Tiba-ii seseorang datang menahanku sambil tangan sebelahnya menahan batu besar itu. Aku terkejut kerana di depanku sekarang ialah Kai yang sedang menahan batu besar itu! Kai kemudian menatap mataku.
Kali ini aku berasa lebih terkejut. Kanta mata hitamnya berubah menjadi warna merah tua! Aku masih lagi terkaku di tempat dudukku. Aku berasa kurang senang tentang dia. Adakah betul Kai seekor serigala jadian? Dia mempunyai kekuatan yang luar biasa untuk menahan batu besar itu. Aku x mahu mengelak daripadanya. Apakah sebenarnya perasaan ini?
Kai kemudiannya menghancurkan batu besar itu menjadi batu-ii halus. Kemudian dia melihat sebelah kakiku yang terseliuh. "Naik" kata Kai, menyuruhku naik ke atas belakangnya. Adakah dia merancang untuk mengendongku sehingga ke puncak? Aku tanpa membalas, terus naik ke atas belakangnya.
Kai mengendongku naik ke puncak. Aku berasa sangat bahagia ketika itu. Aku mengeratkan lagi pelukkan ku dilehernya. Aku berharap masa dapat berhenti agar aku dapat bersama Kai seperti ini dengan lebih lama.
![](https://img.wattpad.com/cover/138142433-288-k465550.jpg)
YOU ARE READING
[Complete✔] Wolf's Love Never Die [Short Ver.]
WerewolfSekali lagi, ff seya yini masuk epop malay April 2018 XD. Ff ni too pendek utk dibuat sinops ? About 10 minit utk habis baco ? so, baco kalo sudi nak tahu ?