aku rasa ketukan tadi datang dari pintu yang dah lama tak di buka tu.
aku bangun dan berjalan ke arah pintu itu. disebabkan sikap ingin tahu aku pun membuka pintu itu. Aishh kosong je. yang ada cuma perabot lama yang dah lama tak di gunakan. tapi saat aku ingin menutupnya tetiba terdapat satu tangan menghalang. Aku terkejut. dan aku terus membuka pintu itu dan masuk ke dalam nya.sunyi je.. Bila aku berpaling ke belakang aku terlihat ada seorang perempuan yang memakai gaun warna darah.
'terima kasih kerana membebaskan kami dari bilik ini Elman. Aku mawar dan ini Khalil..' ujarnya
aku rasa aku memang dah gila sejak aku masuk sekolah ni bermacam-macam perkara terjadi. Hari tu aku bebaskan Nayla n sekarang Mawar dan Khalil pulak. Aduh apa dah jadi sebenarnya ni. Kenapa hidup aku kena lalui semua ini. aduh dah lah aku ni lemah semangat. macam mana ni. aku terdiam dan tanpa fikir panjang aku terus keluar dari bilil itu.. Aduh kenapa hidup aku ni kena tengok semua ni. aduh sejak aku masuk aspura sekolah ni dah macam-macam benda jadi kat aku. aku kena jumpa Nayla mungkin kenal kot teman sehantu dia tu.
aku ke belakang bangunan.
"Nayla muncul lah." panggilku.
"apa lagi Elman. " tutur nayla
aku terkejut. aku tersenyum melihat Nayla yang duduk di atas tingkap bangunan itu. dia kemudian terjun dan duduk di sebelah aku
erkkk seram pulak aku tengok dia buat macam tu..
"Nayla awak kenal ke Mawar denga Khalil" tanya ku
"elman awak buka pintu belakang kelas awak ke. kan saya dah kata jangan buka. Mawar dan Khalil adalah pasangan kekasih yang dibunuh di belakang aspura tapi mayat Mawar di tanam di bilik belakang kelas awak. sementara Khalil saya tak tau." kata Nayla
"ye saya terbuka. dan sekarang ni saya dah terbebaskan diorang. tapi kenapa saya tak boleh bebaskan diorang dan kenapa awak macam tak suka saya tolong diorang" tanya ku pulak.
" sebab awak milik saya elman dan hanya boleh tolong saya sahaja. Saya tak suka di kongsi" Kata Nayla namun matanya kelihatam merah menyala seolah marah. tuturnya juga sangat garau. Aku terkejut. aku terdiam terkelu dan takut. Sungguh aku takut Bila Nayla marah.
muka Nayla yang merah bertukar biasa semula mungkin baru sedar perbuatannya
"maafkan saya Elman tapi mereka tu bukan sahaja akan pergunakan manusia tetapi mungkin akan lebih banyak kejadiam huru hara disebabkan oleh mereka. Mereka sangat tak berpuas hati atas kematian mereka. mereka di bunuh hanya sebab jatuh cinta. Sekolah tu dulu sangat teruk peraturannya. jika jatuh cinta akan di hukum. sebab itu dendam mereka pada sekolah akan mereka balas sampai mereka pernah bersumpah akan terus menghuru harakan sekolah ini dan akan kacau lebih-lebih lagi kepada pasangan bercinta." terang Nayla panjang lebar. oh baru aku tahu. alamak aku lah punca mereka dilepaskan. abislah aku
"tapi saya dah terlepaskan mereka macam mana ni Nayla. mesti saya akan menyebabkan mereka melakukan huru hara di sekolah ni nanti. Nayla please tolong saya" kata ku pulak.
" eemm awak jangan risau. saya mungkim.boleh tolong tapi sikit je lah. tapi awak hati-hati elman sebab saya yakin mereka akan cari awak sebab awaklah yang tolong mereka. ermm Elman awak pula kena tolong saya cari pembunuh saya ya. okeylah Elman saya kena pergi dulu. awak pun masuk lah ke kelas" Kata Nayla dan terus menghilang. cis dia hilang macam tu je..
........................
Aku masuk ke kelas dan memulakan pelajaran macam biasa.
"oi El kau g mana tadi" Tanya Ariz
"ermmm tandas jap sebab aku tak tahan lah tadi.. hehehe" kataku
"ishh kau ni buat aku risau je. pagi lagi dah hilang" kata Ariz..
"okey lah sory lah.. aku saja rajin kan diri hari ni mari awal" kata ku lagi"hey kamu Ariz Elman kenapa bising ah. kalau taknak.belajar pergi berdiri dekat luar. Jangan kacau kelas saya ni" kata cikgu Shida. alamak cikgu singa ni dah marah lah
"maafkan kami cikgu. kami janji tak bising lagi." Kata Aku dan Ariz serentak. kami pon mendiamkan diri dan belajar seperti biasa
........................
sementara di belakang kelas. ada yang memerhatikan Elman....
'budak itu akan tolong kita kan mawar' ujar khalil
'ye budak itu akan tolong kita khalil. kita akan huru harakan sekolah ini." kata mawar kepada khalil.
'hurrhhhhh tunggulah semua akan hancur.. hahahaha budak itu akan bantu kita.... hahahahahahahah" kata Mawar.
sudah lama mereka ingin membalas dendam akhirnya kini mereka bebas..
..............................
AISHHH SIAP DAH SATU BAB . hehehhehehe
YOU ARE READING
ASPURA
Horrormengisahkan seorang remaja tingkatan 4 yang bernama Elman Zikri.. kehadiran elman di sekolah baru kerana dia sudah tidak mahu dibuli lagi.. namun ad juga rakan yang baru membulinya di sekolah baru ni.. tapi dia kena menetap di asrama kerana jarak...