9

134 17 0
                                    

*18 March 2014*

Sehun dan Kai turun dari bas sekolah setelah balik dari aktiviti memanjat gunung kelmarin dan hari ini. Memandangkan jalan ke rumah Kai dan Sehun sehala, maka bas itu menurunkan Kai dan Sehun di tempat yang sama pada malam itu.

Bas sekolah itu pun menderu pergi meninggalkan mereka. Sehun memandang Kai tidak puas hati. Lalu dia menarik kolar baju Kai kasar. "Aku dah pesan dekat kau kan, jangan jatuh cinta dengan manusia, terutama sekali Sana! Cinta hanya akan memudaratkan kau sahaja nanti!" Jerkah Sehun kepada Kai.

Kai menolak Sehun jauh dari dirinya. Tiba-ii, telefon Kai berdering. Kai pun menjawab panggilan tersebut. Sehun melihat Kai yang sedang serius menjawab panggilan tersebut.

"X guna! Kau jangan usik dia!" Kata Kai dalam panggilan itu. Kai kemudiannya menamatkan panggilan tersebut lalu bergegas pergi meninggalkan Sehun yang x diketahui Sehun kemana.

Sehun berasa hairan dengan Kai. Tiba-ii, telefon Sehun juga berdering. 'Panggilan kecemasan dari Sana?'

[Complete✔] Wolf's Love Never Die [Short Ver.]Where stories live. Discover now